Pakar-pakar telah dipanggil untuk menilai dan membuat kajian penilaian berkaitan dengan kematian yang berlaku selepas daripada pembelian vaksin COVID-19 seperti mana yang dilaporkan oleh beberapa media.

.

Pakar-pakar tersebut adalah dari the European Medicines Agency (EMA) dan the Uppsala Monitoring Center (UMC). Mereka menyelidik pengkalan data WHO global database (VigiBase) following vaccination with BNT162b2 (Pfizer-BioNTech).

Berdasarkan kepada kajian dan penelitian yang dilakukan oleh mereka, berikut adalah keputusan yang dikemukakan:

 

“The current reports do not suggest any unexpected or untoward increase in fatalities in frail, elderly individuals or any unusual characteristics of adverse events following administration of BNT162b2. Reports are in line with the expected, all-cause mortality rates and causes of death in the sub-population of frail, elderly individuals, and the available information does not confirm a contributory role for the vaccine in the reported fatal events. In view of this, the committee considers that the benefit-risk balance of BNT162b2 remains favourable in the elderly, and does not suggest any revision, at present, to the recommendations around the safety of this vaccine.”

Maknanya dari keputusan yang mereka laporkan itu bahawa kematian yang berlaku adalah tidak disebabkan oleh vaksin Pfizer-BioNTech. Tetapi kematian itu adalah selari dengan jumlah kematian biasa dalam negara. Di Norway sendiri, sebanyak 400 kematian seminggu berlaku. Samada mereka diberikan vaksin atau tidak, kematian tetap terjadi. Sesiapa sahaja boleh mati sementelah kerana faktor umur yang berusia lanjut. 

Keadaan ini diberi nama “Temporal Relationship”- Kejadian mati itu terkait dengan waktu edah vaksin diberikan. Sedangkan ianya bukan penyebab dari vaksin. Dengan bahasa yang lebih mudah, ianya adalah satu kebetulan.

Pakar yang menjalankan kajian itu juga mengesyorkan pemberian vaksin seluruh dunia sekarang ini perlu diteruskan. Tiada alasan besar untuk diberhentikan program vaksinasi. Kejadian itu tidak perlu dibimbangkan. Apa yang penting dan Perlu diingatkan adalah, manfaat dan kepentingan perlindungan yanga akan diperolehi dari vaksin itu lebih utama.

Suhazeli Abdullah

27.1.2021

Tengkawang

Rujuk: 

1. Kenyataan rasmi WHO. GACVS COVID-19 Vaccine Safety subcommittee meeting to review reports of deaths of very frail elderly individuals vaccinated with Pfizer BioNTech COVID-19 vaccine, BNT162b2. 22 January 2021.

2. John Lauerman, Jason Gale. What to Know About Vaccine-Linked Deaths, Allergies. Bloomberg News. January 22, 2021

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Words Format E Book
Previous articleDoktor Pakar Sembuh Guna Ivermectin?
Next articleVaksin Penyebab Varian Baharu?
Dilahirkan di Kota Bharu Kelantan. Pendidikan awal di sekolah Kebangsaan Perol dan Sultan Ismail College (SIC), Kelantan. Melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah perubatan di Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan. Kemudian, melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kini berkhidmat di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya, Dungun, Terengganu sebagai Pakar Perunding Perubatan Keluarga. Banyak terlibat dalam menyampaikan ceramah mengenai fikah perubatan. Menulis secara aktif dalam laman web peribadi beliau berkaitan isu-isu semasa termasuk vaksin dan sebagainya. Motto utama hidup beliau adalah Hidup Bermanfaat. Maklumat lanjut mengenai beliau dan hasil penulisan lain boleh diperolehi dari laman web www.suhazeli.com