Panggilan Aceh 1
Aku berjaya menggagahkan diri untuk misi kemanusiaan di Aceh. Semenjak dari misi yang ke-2 lagi cigku Hussin menyenaraikan namaku. Tetapi mungkin tahap perjuangan masih rendah, disertai dengan karenah birokrasi dari majikan. Aku membuat keputusan yang agak lambat. Setelah misi yang ke 4 barulah aku menyatakan kesanggupan. Itu pun setelah aku menelaah resiko yang mungkin diterima. Bak kata pak Anwar, kalau tak sanggup menerima resiko, jangan sebut pasal perjungan.
” Adakah kamu dikira telah beriman? sebelum kamu diuji?”
Maksud Ayat Al Quran
Aku mengambil cuti 2 hari sebelum dan 2 hari selepas hariraya, menjadikan seminggu aku akan ke Aceh. Sekarang aku selamat sampai di Banda Aceh. Meneruskan perjuangan dengan cara ku tersendiri. Bidang perawatan pesakit….
20/1/05 @ 11 Zulhijjah 1425
Copyright Control by aljazli design (c) 2003 – 2008