“Kita sebagai petugas kepada jemaah kena ingat satu perkara; iaitu sabar.” Pesan Hj Abdullah dalam satu taklimat sebelum operasi Masyaer bermula.

Bersabar dalam semua keadaan adalah paling utama. Dalam situasi mana sekalipun samada cemas, letih, sibuk, kurang tidur, sakit kepala atau demam, kesabaran hendaklah diletakkan didepan. Manusia yang sabar adalah manusia yang dijamin oleh Allah sebagai orang yang tidak akan rugi.

”Demi masa. Sesungguhnya manusia didalam kerugian, kecuali orang beriman dan beramal soleh yang berpesan kepada kebenaran dan kesabaran”Maksud Surah al Asr

Hilang sabar boleh merosakkan segala-galanya. Hilang sabar boleh merosakkan pahala haji. Orang yang hilang sabar tidak akan dihormati walaupun ditakuti oleh semua. Tindakan orang yang hilang sabar kadang-kadang tidak menyenangkan banyak pihak. Natijah dari hilang sabar boleh mencacatkan operasi haji. Malah peristiwa yang berlaku akibat dari hilang sabar akan dijadikan iktibar kepada sesiapa sahaja. Samada menjadi iktibar negatif atau positif kepada orang lain.

Sebagai petugas kebajikan atau perubatan mestilah bersabar dengan pelbagai karenah jemaah haji. Kedatangan kita sebagai petugas haji adalah untuk memberi khidmat terbaik kepada jemaah. Nilaian bagi khidmat yang terbaik itu adalah sejauh mana kita boleh menahan kesabaran.

Sebenarnya cabaran berurusan dengan jemaah adalah salah satu dari ujian sebagai petugas. Makan minum, tempat tinggal tidak menjadi rintangan besar kepada petugas berbanding dengan jemaah yang terkadang mempunyai masalah rumah. Terkadang juga jemaah diuji dengan sakit demam yang berpanjangan. Berbeza dengan petugas!

Jemaah mempunyai pelbagai permintaan dari petugas. Kehilangan keluarga masa Arafah Mina. Ada yang tak jumpa cari hotel yang memerlukan tuntunan dari petugas. Ada yang tak boleh berjalan hinggakan petugas menyorongkannya dengan kerusi roda. Ada juga petugas diherdik oleh jemaah semasa di Mudzalifah kerana bas lambat sampai. Malah ada juga petugas perubatan dimarahi oleh jemaah kerana tidak membawa alat canggih perubatan semasa di Arafah-mudzalifah-Mina. Itulah asam garam kehidupan sebagai petugas yang memerlukan kesabaran yang tinggi. Petugas yang boleh bersabar dengan karenah ini adalah petugas yang berjaya menyelamatkan operasi haji secara keseluruhannya.

Copyright Control by aljazli design (c) 2003 – 2008
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Words Format E Book
Previous articleTarikh Keramat untuk Perokok
Next articleKejutan Panas di Tanah Suci
Dilahirkan di Kota Bharu Kelantan. Pendidikan awal di sekolah Kebangsaan Perol dan Sultan Ismail College (SIC), Kelantan. Melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah perubatan di Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan. Kemudian, melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kini berkhidmat di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya, Dungun, Terengganu sebagai Pakar Perunding Perubatan Keluarga. Banyak terlibat dalam menyampaikan ceramah mengenai fikah perubatan. Menulis secara aktif dalam laman web peribadi beliau berkaitan isu-isu semasa termasuk vaksin dan sebagainya. Motto utama hidup beliau adalah Hidup Bermanfaat. Maklumat lanjut mengenai beliau dan hasil penulisan lain boleh diperolehi dari laman web www.suhazeli.com