Yayasan Amal Malaysia terima sumbangan van ‘Klinik Bergerak’ 13-03-2007 12:58:34 AM

KLANG, 12 Mac (Hrkh) – Yayasan Amal Malaysia (Amal) melakarkan satu lagi sejarah apabila menerima sumbangan sebuah van ‘Klinik Bergerak’ daripada sebuah badan korporat, Pantai Baharu Holdings baru-baru ini untuk digunakan bagi merawat dan memeriksa kesihatan masyarakat setempat.
Satu majlis pelancaran Klinik Bergerak Amal telah diadakan semalam di Flat Seri Perantau, Klang yang telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Kesihatan Awam Selangor, Dr Rahimah Mohd Ariffin bersama Penasihat Amal, Tan Sri Khalid Ibrahim.
Turut hadir dan memeriahkan lagi majlis tersebut ialah Pengerusi Amal, Haji Hussin Ismail; Timbalan Amal, Jamulidin Elias;Ketua Biro Perubatan dan Kesihatan Amal, Dr Halimah Ali Abdullah, Pengerusi Penduduk Flat Seri Rantau dan kehadiran orang ramai khususnya penduduk flat tersebut yang amat membanggakan.
Dr Rahimah dalam ucapannya amat menghargai kerjasama yang dilakukan oleh Amal selama ini yang banyak membantu pihak Kementerian Kesihatan dalam membantu sepenuhnya dari sudut memantau, mencegah dan merawat penduduk-penduduk Selangor khususnya rakyat yang tidak berkemampuan.
Dengan adanya ‘klinik bergerak’ ini, katanya dapatlah perkhidmatan kesihatan sampai terus kepada masyarakat dan bagi rakyat miskin tidak lagi perlu bersusah payah untuk ke klinik apatah lagi yang jauh lokasinya.

Posted by Picasa
Copyright Control by aljazli design (c) 2003 – 2008
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Words Format E Book
Previous articlePerasmian Dapur Sihat Masyarakat
Next articleMesyuarat Agung Yayasan Amal Cawangan Terengganu
Dilahirkan di Kota Bharu Kelantan. Pendidikan awal di sekolah Kebangsaan Perol dan Sultan Ismail College (SIC), Kelantan. Melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah perubatan di Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan. Kemudian, melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kini berkhidmat di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya, Dungun, Terengganu sebagai Pakar Perunding Perubatan Keluarga. Banyak terlibat dalam menyampaikan ceramah mengenai fikah perubatan. Menulis secara aktif dalam laman web peribadi beliau berkaitan isu-isu semasa termasuk vaksin dan sebagainya. Motto utama hidup beliau adalah Hidup Bermanfaat. Maklumat lanjut mengenai beliau dan hasil penulisan lain boleh diperolehi dari laman web www.suhazeli.com