image

Peristiwa Lubuk Mandi, November 1988 mengimbau kembali. Kematian tragis penggali emas di hari Jumaat bulan Ramadhan, akhirnya pihak berkuasa menutup lombong emas rakyat itu. Batang getah yang menjadi sumber nafkah sebelum ini bertukar menjadi tanah emas.

Sekitar 80-an, setiap pagi jumaat Masjid Rusila sentiasa penuh. Kebanyakan pengunjungnya adalah penyokong PAS yang dahagakan ilmu dari murabbi mereka yang baru balik menuntut dari Madinah- Tuanguru Hj Abdul Hadi Awang. Sehinggakan satu dialog perlian dari orang-orang Umno tersebar:
“Kenapa lah orang PAS ni, berehi sangat ke Rusila. Semacam la ada emas di sana!”

Rupanya ejekan tersebut dibayar tunai oleh Allah, 12 November 1988 Lubuk Mandi Rusila digemparkan dengan penemuan emas oleh seorang pekebun getah yang sedang berehat setelah menoreh. Mulut ejekan orang Umno terkunci rapat.

Setelah 26 tahun peristiwa penemuan emas di Lubuk Mandi, sekali lagi Rusila digemparkan dengan isu kebanjiran kerang jenis Ananda (Nama lain Kerang Darah, kaya dengan zat besi). Permulaan penemuan kerang ini di sepanjang pantai Rusila dan beberapa pantai lain sepanjang Marang. Amat menakjubkan! Seolah-olah makhluk yang bisu ini ingin menyatakan sesuatu. Kawan saya yang berada di Jepun menyatakan bahawa perairan Jepun sekarang mengalami beberapa siri gegaran gempa bumi. Kadangkala kuat, kadangkala lemah. Mungkin inilah alasan logik serta saintifik yang boleh difikirkan setakat ini. Hari ini juga saya difahamkan bahawa di kawasan pantai Batu Rakit terdapat Gamat (Sea cucumber/Holothuroidea) yang luar biasa. Malah spesies gamat seperti ini biasanya berada di sekitar pantai Utara tanah air.

Fenomena sebegini sebenarnya ujian yang Allah turunkan kepada hambaNya. Imbas kembali peristiwa kaum Bani Israel yang bertukar menjadi kera kerana melanggari perintah Allah supaya tidak menangkap ikan pada hari Sabtu. Sebagaimana firman Allah yang bermaksud:

“Dan sesungguhnya kamu telah mengetahui (bagaimana buruknya akibat) orang-orang di antara kamu yang melanggar (larangan) pada hari Sabtu, lalu Kami berfirman kepada mereka: “Jadilah kalian kera yang hina”. [Surah al-Baqarah : ayat 65]

Allah S.w.t berfirman bahawa sesungguhnya kalian (hai orang-orang Yahudi) telah mengetahui azab yang menimpa penduduk kampung itu yang durhaka terhadap perintah Allah dan melanggar perjanjian dan ikrar-Nya yang telah Dia ambil dari kalian. Iaitu kalian mesti mengagungkan Hari Sabtu dan mentaati perintah-Nya. Dikatakan demikian kerana perkara tersebut disyariatkan kepada mereka. Akan tetapi pada akhirnya mereka membuat “hilah” (helah) agar mereka tetap dapat berburu ikan pada hari Sabtu, iaitu dengan cara meletakkan jaring-jaring dan perangkap-perangkap ikan sebelum hari Sabtu.

Apabila hari Sabtu tiba dan ikan-ikan banyak diperolehi sebagaimana biasanya, ikan-ikan tersebut terjerat pada jaring-jaring dan perangkap-perangkap tersebut, tiada satu ikan pun yang selamat pada hari Sabtu itu. Apabila malam hari tiba, mereka mengambil ikan-ikan tersebut selepas hari Sabtu berlalu. Ketika mereka melakukan perkara tersebut, maka Allah mengutuk rupa mereka menjadi kera.

Bukanlah saya menuduh rakan-rakan yang sedang mencari kerang dan gamat itu berperangai seperti Bani Israel. Namun jika sekiranya kita melanggari batas agama yang Allah tetapkan, bermakna perbuatan itu hampir sama. Janganlah asyik mencari kerang sehingga luput solat dan membuka aurat. Malah jangan pula kita terlalu ghairah sehingga menggadai nyawa.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Words Format E Book
Previous articleFenomena Kerang Naik Pantai Rusila
Next articleBantuan dan Khidmat Sukarela : Pengalaman Amal Malaysia
Dilahirkan di Kota Bharu Kelantan. Pendidikan awal di sekolah Kebangsaan Perol dan Sultan Ismail College (SIC), Kelantan. Melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah perubatan di Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan. Kemudian, melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kini berkhidmat di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya, Dungun, Terengganu sebagai Pakar Perunding Perubatan Keluarga. Banyak terlibat dalam menyampaikan ceramah mengenai fikah perubatan. Menulis secara aktif dalam laman web peribadi beliau berkaitan isu-isu semasa termasuk vaksin dan sebagainya. Motto utama hidup beliau adalah Hidup Bermanfaat. Maklumat lanjut mengenai beliau dan hasil penulisan lain boleh diperolehi dari laman web www.suhazeli.com