Friday, April 26, 2024

Top 5 This Week

Related Posts

Siapakah Muslim Chaplain?

image

“Chaplain” adalah satu istilah yang telah digunapakai oleh pihak Kristian bagi merujuk kepada individu atau kumpulan yang menjalankan kerja-kerja Amal bagi memberi khidmat nasihat agama di institusi tertentu seperti penjara, institusi ketenteraan, rumah orang tua dan hospital. Ianya adalah satu profesion khusus yang memerlukan kemahiran tertentu seperti asas kaunseling dan memberi nasihat di saat pelanggan/pesakit dalam keadaan kesedihan. Profesion ini terus berkembang pesat di dunia Barat sehinggakan individu atau kumpulan yang berprofesion Chaplain ini menubuhkan persatuan khas bagi melicinkan perjalanan keprofesionan mereka. Chaplain dalam agama lain termasuk Islam juga dibangunkan.
Negara kita agak baru dalam profesion ini. Istilahnya sedikit berbeza kerana jabatan agama negeri-negeri telah menempatkan seorang / beberapa orang pegawai agama di hospital-hospital kerajaan. Fungsi mereka adalah sama, Memudahcara (Fascilitate), Membantu (Assist), Kaunseling (Counseling) dan Mendidik (Educate). Empat tugas utama (FACE) Chaplain Muslim inilah yang menjadikan profesion mereka amat diperlukan di institusi awam seperti hospital. Bagi memastikan tugasan dilaksanakan sebaik mungkin, Muslim Chaplain ini wajib berkemahiran tinggi dalam mengendalikan pesakit.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Dr Suhazeli Abdullah
Dr Suhazeli Abdullah
Dilahirkan di Kota Bharu Kelantan. Pendidikan awal di sekolah Kebangsaan Perol dan Sultan Ismail College (SIC), Kelantan. Melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah perubatan di Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan. Kemudian, melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kini berkhidmat di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya, Dungun, Terengganu sebagai Pakar Perunding Perubatan Keluarga. Banyak terlibat dalam menyampaikan ceramah mengenai fikah perubatan. Menulis secara aktif dalam laman web peribadi beliau berkaitan isu-isu semasa termasuk vaksin dan sebagainya. Motto utama hidup beliau adalah Hidup Bermanfaat. Maklumat lanjut mengenai beliau dan hasil penulisan lain boleh diperolehi dari laman web www.suhazeli.com

Popular Articles