Jumlah Ujian Covid-19 Sehari

Jawapan untuk soalan yang dikemukakan oleh Ustaz Azhar Idrus. Jumlah ujian saringan harian dipapar secara terus dan telus dalam covidnow.moh.gov.my. Kadar positif semasa (6/2/22) adalah 5.9% dari 150K ujian yang dibuat. Dalam tempoh sekarang ini, KKM sudah tidak buat saringan secara besar-besaran mengikut kluster. Ujian saringan kendiri amat digalakkan jika bergejala atau kontak rapat dengan […]

Perubahan Terbaharu Rawatan Asma

Ilmu dalam dunia perubatan sentiasa berlaku perubahan, ianya berdasarkan kepada penemuan terbaharu. Begitulah yang berlaku kepada perubahan kepada rawatan asma. Kaedah yang terbaharu itu berdasarkan hasil kajian terkini yang telah pun di cerap oleh banyak penyelidik. Tambahan fakta yang terkini lebih memudahkan doktor untuk membuat rawatan yang sewajarnya. Antara penemuan yang terkini adalah.1️⃣ Penggunaan alat […]

Tinggalkan Vaksin Jika Ragu-ragu?

Berkaitan dengan Vaksin Covid-19 yang sekarang ini. Kita dapati ada orang yang ada alahan atau dia ragu-ragu untuk mengambilnya. Dalam Islam jika ragu-ragu adalah kita perlu tinggalkan perkara yang kita ragu-ragu itu. Ini Hadis nabi suruh kita ambil perkara yang kita tidak ragukan. Betul ke pendapat ini? 𝗝𝗮𝘄𝗮𝗽𝗮𝗻: Ya ragu-ragu perlu dihapuskan dengan keyakinan. Penjelasan […]

Vaksin COVID-19 Masih Eksperimental?

Masih tak habis-habis lagi dengan ketidak-fahaman segelintir pihak yang menuduh kerajaan menggunakan vaksin eksperimental. Antara alasan mereka adalah vaksin belum habis lagi ujikaji, nak tunggu sehingga 3 tahun baharu fikir semula dapatkan vaksin atau tidak. Sebenarnya mereka tidak memahami konsep kajian klinikal. Paparan kajian klinikal dalam clincialtrials.gov itu adalah kertas konsep dan proposal. Mereka meletakkan […]

Telegram AEFI CASES Membawa Fitnah

Sudah lama saya perhati trend berita yang dibawa. Saya fikir inilah punca kenapa masyarakat jadi semakin keliru, kerana senarai kesan sampingan (AEFI) dan kematian yang mereka buat itu banyak data yang tak betul. Metodologi pengumpulan data pun dah diragui dan bercampur baur dengan emosi. Maka timbullah kutuk mengutuk, mengumpat arwah yang sudah pergi dan banyak […]

Warna Susu Ibu

Terdapat ibu menyusu buat aduan bahawa susu mereka bertukar warna hijau selepas vaksin COVID-19. Setakat yang saya tahu, susu ibu itu terdapat pelbagai warna bergantung kepada keadaan si ibu BUKANNYA akibat VAKSIN. Saya bertanyakan pakar pemakanan Dietitian Fizah | Nur Hafizah M Sobri untuk kepastian. Berikut jawapan beliau. MACAM MACAM WARNA SUSU IBU Eh bukan […]

MITOS MITOS BERKAITAN COVID-19

🧐Berjemur di cuaca panas boleh merawat COVID-19 Terdapat beberapa tuntutan yang mengatakan virus COVID-19 mati pada suhu tinggi. Walaupun pernyataan ini mempunyai asas, ini tidak bermaksud berjemur di tengah panas boleh menyembuhkan pesakit yang dijangkiti COVID-19. Selain itu, pakar menjangkakan peranan iklim dan suhu sesuatu negara tidak memberi impak dalam penularan virus ini. Amalkan langkah […]

4 Kesalahan Jurujual Produk Kesihatan

Seorang jurujual memarahi saya, “kalau produk tak berguna…kenapa KKM luluskan?” “Cik adik, KKM luluskan tu sebagai suplemen, bukannya ubat yang dakwa boleh rawat penyakit!” 4 KESALAHAN JURUJUAL . 1️⃣ Apabila bahan jualan mereka sudah dapat nombor notifikasi kelulusan KKM terus mendakwa produk mereka disarankan oleh KKM untuk merawat penyakit itu dan ini. ❗️Tidak dinafikan bahawa […]

Nota Fiqh Darah Wanita

Nota Fiqh Darah Wanita Daurah bersama Ustaz Abu Usamah Hanafiah. 1️⃣. Darah haid paling minima 24 jam (sehari semalam). Kalau tak cukup 24 jam dikira sebagai darah istihadhah. 2️⃣. Jika kebiasaan wanita itu (uruf) keluar darah haid hanya 4 jam sehari setiap hari, jumlah akumulatif selama 6 hari (Total 24 jam) dikira juga darah haid. […]

KES DISYAKI TIDAK SEMESTINYA POSITIF

Ramai yang keliru dengan dua istilah dalam isu #COVID-19 ini: 1. Kes disyaki. 2. Kes yang disahkan positif. . Anggapan masyarakat, apabila demam, batuk, selsema atau sesak nafas sahaja sudah dikira positif COVID-19, sedangkan kes baharu sahaja disyaki. Ujian lanjut wajib dijalankan untuk mempastikan sah positif COVID-19 atau sebaliknya. Selagi belum disahkan positif melalui ujian […]

