Kenapa Kegunaan Secara Kecemasan dan Vaksin Cepat dibuat?

Persoalan: Vaksin COVID-19 hanya diluluskan secara kegunaan kecemasan (emergency use authorization – EUA), bukan kelulusan penuh FDA pun. Kenapa bersungguh sangat nak berikan vaksin kepada semua rakyat? ๐—๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐—ฝ๐—ฎ๐—ป: Ya benar vaksin Pfizer/BioNTech, Moderna, AstraZeneca, Johnson & Johnson dan beberapa lagi hanya dibenarkan penggunaannya secara kecemasan. Namun Pfizer/BioNtec telah diluluskan secara penuh pada 23 Ogos 2021 […]

Vaksin COVID-19 Masih Eksperimental?

Masih tak habis-habis lagi dengan ketidak-fahaman segelintir pihak yang menuduh kerajaan menggunakan vaksin eksperimental. Antara alasan mereka adalah vaksin belum habis lagi ujikaji, nak tunggu sehingga 3 tahun baharu fikir semula dapatkan vaksin atau tidak. Sebenarnya mereka tidak memahami konsep kajian klinikal. Paparan kajian klinikal dalam clincialtrials.gov itu adalah kertas konsep dan proposal. Mereka meletakkan […]

Adakah individu Tidak Vaksin Pembawa Virus?

Adakah individu Tidak Vaksin Pembawa Virus? Antara slogan yang mereka perjuangkan adalah hak asasi. Kerajaan tidak sepatutnya menyekat kebebasan rakyat terutama mereka yang tidak mahu vaksin. Jika nak tuntut hak kebebasan, patutnya orang yang ๐˜๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ต dapat vaksin, ๐—น๐—ฒ๐—ฏ๐—ถ๐—ต ๐—น๐—ฎ๐˜†๐—ฎ๐—ธ ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐˜‚๐—ป๐˜๐˜‚๐˜. ๐—ข๐—ฟ๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐˜†๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ฑ๐—ฎ๐—ต ๐˜ƒ๐—ฎ๐—ธ๐˜€๐—ถ๐—ป ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐—ต๐—ฎ๐—ธ ๐—ง๐—œ๐——๐—”๐—ž ๐— ๐—˜๐— ๐—•๐—˜๐—ก๐—”๐—ฅ๐—ž๐—”๐—ก ๐—ด๐—ผ๐—น๐—ผ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐˜๐—ถ๐—ฑ๐—ฎ๐—ธ ๐˜ƒ๐—ฎ๐—ธ๐˜€๐—ถ๐—ป berkumpul bersama mereka dalam kelas, […]

Siapa Dajjal?

Kenapa antivaksin asyik tuduh KKM dan ulama yang sokong vaksin itu agen dajjal? Begitu mudah betul melabel orang lain jadi kafir dek kerana tak suka dengan vaksin. Ingatlah, tuduhan fitnah akan terbalik kepada diri sendiri di zaman yang penuh dengan fitnah ini. Saya percaya dajjal akan wujud kerana hadis menyebut hal itu. Tak percaya akan […]

Telegram AEFI CASES Membawa Fitnah

Sudah lama saya perhati trend berita yang dibawa. Saya fikir inilah punca kenapa masyarakat jadi semakin keliru, kerana senarai kesan sampingan (AEFI) dan kematian yang mereka buat itu banyak data yang tak betul. Metodologi pengumpulan data pun dah diragui dan bercampur baur dengan emosi. Maka timbullah kutuk mengutuk, mengumpat arwah yang sudah pergi dan banyak […]

Pampasan Kesan Sampingan Vaksin COVID-19

Kerajaan dah umum lama dah. Jika benar kesan serius atau mati akibat vaksin COVID-19, kerajaan akan bayar pampasan. Pada 22 March lalu kerajaan dah umum. https://www.sinarharian.com.my/article/129645/KHAS/Covid-19/RM500000-jika-hilang-upaya-mati-akibat-vaksin-Covid-19 Julai, kenyataan rasmi YBMK menyatakan buat masa ini tiada lagi tuntutan pampasan diterima oleh kerajaan. Kerana apa? Tidak ada kes serius atau kematian berlaku. https://www.utusan.com.my/berita/2021/07/tiada-lagi-kes-melibatkan-pampasan-covid-19/ Ada pula yang keliru, […]

Vaksin AstraZeneca ada Babi?

Hanya MUI sahaja nampak pelik dan terlalu rigid dalam isu ini. Sedangkan ulama lain seluruh dunia tiada masalah pun. Dalam masa yang sama mereka juga membuat kenyataan tegas yang mengharuskan penggunaan vaksin atas dasar darurat. Di hujung kenyataan itu mereka akhirnya menerima pengambilan vaksin AstraZeneca dan lain-lain bukannya menolak sepenuhnya. Inilah fiqh muazanat yang perlu […]

MRNA Vaksin COVID-19 Akan beri Kesan Buruk

Masih lagi diviralkan video Prof Mustafa pada awal januari lalu yang mempertikaikan kerajaan ingin menjalankan program imunisasi COVID-19 Kebangsaan. Pada masa tersebut, vaksin belum pun lagi sampai dalam negara. Malah suntikan pertama yang telah dilakukan oleh YAB PM bermula 24 Febuari 2021. Saya hormati pandangan daripada Prof Mustafa Ali berkaitan dengan kebimbangan beliau mengenai jangka […]

33 Kematian selepas Vaksin di Norway

Pakar-pakar telah dipanggil untuk menilai dan membuat kajian penilaian berkaitan dengan kematian yang berlaku selepas daripada pembelian vaksin COVID-19 seperti mana yang dilaporkan oleh beberapa media. . Pakar-pakar tersebut adalah dari the European Medicines Agency (EMA) dan the Uppsala Monitoring Center (UMC). Mereka menyelidik pengkalan data WHO global database (VigiBase) following vaccination with BNT162b2 (Pfizer-BioNTech). […]

Doktor Pakar Sembuh Guna Ivermectin?

