Dr Suhazeli Abdullah
Family Medicine Specialist, Charity Activist: Warga Cakna, Aid4Palestine, Book Writers, MedTweetMY, Papisma, MedicalMythBusters Malaysia, MMC
Ya Allah, permudahkanlah urusan kami pada hari ini dan bukakanlah pintu rezeki dan kebaikan buat kami semua. ... See MoreSee Less
- Likes: 69
- Shares: 1
- Comments: 4
4 CommentsComment on Facebook
Aamiiin Ya Rabbal A'lamin
Aamiin ya rabb...
Aamiin
Ameen2
Diriwayatkan oleh Abu Huraira, Rasulullah ﷺ bersabda:
لَيْسَ الشَّدِيدُ بِالصُّرَعَةِ إِنَّمَا الشَّدِيدُ الَّذِي يَمْلِكُ نَفْسَهُ عِنْدَ الْغَضَبِ
"Orang yang kuat bukanlah orang yang mengalahkan orang lain dengan kekuatannya, tetapi orang yang kuat adalah orang yang dapat menguasai dirinya ketika marah."
Sahih al-Bukhari (6114) dan Sahih Muslim (2609)
Hikmah di sebalik hadis ini adalah mengajarkan kita tentang kekuatan sebenar yang terletak pada kemampuan seseorang untuk mengawal emosi, khususnya kemarahan. Ini menunjukkan bahawa kekuatan fizikal tidak semestinya mencerminkan kekuatan sejati seseorang.
Sebaliknya, kekuatan sejati adalah kemampuan untuk tetap tenang dan terkawal dalam situasi yang mencabar, dan tidak membiarkan kemarahan menguasai tindakan kita. Ini adalah ciri kepimpinan yang baik dan membantu dalam membangun hubungan yang lebih baik dengan orang lain, serta menjadi contoh positif dalam masyarakat.
Hadis ini juga menekankan pentingnya kesabaran dan kematangan emosi dalam Islam.
... See MoreSee Less
0 CommentsComment on Facebook
Jawapan simple aje; saya tulis mengenai isu Pfizer yang didenda kerana menyebarkan maklumat awal sebelum vaksin COVID-19 diluluskan. Simple saja untuk faham. Tak perlu berfikiran jauh pun. Tetapi anti vaksin tetap tidak mahu berganjak dan merekayasa cerita-cerita yang bukan-bukan.
Komen mereka melalut sehingga berlanggar garis kemanusiaan itu sendiri.
Saya berjidal dengan anti vaksin ini sudah lama, 2010 lagi sampailah sekarang. Perangai mereka sama sahaja. Apabila diberikan jawapan dan dalil yang lebih sahih mereka akan cuba mengalih tiang gol dengan menceduk artikel entah dari mana. Mereka cuba menunjukkan bahawa mereka sendiri celaru dan keliru dengan bahan bacaan yang mereka baca itu. Sama seperti contoh isu Pfizer mohon maaf itu. Apabila saya menjawab apa maksud sebenar yang terdapat di dalam artikel berkenaan, mereka akan cuba mengalih kepada isu lain-lain pula. Begitulah kitaran sejak dari dulu.
Apabila mereka sudah habis modal untuk dijadikan bahan hujah, akhir sekali mereka akan tuduh doktor itu penjilat yahoodi dan agen dajjal! Itulah nilai akhlak mereka. Seolah-olah merekalah yang terpaling suci, mereka adalah tentera Imam Mahdi dan kebanyakan orang ramai semuanya telah dipengaruhi oleh Dajjal.
Nauzubillah
... See MoreSee Less
Perangai Antivaksin Sebagai Tentera Imam Mahdi?
Jawapan simple aje; saya tulis mengenai isu Pfizer yang didenda kerana menyebarkan maklumat awal sebelum vaksin COVID-19 diluluskan. Simple saja untuk faham. Tak perlu berfikiran jauh pun. Tetapi anti...2 CommentsComment on Facebook
sabarlah doktor. yang bising biasanya langau.
Faham kenapa doc tak jawab soalan mereka di post sebelum ini🙂