Thursday, April 25, 2024

Top 5 This Week

Related Posts

Korek Tahi Hidung dan Makan Sihatkan Badan? 

*#Makan_Tahi_Hidung_Lebih_Sihat*

Viral beberapa website yang menyarankan agar tidak melarang anak-anak korek hidung dan memakan tahinya. Kenyataan itu dibuat oleh seorang doktor pakar paru-paru dari Austria bernama Dr. Friedrich Bischinger. Kononnya tahi hidung mempunyai khasiat kesihatan seperti imunisasi semulajadi dan menjadi ubat dalam perut.[1]

Mesej viral tersebut berlegar dalam dunia internet sejak dari 2004 lagi. Hasil dari temuramah media Dr Bischinger tersebut yang secara sinis bahawa korek hidung dan memakan tahinya boleh menyihatkan badan. Tetapi ia tidak disandar kepada mana-mana kajian saintifik. Mungkin beliau berseloroh bagi menghangatkan suasana semasa temuramah tersebut.[2] Kemudian pojokan tersebut ditularkan ke dalam dunia maya. Sebenarnya tiada asas pun dan tidak berbaloi untuk membuat kajian semata-mata ingin membuktikan kebenarannya.

Jangkahayat manusia semakin meningkat dan hidup semakin sihat bukan akibat dari korek hidung semata dan memakan tahinya. Sistem perubatan semakin terkedepan, kaedah perubatan semakin canggih dan penemuan-penemuan rawatan terbaharu memberi faktor kepada kesihatan manusia bertambah baik. Ini adalah anugerah Ilahi yang diberikan kepada manusia sebagai makhluk yang berfikir.

Korek hidung boleh mendatangkan mudarat jika tidak kena dangan caranya. Anggaran setiap orang korek hidung setiap hari adalah 4 kali samada secara sengaja atau tidak sengaja. Jika melombong hidung itu menggunakan tangan yang kotor, risiko jangkitan kuman dirongga lubang hidung akan meningkat. Begitu juga hidung akan senang berdarah jika melombong secara kasar atau menggunakan alatan keras.

Hukum memakan tahi hidung.

Sesuatu yang keluar dari tubuh manusia yang tiada dalil menunjukkan kenajisannya seperti tahi mata, tahi hidung, hingus, air liur, kahak, peluh dan seumpamanya adalah dikira tidak najis, kerana inilah hukum asalnya. Kecuali yang jelas dinyatakan dalam Quran atau Hadis seperti tahi dan air kencing.

Dinyatakan dalam Mausu’ah Kuwait

 نَصَّ الشَّافِعِيَّةُ عَلَى حُرْمَةِ تَنَاوُل الْمُخَاطِ، قَالُوا: إِنَّ الْمُخَاطَ وَإِنْ كَانَ طَاهِرًا إِلاَّ أَنَّهُ مُسْتَقْذَرٌ، وَيَحْرُمُ تَنَاوُل الإِْنْسَانِ لَهُ لاِسْتِقْذَارِهِ لاَ لِنَجَاسَتِهِ
Mazhab Syafei menegaskan tentang pengharaman memakan hingus.

Mereka menyatakan walaupun hingus suci tetapi ianya adalah  jijik@cemar.

Manusia haram memakan hingus kerana jijiknya bukan kerana ianya najis.

Dalam kitab al-Raudh al-Murbi’ dari mazhab Hambali ada dinyatakan:

ومني الآدمي طاهر، ورطوبة فرج المرأة كالعرق والمخاط والبلغم -ولو أزرق- وما سال من الفم وقت النوم
“Dan air mani manusia adalah suci, demikian juga lembapan faraj wanita, sama juga seperti peluh, hingus dan kahak –sekalipun menjadi biru – dan apa yang mengalir dari mulut (air liur basi) ketika tidur (semuanya adalah tidak najis).”

Kesimpulan
Mengorek tahi hidung tidak dilarang. Manakala termakan tahinya dimaafkan, tetapi sengaja memakan tahi adalah ditegah kerana jijik. Jangan pula sesekali mendakwa memakan tahi hidung itu mempunyai khasiat kesihatan seperti imunisasi. Sehinggakan berlawan dengan doktor untuk tidak cucuk imunisasi anak-anak atas hujah Allah sudah jadikan imunisasi secara natural! Iaitu TAHI HIDUNG….

Suhazeli Abdullah
fb.com/drsuhazeli

#MedicalMythBustersMalaysia
#MedTweetMY

14.4.2017

Pautan:
[1] Doktor Syorkan makan tahi hidung. https://aliffchannel.com/trend/ohsem/doktor-jangan-halang-anak-korek-dan-makan-tahi-hidung/

[2] Nose Picking. https://www.damninterestingn.com/nugget/you-can-pick-your-doctor-and-you-can-pick-your-nose/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Dr Suhazeli Abdullah
Dr Suhazeli Abdullah
Dilahirkan di Kota Bharu Kelantan. Pendidikan awal di sekolah Kebangsaan Perol dan Sultan Ismail College (SIC), Kelantan. Melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah perubatan di Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan. Kemudian, melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kini berkhidmat di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya, Dungun, Terengganu sebagai Pakar Perunding Perubatan Keluarga. Banyak terlibat dalam menyampaikan ceramah mengenai fikah perubatan. Menulis secara aktif dalam laman web peribadi beliau berkaitan isu-isu semasa termasuk vaksin dan sebagainya. Motto utama hidup beliau adalah Hidup Bermanfaat. Maklumat lanjut mengenai beliau dan hasil penulisan lain boleh diperolehi dari laman web www.suhazeli.com

Popular Articles