Ibadah Haji dan Umrah dalam sakit

“Luka mak cik perlu ditampal dengan kain kapas”Aku memberi sedikit penjelasan kepada seorang jemaah yang baru dibalut kerana luka dilengan. Dia jatuh dalam bilik air hotel pagi tadi. ”Lepas tu Mak Cik nak ambil air sembahyang macam mana?” Dia mengajukan soalan yang menginginkan penerangan lanjut.Situasi begini sering berlaku di Klinik Zon atau Maktab di Tanah […]

Kejutan Panas di Tanah Suci

Kekeringan air dan Kejutan Panas Kekeringan Air badan dan Kejutan Panas adalah dua jenis fenomena yang biasa berlaku ke atas jemaah haji yang sedang mengerjakan ibadah haji. Ianya boleh membawa maut jika tidak mendapat rawatan yang sepatutnya. Kekeringan Air dalam Badan Kekeringan air badan semasa mengerjakan haji adalah akibat dari kepanasan yang melampau, terutama semasa […]

Petugas Haji Mesti Sabar

“Kita sebagai petugas kepada jemaah kena ingat satu perkara; iaitu sabar.” Pesan Hj Abdullah dalam satu taklimat sebelum operasi Masyaer bermula. Bersabar dalam semua keadaan adalah paling utama. Dalam situasi mana sekalipun samada cemas, letih, sibuk, kurang tidur, sakit kepala atau demam, kesabaran hendaklah diletakkan didepan. Manusia yang sabar adalah manusia yang dijamin oleh Allah […]

Tarikh Keramat untuk Perokok

Sepatutnya tarikh berangkat menunaikan haji adalah tarikh keramat untuk berhenti merokok. Ditambahi tarikh ini berada dibulan suci dan akan menuju ke tempat yang suci. Amalan haji dan umrah yang akan dilakukan juga adalah memerlukan kesucian fizikal dan jiwa. Aku cukup hairan kenapa ada lagi jemaah yang tak segan silu menyedut asap rokok depan khalayak ramai. […]

Ibarah Ibadah Haji

Imam Ghazali pernah mengibaratkan bahawa ibadah haji terdiri dari dua wajah Mati: Semasa berihram, kita hanya dibaluti dua kain putih yang tidak berjahit sahaja. Sama gambaran apabila kita meninggal dunia, kita dikafankan dengan kain kafan berwarna putih dan tidak dijahit. Pemergian untuk menunaikan haji seumpama menuju kematian. Segala hutang piutang diselesaikan, bermaaf-maafan dengan sanak saudara […]

Mabuk dalam Penerbangan

Kepala berpusing, loya nak muntah, sakit sendi dan berpeluh. Itulah tanda-tanda jemaah yang mengalami mabuk dalam perjalanan. Masalah utama pesakit semasa ketibaan di lapangan terbang adalah mabuk perjalanan. Lapan jam dalam kapal terbang, membuatkan jemaah menjadi rimas dan mula muntah-muntah. Justeru, di bawah ini beberapa panduan untuk jemaah bagi mengelakkan serangan mabuk perjalanan. ·

Air Zamzam sebagai ubat

”Tak makan ubat pun takpa, Air Zamzam kan ada” jawab seorang jemaah semsa mendapat rawatan di klinik Maktab. ”Nak test…Ustaz kata Air Zamzam tu ubat segala ubat” Tambahnya lagi dengan penuh yakin. ماءزمزم لماشرب له Kelebihan ini tidak akan diperolehi pada air lain diatas dunia ini. Seorang pengkaji bernama Tariq Husin pernah mengkaji kelebihan air […]

Nasihat dalam perjalanan Menunaikan Haji

Perjalanan menaiki kapal terbang ke Tanah Suci memakan masa lebih kurang lapan jam. Adalah dinasihatkan semua jemaah haji melakukan latihan senaman semasa dalam kapal terbang. Nak bersanam lagu mana doktor dalam kapal terbang?” Tanya seorang jemaah dengan nada terkejut apabila saya menerangkan kepentingan bersenam dalam kapal terbang. Senaman ini penting bagi mengelakkan satu penyakit yang […]

Panduan Kesihatan Jemaah Haji 1

Ibadah Haji adalah ibadah yang memerlukan kekuatan tenaga dan ketahanan mental. Buktinya adalah segala rukun dan wajib haji berbentuk pergerakan fizikal, bukannya bacaan kecuali niat. Di sini beberapa panduan kesihatan untuk petugas atau jemaah haji yang ingin menunaikan haji di Mekah. Semoga anda semua memperolehi manafaat darinya. Vaksin / Pelalian Kerajaan Arab Saudi telah mensyaratkan […]

Perdarahan Lepas Putus Haid adalah darah Penyakit

“Doktor, nak tanya sikit..Akak dah tak datang bulan lama dah…lebih kurang 3 tahun lalu.” Mula bicara seorang wanita berunur 55 tahun semasa satu sessi klinik Zon Madinah.“Jadi apa masalahnya?” Soalan pertamaku.“Datang balik la…Ustazah arahkan akak datang jumpa doktor, darah haid ka? darah penyakit?” Ujar Akak dengan penuh pengharapan dan jawapan yang pasti. Kerana ini boleh […]

Haid tak jejas kesempurnaan ibadah haji

Terbitan semula: Haid tak jejas kesempurnaan ibadah haji May 25, 2007, 9:36 am Bersama Tabung Haji Oleh Tengku Aziz Raja Abdullah MASALAH haid kadangkala mengganggu kelancaran wanita mengerjakan ibadat haji dan umrah. Oleh itu, satu kefahaman dalam masalah ini perlu difahami dan diberi perhatian oleh wanita. Wanita yang didatangi haid diharam sembahyang, puasa, tawaf, duduk […]

Tipu Sebelum Menunaikan Haji?

“Saya teliti buku kesihatan Pak Aji ni sihat dan lulus untuk mengerjakan haji…” Aku memulakan bicara bersama seorang jemaah haji yang berkungjung ke klinik Maktab pada satu hari.“Aa..a, Doktor kat Klinik Malaysia kata Pak Cik boleh tunaikan haji tahun ni kerana semua pemeriksaan tiada masalah pun”. Cepat-cepat isterinya menyampuk…seolah-olah ingin menyembunyikan sesuatu.“Ni sebak dada, gula […]

Cabaran airport Team Madinah

“Kalau pergi Advance party ni mesti kena bertugas di terminal kapal terbang lagi?” Isteriku memulakan bicara.Aku diam tanpa jawapan setelah mendapat tahu tarikh penerbangan sebagai petugas haji. Tawaran dapat bertugas pada tahun ni agak lambat sedikit berbanding dengan sebelum ini.Aku tidak tahu jawapan yang selunak mana untuk diberikan kepada insan tersayang. Ada dua perasaan yang […]

Di Jemput menjadi tetamu Allah

Sekali lagi aku dipilih untuk menjadi tetamu dan berkhidmat kepada tetamu-tetamu Allah pada musim 1429H. Satu saat yang ditunggu-tunggu menjadi khadam kepada para duyufu rRahman telah tiba pada penghujung bulan Oktober ini. Aku mendoakan agar memperolehi haji mabrur, diberi kekuatan tenaga, sihat tubuh badan, waras akal fikiran dan dipermudahkan segala urusan. Banyak orang menimbulkan persoalan, […]