Perjalanan menaiki kapal terbang ke Tanah Suci memakan masa lebih kurang lapan jam. Adalah dinasihatkan semua jemaah haji melakukan latihan senaman semasa dalam kapal terbang.

Nak bersanam lagu mana doktor dalam kapal terbang?” Tanya seorang jemaah dengan nada terkejut apabila saya menerangkan kepentingan bersenam dalam kapal terbang.

Senaman ini penting bagi mengelakkan satu penyakit yang diberi nama “deep vein thrombosis (DVT)”. Apabila pergerakan kurang dalam keadaan kita lama duduk dikerusi, dibimbangi pergerakan darah kita menjadi lambat dan akhirnya menjadi gumbalan darah beku terutama dibahagian kaki. Saluran vena akan tersumbat dan kaki yang terkena DVT akan menjadi kemerahan dan sakit. Bagi jemaah yang mempunyai masalah kesihatan seperti sakit jantung, sakit paru-paru, barah, mempunyai sejarah keluarga mengidap DVT, mengambil pil hormone, baru menjalani pembedahan, baru terlibat dalam kemalangan yang melibatkan bahagian kaki atau mengalami masalah sistem pembekuan darah, adalah golongan yang berisiko tinggi diserang DVT.

Beberapa langkah boleh dilakukan oleh jemaah semasa berada dalam penerbangan:

  • Memakai stokin (elastic compression stockings). Sila bertanya doctor untuk keteragan lanjut.
  • Memakai pakaian yang longgar
  • Meminum banyak air semasa penerbangan.
  • Bangun dan melakukan regangan tangan dan kaki setiap 2 jam (Lihat gambarajah tatacara melakukan regangan dalam kapal terbang).
  • Elakkan bersila semasa duduk atas kerusi.
  • Berjalan-jalan dalam kapal terbang sekerap yang mungkin.

Senaman semasa perjalanan jauh

Senaman ini bertujuan melancarakan perjalanan darah dan mengelakkan kekejangan otot.



1. Duduk tegak semasa ingin memulakan senaman.



2. Rehatkan kaki anda ke lantai. Gerakkan hujung kaki ke atas dan ke bawah beberapa kali.



3. Bongkokkan sedikit badan dan rangkul lutut anda. Dengan perlahan dakap lutut ke arah dada, bertahan beberapa saat dan lepaskan. Letakkan semula kaki anda ke lantai. Lakukan perkara yang sama pada kaki satu lagi. Ulang aktiviti tersebut sebanyak lima kali bagi setiap kaki.



4. Pegang paha anda dan angkat sedikit separas dada. Kemudian pusing hujung kaki anda seperti gambarajah. Lakukan pusingan selama lima saat. Ulang aktiviti tersebut pada kaki yang berikutnya. Sesi ini dilakukan sebanyak 5 kali.



*Jika anda merasakan tidak selesa melakukan senaman ini atau mengalami kesakitan, sila berhenti dengan segera2.

Copyright Control by aljazli design (c) 2003 – 2008
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Words Format E Book
Previous articlePanduan Kesihatan Jemaah Haji 1
Next articleAir Zamzam sebagai ubat
Dilahirkan di Kota Bharu Kelantan. Pendidikan awal di sekolah Kebangsaan Perol dan Sultan Ismail College (SIC), Kelantan. Melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah perubatan di Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan. Kemudian, melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kini berkhidmat di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya, Dungun, Terengganu sebagai Pakar Perunding Perubatan Keluarga. Banyak terlibat dalam menyampaikan ceramah mengenai fikah perubatan. Menulis secara aktif dalam laman web peribadi beliau berkaitan isu-isu semasa termasuk vaksin dan sebagainya. Motto utama hidup beliau adalah Hidup Bermanfaat. Maklumat lanjut mengenai beliau dan hasil penulisan lain boleh diperolehi dari laman web www.suhazeli.com