Kenapa Kegunaan Secara Kecemasan dan Vaksin Cepat dibuat?

Persoalan: Vaksin COVID-19 hanya diluluskan secara kegunaan kecemasan (emergency use authorization – EUA), bukan kelulusan penuh FDA pun. Kenapa bersungguh sangat nak berikan vaksin kepada semua rakyat? 𝗝𝗮𝘄𝗮𝗽𝗮𝗻: Ya benar vaksin Pfizer/BioNTech, Moderna, AstraZeneca, Johnson & Johnson dan beberapa lagi hanya dibenarkan penggunaannya secara kecemasan. Namun Pfizer/BioNtec telah diluluskan secara penuh pada 23 Ogos 2021 […]

Vaksin COVID-19 Masih Eksperimental?

Masih tak habis-habis lagi dengan ketidak-fahaman segelintir pihak yang menuduh kerajaan menggunakan vaksin eksperimental. Antara alasan mereka adalah vaksin belum habis lagi ujikaji, nak tunggu sehingga 3 tahun baharu fikir semula dapatkan vaksin atau tidak. Sebenarnya mereka tidak memahami konsep kajian klinikal. Paparan kajian klinikal dalam clincialtrials.gov itu adalah kertas konsep dan proposal. Mereka meletakkan […]

Siapa Dajjal?

Kenapa antivaksin asyik tuduh KKM dan ulama yang sokong vaksin itu agen dajjal? Begitu mudah betul melabel orang lain jadi kafir dek kerana tak suka dengan vaksin. Ingatlah, tuduhan fitnah akan terbalik kepada diri sendiri di zaman yang penuh dengan fitnah ini. Saya percaya dajjal akan wujud kerana hadis menyebut hal itu. Tak percaya akan […]

False Negative Ujian COVID-19

Beginilah selalunya perangai mereka. Duk kutip cerita entah dari mana dan diangkat sebagai “pejuang kebenaran”. Padahal, mereka sendiri masih kabur. Akhirnya membentuk budaya yang tidak sihat di kalangan mereka. Engkar nasihat doktor, hasut pesakit supaya keluar wad dengan risiko sendiri dan mengambil ubatan yang tidak terbukti pun dari kajian perubatan. Apabila pakar cuba menerangkannya, mereka […]

Warna Susu Ibu

Terdapat ibu menyusu buat aduan bahawa susu mereka bertukar warna hijau selepas vaksin COVID-19. Setakat yang saya tahu, susu ibu itu terdapat pelbagai warna bergantung kepada keadaan si ibu BUKANNYA akibat VAKSIN. Saya bertanyakan pakar pemakanan Dietitian Fizah | Nur Hafizah M Sobri untuk kepastian. Berikut jawapan beliau. MACAM MACAM WARNA SUSU IBU Eh bukan […]

Vaksin AstraZeneca ada Babi?

Hanya MUI sahaja nampak pelik dan terlalu rigid dalam isu ini. Sedangkan ulama lain seluruh dunia tiada masalah pun. Dalam masa yang sama mereka juga membuat kenyataan tegas yang mengharuskan penggunaan vaksin atas dasar darurat. Di hujung kenyataan itu mereka akhirnya menerima pengambilan vaksin AstraZeneca dan lain-lain bukannya menolak sepenuhnya. Inilah fiqh muazanat yang perlu […]

Duri Protein Vaksin COVID-19 Tiada Butang Off?

Sketsa di Pusat Pemberian Vaksin P: Dr saya tak mboh (tak nak) cucuk vaksin dos 2 ni. D: Apasal? P: Saya dengar satu audio mengatakan bahawa vaksin itu bahaya. Terutamanya vaksin baru Pfizer, kerana dia mengeluarkan 𝗱𝘂𝗿𝗶 𝗽𝗿𝗼𝘁𝗲𝗶𝗻 yang tak dak butang tutup. Pembentukan duri protein itu akan berkali-kali ganda tanpa henti sehingga boleh menyebabkan […]

Perangai Maknga

Perangai maknga ataupun bahasa orang putih namanya the Peltzman Effect menerangkan mengapa di kalangan yang sudah divaksin sekalipun juga turut dijangkiti COVID-19. Apa itu 𝗣𝗲𝗿𝗮𝗻𝗴𝗮𝗶 𝗠𝗮𝗸𝗻𝗴𝗮 (Peltzman Effect)? Seorang ahli ekonomi bernama Sam Peltzman yang membuat teori ini dari sudut ekonomi pada tahun 1998 dahulu di mana terdapat pemain-pemain dalam industri ekonomi telah mula menceburkan […]

Darah Bekam Selepas Vaksin

𝗗𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗕𝗲𝗸𝗮𝗺 𝗦𝗲𝗹𝗲𝗽𝗮𝘀 𝗩𝗮𝗸𝘀𝗶𝗻 Warana darah yang keluar selepas vaksin TIDAK dipengaruhi oleh JENIS vaksin. Akan tetapi ia bergantung kepada individu berkenaan itu sendiri, samada vaksin atau tidak vaksin. Darah yang keluar dari kulit kita akan membeku mengikut masa yang tertentu. Samada warna cerah atau pekat kehitaman, berbeza-beza. Namun kebanyakan manusia adalah sama. Contohnya orang […]

Dah Vaksin Ramai Mati?

