Tragedi lemas akibat kepala air ini biasa terjadi kepada pengunjung yang tidak biasa dengan sesuatu tempat air jeram atau sungai bukit. Ianya boleh terjadi dengan tanpa tanda-tanda awal. Kepala air atau sumber sungai bermaksud punca aliran air dalam kuantiti yang besar mengalir dari hulu sungai atau air terjun ke sungai utama. Lazimnya, ia berpunca daripada hujan lebat yang berlaku di hulu sungai. Air yang deras ibarat ala-thunami akan menerjah aliran sungai yang sebelumnya tenang. Mengakibatkan sesiapa sahaja akan hanyut walaupun pandai berenang. Ada kalanya bukan sahaja air deras dan kuat, tetapi akan turun bersama keladak, lumpur, kayu-katu dan batu yang dihanyutkan dari bahagian hulu sungai.
Berikut adalah tanda-tanda awal kejadian kepala air antaranya:
  1. Keadaan langit gelap di bahagian hulu sungai (kawasan puncak bukit) disertai dengan bunyi guruh yang kuat.
  2. Bunyi dentuman gerakan batu-batan atau air dari hulu sungai.
  3. Air sungai berbuih dan meningkat secara tiba-tiba (kelodak, daun reput atau ranting kayu muncul dengan banyak di permukaan air).
  4. Siren amaran berbunyi.

Contoh video fenomena Kepala Air

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Words Format E Book
Previous articleParu-paru Popcorn dan Vapors
Next articleJus Betik, Sup Ketam dan Air Karbonat Ubat Denggi?
Dilahirkan di Kota Bharu Kelantan. Pendidikan awal di sekolah Kebangsaan Perol dan Sultan Ismail College (SIC), Kelantan. Melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah perubatan di Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan. Kemudian, melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kini berkhidmat di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya, Dungun, Terengganu sebagai Pakar Perunding Perubatan Keluarga. Banyak terlibat dalam menyampaikan ceramah mengenai fikah perubatan. Menulis secara aktif dalam laman web peribadi beliau berkaitan isu-isu semasa termasuk vaksin dan sebagainya. Motto utama hidup beliau adalah Hidup Bermanfaat. Maklumat lanjut mengenai beliau dan hasil penulisan lain boleh diperolehi dari laman web www.suhazeli.com