Nak respons sikit bab testimoni seseorang kononnya diangkat sebagai doktor pakar oleh antivaksin. Beliau bercerita mengenai ubat yang tak terbukti secara definitif, laju je antivaksin kongsi. Sebelum ini semua berteriak ubat hospital tu racun dan banyak bahan kimia. Tetiba Ivermectin yang hanya lulus untuk kegunaan haiwan pula diangkat tinggi. Lagi pun yang buat tulis cerita […]

Antibody Dependent Enhancement Selepas Vaksin COVID-19?

Ada seorang netizen bertanya berkaitan dengan Antibody Dependent Enhancement (ADE) yang mungkin boleh berlaku setelah pemberian vaksin. Lantas beliau berikan link beberapa teori dari pihak tertentu berkaitan ADE itu. Saya perhatikan netizen cepat percaya dan terus sebar teori yang tidak dibuktikan lagi. Netizen hanya pandai copy & paste, tetapi tidak baca. Kalau baca pun tidak […]

Vaksin AstraZeneca Selamat dan Berkesan

Persediaan Mengambil Vaksin AstraZeneca

Kenapa Vaksin Cepat?

Ramai orang tanya, macam mana vaksin COVID ni boleh dikaji dan dibuat dalam hanya 1 tahun sedangkan vaksin sebelum ini mengambil masa 10 tahun untuk dikeluarkan? Mai nak cerita apa yang depa dah buat naaaaa. Sejarah menunjukkan untuk membuat satu vaksin boleh mengambil masa 10 hingga 15 tahun. Sebelum ini vaksin yang paling cepat sekali […]

Sel Janin dan Babi dalam Vaksin COVID-19. Ini jawapannya

Penjelasan mengenai sel janin, babi atau seumpamanya dalam vaksin COVID-19. ๐Ÿ’‰Vaksin adalah produk yang berkesan, kurang kesan sampingan serta berkualiti. ๐ŸงฌProses pembuatannya terbahagi kepada 2.  1. Kaedah conventional 2. Kaedah sintetik. ๐ŸงฌVaksin yang menggunakan kaedah mRNA seperti Pfizer-BioNTech dan Moderna menggunakan kaedah sintetik. Di sini tidak langsung melibatkan sel hidup seperti sel manusia ataupun haiwan. […]

Vaksin vs Pemakanan Sunnah

Secara umum, sistem pertahanan badan terbahagi kepada dua iaitu 1๏ธโƒฃ Imuniti semulajadi (innate immunity) 2๏ธโƒฃ Imuniti penyesuaian (adaptive immunity). Inilah yang dinamakan sistem imuniti Imuniti semulajadi merupakan tindak balas pertama dalam badan sekiranya badan diserang kuman. Tindak balas ini bersifat tidak khusus kepada mana-mana kuman. Ianya juga sementara dan tidak dapat bertahan lama. Sekiranya kuman […]

Vaksin Punca Autism

Vaksin Punca Autism? Oleh: Nurul Fadhilah Salleh Andrew Wakefield dan rakan-rakan dalam kajian mereka pada tahun 1998 yang melibatkan 13 kanak-kanak telah mengaitkan vaksin MMR sebagai punca autism. Dalam kajian tersebut, mereka berteori bahawa vaksin MMR telah menyebabkan inflamasi pada bahagian usus kanak-kanak, menyebabkan sejenis ‘protein misteri’ merentas keluar dari usus, mengganggu perkembangan otak kanak-kanak […]

Vaksin COVID-19 yang Di Tunggu

Vaksin bukan segala-galanya. Tetapi semua orang mengharapkan vaksin terutamanya vaksin COVID-19 itu berjaya dicipta dalam tempoh terdekat. Mungkin anda pelik, mengapa tulisan saya sebegini pada kali ini. Seolah-olah saya tidak begitu mengharapkan sangat kewujudan vaksin dalam suasana pandemik COVID-19 masa ini. . Di sinilah perlunya kefahaman yang mantap bagi kita, bahawa vaksin itu salah satu […]

Antivaksin Bertaubat

Pernah kawan-kawan duk tegur, apasai hang ni rajin duk tulis pasai salah faham antivaksin dalam Facebook? Siap berblog lagi duk tulis debunk mereka. Dan…tahun 2015 boleh buat collection artikel dalam bentuk buku. Itupun kawan-kawan duk perli, patutlah brehi ngat berlawan dengan antivaksin dan menulis..nak lariskan buku rupanya. Kita ni cukup duk klinik je. Punch in […]

Vaksin Boleh Memusnahkan Manusia?

Jika benar vaksin itu boleh memusnahkan manusia, sudah tentu program imunisasi diberhentikan. . Kita boleh lihat sendiri bahawa Program imunisasi kebangsaan yang telah diletakkan secara rasmi dalam negara kita sejak sebelum merdeka lagi (1956) dengan pemberian vaksin DT. . Sebelum dari itu pemberian vaksin Cacar diberikan di zaman kolonial British sejak 1895. Ketika itu hanya […]