Amalan Perubatan Yang Baik bagi Doktor

Terdapat satu garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Majlis Perubatan Malaysia. Garis panduan ini menyentuh mengenai Amalan Perubatan Yang Baik (Good Medical Practice), dikeluarkan pada tahun 2001. . Terdapat Lima ciri asas amalan Perubatan yang baik ialah; 1. Integriti Profesional, 2. Kemahiran Berkomuníkasi, 3. Tingkah Laku Beretika, 4. Merawat Pesakit dengan Hormat dan 5. Menjadi […]

6 Soal Jawab bersama WHO

6 SOAL JAWAB MENGENAI 2019-nCoV [Soal jawab bersama WHO] . . S1: Adakah antibiotik berkesan menghalang dan merawat #coronavirus (2019-nCoV)? J1: TIDAK. Antibiotik tidak bertindak terhadap virus, ia hanya bertindak ke atas bakteria. 2019-nCoV adalah sejenis virus, jadi tidak boleh digunakan untuk menghalang dan merawat (case). . . S2: Adakah #coronavirus (2019-nC0V) mudah menjangkiti orang tua atau […]

Kenapa Nyahjangkit (hand-sanitizers) Perlu Di Sapu?

Kita semua tahu, virus nCov baharu dikenali jenisnya akhir tahun lepas. Ianya satu keluarga dengan SARS dan MersCov yang pernah menggemparkan dunia satu masa dahulu [1]. . Oleh kerana ianya baharu dikenali, zat, sifat dan perangai nCov itupun masih lagi dalam pemerhatian, kajian dan pemantauan. . Apabila timbul isu yang mengarahkan semua barangan yang dibeli […]

Penjelasan Tentang Coronavirus

Apa sebenarnya wabak CoronaVirus yang meriah sangat dihebohkan? Ini adalah penjelasan dari doktor twitfemes, Dr Suhazeli Abdullah, Pakar Perubatan Keluarga. Video ni panjang sikit tau. Dengar je la dulu mana tahu ada manfaatnya. Share jangan lupa. #coronavirus #viral #kkm #terengganu #TVDarulIman #Coronovirus #Updi #Teganukita #Terengganu https://www.facebook.com/1425774284331666/posts/2510256175883466/

Sekat Kemasukan China & barangan dari China?

Tiada keperluan buat masa ini menyekat kemasukan pelancong dari China secara total kerana Kerajaan China sendiri telah pun menutup pintu masuk ke wilayah-wilayah yang terlibat. Presiden Xi Jin Peng juga mengisytiharkan China sedang berada dalam suasana berkabung. Kerajaan China juga mengarahkan syarikat pelancongan hentikan jualan tiket keluar dari China bermula Jumaat lalu. . Paling penting […]

Produk Lulusan KKM, Tapi Doktor Marah?

Produk Lulus KKM Tapi Doktor Marah! Kenapa? . Produk yang dikategorikan sebagai lulus KKM perlu melepasi syarat-syarat yang ditentukan oleh KKM itu sendiri. Tidak boleh memandai mendakwa bagai bahawa produk mereka telah mendapat persetujuan KKM bagi merawat penyakit. 1. Setiap ubat tradisional yang berdaftar dengan KKM cuba diberikan jaminan berkualiti dan selamat mengikut profile pengeluar […]

Vaksin Boleh Memusnahkan Manusia?

Jika benar vaksin itu boleh memusnahkan manusia, sudah tentu program imunisasi diberhentikan. . Kita boleh lihat sendiri bahawa Program imunisasi kebangsaan yang telah diletakkan secara rasmi dalam negara kita sejak sebelum merdeka lagi (1956) dengan pemberian vaksin DT. . Sebelum dari itu pemberian vaksin Cacar diberikan di zaman kolonial British sejak 1895. Ketika itu hanya […]

Geng Antivaksin Hipokrit

Hipokrit sungguh geng antivaksin. Dulu, hujah mati-matian tolak vaksin atas pelbagai alasan. Vaksin ada kinzir la, AEFI vaksin serius la, vaksin ada logam merkuri la dan banyak lagi. Semua penulisan gavaks itu menolak total vaksin. Hatta termasuk vitamin K yang boleh mencegah perdarahan otak pun mereka phobia. . Kita sudah pun perjelaskan satu persatu semua […]

Baby Potter Anak Syurga

Kes bayi cacat seperti kepala kecik, tempurung kemek, kaki & tangan terpeleok seperti ni (gambar) amat jarang kita temui. Setahun nak jumpa satu kes pun susah. Tetapi sekali kes kami temui, akan dibincang dalam mesyuarat kematian bayi. . Walaupun kita tahu bahawa kes bernama Potter Syndrome ini akhirnya tidak dapat diselamatkan, tetapi beberapa langkah standard […]

Akibat Cucuk Steroid Pada Bayi

OTOT KECUT SEBAB CUCUK . Bukan nak menakut-nakutkan ibu ayah ni. Gambar berikut nak kaboroyak bahawa risiko boleh berlaku otot kecut di tempat kena cucuk oleh steroid. Banyak kes budak yang saya jumpa pinggul dia lekuk kecut. Apabila ditanya, mereka kurang pasti kenapa berlaku. Korek punya korek cerita lama, baru mak dia beritahu bahawa pernah […]