๐๐ ๐ ๐ง๐ฎ๐ธ ๐๐ธ๐๐ถ๐ฟ๐ฎ๐ณ ๐๐๐๐ฟ๐ฎ๐ญ๐ฒ๐ป๐ฒ๐ฐ๐ฎ ๐ฑ๐ฎ๐ฟ๐ถ ๐ง๐ต๐ฎ๐ถ ๐ฑ๐ฎ๐ป ๐๐ผ๐ฟ๐ฒ๐ฎ?
๐๐ ๐ ๐ง๐ฎ๐ธ ๐๐ธ๐๐ถ๐ฟ๐ฎ๐ณ ๐๐๐๐ฟ๐ฎ๐ญ๐ฒ๐ป๐ฒ๐ฐ๐ฎ ๐ฑ๐ฎ๐ฟ๐ถ ๐ง๐ต๐ฎ๐ถ ๐ฑ๐ฎ๐ป ๐๐ผ๐ฟ๐ฒ๐ฎ?
Apabila diberitakan bahawa European Medical Agency (EMA) satu badan regulatori ubat-ubatan di Eropah ingin menilai kembali vaksin AstraZeneca yang dikeluarkan pengilangannya dari Korea atau Thailand, maka terdapat tuduhan menyatakan bahawa vaksin AstraZeneca keluaran selain dari US atau UK itu adalah vaksin kelas kedua atau tidak diiktiraf.
๐๐ฝ๐ฎ ๐๐ฎ๐ป๐ด ๐ฏ๐ฒ๐ฟ๐น๐ฎ๐ธ๐ ๐๐ฒ๐ฏ๐ฒ๐ป๐ฎ๐ฟ๐ป๐๐ฎ ๐ฏ๐ฒ๐ด๐ถ๐ป๐ถ:
1. Baca betul-betul kenyataan Badan regulatori EMA, mereka ingin meneliti dahulu semua pelaporan berkaitan sebelum kelulusan. Bukannya tidak iktiraf. Tulisan yang menuduh Kesatuan Eropah (EU) tidak iktiraf itu sengaja memilih ayat sedemikian supaya ingin menampakkan bahawa usaha yang dilakukan oleh kerajaan dalam program vaksinasi ini kelas kedua atau setidaknya memberi keraguan kepada masyarakat supaya tidak mengambil vaksin.
2. Kesatuan Eropah (EU) telah membuat penjelasan bahawa ๐๐ถ๐ฎ๐ฑ๐ฎ ๐๐ฒ๐ธ๐ฎ๐๐ฎ๐ป rakyat Malaysia untuk ke sana. Syarat untuk masuk ke negara-negara Eropah adalah:
i. Mempunyai ๐๐ถ๐ท๐ถ๐น ๐ฑ๐ถ๐ด๐ถ๐๐ฎ๐น ๐๐ฎ๐ธ๐๐ถ๐ป atau
ii. ๐จ๐ท๐ถ๐ฎ๐ป ๐๐ข๐ฉ๐๐-19 sebelum masuk negara itu adalah ๐ก๐ฒ๐ด๐ฎ๐๐ถ๐ณ atau
iii. Pengesahan ๐ฝ๐ฒ๐ฟ๐ป๐ฎ๐ต ๐ฑ๐ถ๐ท๐ฎ๐ป๐ด๐ธ๐ถ๐๐ถ COVID-19.
3. Isu sijil digital yang ditimbulkan kerana setakat ini mereka hanya memasukkan vaksin-vaksin dari UK dan US. Pun begitu mana-mana vaksin yang sudah pun diluluskan oleh WHO akan dimasukkan dalam sistem dalam tempoh terdekat. EU juga menjawab, sijil digital vaksin dari Malaysia juga diiktiraf nanti.
4. Isu yang sama seperti vaksin Sinovac satu ketika dahulu yang Arab Saudi tidak menerimanya untuk jemaah haji dan umrah. Ini kerana badan regulatori Arab Saudi perlu meneliti dahulu dosier (kertas pelaporan mengenai produk) dan syarikat pengeluar perlu mendapat kelulusan dari FDA terlebih dahulu. Apabila FDA meluluskan vaksin itu, tidak menjadi masalah bagi Arab Saudi untuk menerima kembali penggunaan vaksin bagi jemaah haji atau umrah.
5. Terpenting bagi kita adalah manfaat perlindungan COVID-19 melalui vaksin. Kita mahu keluar dari pandemik ini secepat mungkin. Bab nak keluar negara, melancong atau berniaga itu adalah urusan kedua. Mungkin lepas ini sudah tidak perlu dah vaksin dan sijil-sijil itu.
6. Kita sibuk nak keluar negara untuk melancong, nak lepas tol Gombak pun susah.
#SemogaBersabar
#KitaJagaKita
Suhazeli Abdullah
8.7.2021
Tengkawang