74% 𝗝𝗮𝗻𝗴𝗸𝗶𝘁𝗮𝗻 𝗖𝗢𝗩𝗜𝗗-19 𝗗𝗶 𝗞𝗮𝗹𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗦𝘂𝗱𝗮𝗵 𝗗𝗮𝗽𝗮𝘁 𝗩𝗮𝗸𝘀𝗶𝗻? Biasanya ramai di kalangan kita akan baca laporan berita tak habis. Hanya baca tajuk saje. Tetapi huraian laporan tidak dibaca. Kemudian sebarkan ulasan sendiri yang tidak melihat kepada konteks sebenar. Artikel tu (gambar) adalah respons dari CDC yang keluar kenyataan sebelum ini bahawa mask, penjarakan fizikal, buat […]

MRNA Vaksin COVID-19 Akan beri Kesan Buruk

Masih lagi diviralkan video Prof Mustafa pada awal januari lalu yang mempertikaikan kerajaan ingin menjalankan program imunisasi COVID-19 Kebangsaan. Pada masa tersebut, vaksin belum pun lagi sampai dalam negara. Malah suntikan pertama yang telah dilakukan oleh YAB PM bermula 24 Febuari 2021. Saya hormati pandangan daripada Prof Mustafa Ali berkaitan dengan kebimbangan beliau mengenai jangka […]

Bahaya Vaksin COVID-19?

Saya hormati pandangan daripada Prof Mustafa Ali berkaitan dengan kebimbangan beliau mengenai jangka panjang kesan negatif vaksin mRNA yang akan digunakan oleh kerajaan daalm masa terdekat ini. Namun video beliau itu telah digunakan seluas-luasnya oleh golongan yang sememangnya kami ketahui perangai mereka sejak sekian lama – antivaksin, pro-teori konspirasi dan penjual produk. Prof Mustafa telah […]

Doktor Pakar Sembuh Guna Ivermectin?

Nak respons sikit bab testimoni seseorang kononnya diangkat sebagai doktor pakar oleh antivaksin. Beliau bercerita mengenai ubat yang tak terbukti secara definitif, laju je antivaksin kongsi. Sebelum ini semua berteriak ubat hospital tu racun dan banyak bahan kimia. Tetiba Ivermectin yang hanya lulus untuk kegunaan haiwan pula diangkat tinggi. Lagi pun yang buat tulis cerita […]

Antibody Dependent Enhancement Selepas Vaksin COVID-19?

Ada seorang netizen bertanya berkaitan dengan Antibody Dependent Enhancement (ADE) yang mungkin boleh berlaku setelah pemberian vaksin. Lantas beliau berikan link beberapa teori dari pihak tertentu berkaitan ADE itu. Saya perhatikan netizen cepat percaya dan terus sebar teori yang tidak dibuktikan lagi. Netizen hanya pandai copy & paste, tetapi tidak baca. Kalau baca pun tidak […]

Teori Konspirasi COVID-19

Orang percaya dengan teori konspirasi akan cuba sedaya upaya mengajak orang lain juga percaya seperti mereka dengan teori itu. Itulah lumrah. Sama juga dengan orang yang percaya bumi ini leper, bermati-matian mereka pertahankan hujah bahawa bumi itu leper. Pelbagai hujah pelik dikemukakan oleh mereka bagi menegakkan benang basah. 1️⃣ Antara kepercayaan yang mereka selalu sebarkan […]

Vaksin Haji Tiada Babi

Netizen bertanya, bagaimanakah antivaksin pergi ke Tanah Suci untuk menunaikan haji, sedangkan mereka menolak vaksin dan menuduh semua vaksin mengandungi babi? Semoga Allah merahmati mereka dan kita dalam menyempurnakan ibadah. Vaksin meningokokal adalah dipolisikan wajib sebelum ke Tanah suci. Arahan mewajibkan vaksin meningokokal tersebut adalah sejak tahun 2001 lagi kerana berlaku peningkatan kes meningokokal yang […]

Vaksin vs Pemakanan Sunnah

Secara umum, sistem pertahanan badan terbahagi kepada dua iaitu 1️⃣ Imuniti semulajadi (innate immunity) 2️⃣ Imuniti penyesuaian (adaptive immunity). Inilah yang dinamakan sistem imuniti Imuniti semulajadi merupakan tindak balas pertama dalam badan sekiranya badan diserang kuman. Tindak balas ini bersifat tidak khusus kepada mana-mana kuman. Ianya juga sementara dan tidak dapat bertahan lama. Sekiranya kuman […]

Vaksin Punca Autism

Vaksin Punca Autism? Oleh: Nurul Fadhilah Salleh Andrew Wakefield dan rakan-rakan dalam kajian mereka pada tahun 1998 yang melibatkan 13 kanak-kanak telah mengaitkan vaksin MMR sebagai punca autism. Dalam kajian tersebut, mereka berteori bahawa vaksin MMR telah menyebabkan inflamasi pada bahagian usus kanak-kanak, menyebabkan sejenis ‘protein misteri’ merentas keluar dari usus, mengganggu perkembangan otak kanak-kanak […]

Mati Akibat Vaksin?

Vaksin Punca Ekzema?

Ekzema adalah penyakit hypersensitivity kulit. Hypersensitivity bermakna kulit seseorang itu terlalu sensitif. Terkena bahan tertentu sedikit je terus bengkak. Bahan tertentu ini kita panggil trigger. Contoh trigger adalah debu, bahan kimia dan bulu kucing. Bermakna kalau ada terkena trigger, orang yg ada ekzema itu akan kena serangan ekzema atau kita panggil sebagai flare. Vaksin, tidak […]