Posts

Bahaya Aluminium dalam Vaksin?

Seorang netizen antivaksin mempersoalkan kenapa KKM tidak menggunapakai peraturan yang digunakan dalam akta USECHH 2000 mengenai had bahaya aluminium apabila terdedah kepada tubuh.

Adakah kami juga hairan dosh malaysia tak buat kenyataan bantah? Aluminium dalam vaksin berbeza dengan aluminium dalam persekitaran seperti yang dinyatakan dalam akta DOSH. Nama pun DOSH (Department of Occupation Safety and Health). Rantaian Aluminium akan menjadi berbeza apabila dikombinasikan dengan oksigen, natrium dan lain-lain.

.

Isu gabungan sebatian berbeza inilah yang boleh mengelirukan orang awam yang bukan mahir dalam ilmu kimia.

.

Vaksin menggunakan akta FDA, kerana logamnya dalam bentuk garam (aluminium salt). Oleh yang demikian unit bacaanya dalam bentuk mg atau mmol. Ianya jauh berbeza dengan sukatan isipadu (m3) seperti Aluminium oxide yang menjadi toksid atau bahaya di persekitaran.

.

Untuk mudah faham. Ibu hamil akan dibekalkan zat besi (ferous fumarate atau lactate). Kita tidak berikan ferous oxide (besi karat) kerana ferous oxide itu bahaya.

.

Pembuatan vaksin bukan dibuat cara tumbuk dan uli macam tepung gandum. Tetapi ianya melalui proses yang ketat, terjamin serta di bawah seliaan kualiti yang ketat. Setiap batch vaksin yang dikeluarkan sudah melepasi tahap keselamatan.

.

Cuma saya sangsi, persoalan yang netizen berkenaan sebut vaksin DTAP itu SANGAT BAHAYA, sudah berapa kes kematian atau bayi cacat akibat diberi vaksin? Ini satu tuduhan berat.

.

Seperti yang saya nyatakan sebelum ini setiap tahun lebih 6.9 dose vaksin diberikan kepada bayi dalam negara kita. Tak ada satu kes pun yang mati atau dikaitkan dengan kejadian autism.

Pautan

http://www.dosh.gov.my/

https://sciencebasedmedicine.org/toxic-myths-about-vaccines/

Sejarah Hitam Tercatat Akibat Lantik Vaksin-skeptik Sebagai Pemimpin

Semoga sejarah ini diambil iktibar seluruh dunia apabila kerajaan baharu Italy memecat pakar-pakar yang membuat polisi kesihatan negara.[1] Gerakan antivaksin dinegara terbabit terlalu kuat mendesak sehingga memberikan tekanan kepada ahli-ahli politik yang bertanding untuk memerintah Italy. Kempen-kempen pilihanraya Umum di Italy sebelum 4 Mac 2018 lalu termuat janji-janji yang ingin mengkaji semula polisi kerajaan semasa mengenai vaksin.
Penyakit Campak meningkat secara mendadak ke seluruh Eropah sejak 2015 hingga sekarang. Dua negara yang meningkat lebih dari 3 kali ganda iaitu Romania dan Itali. Perkara ini membimbangkan para pakar yang membuat polisi kerajaan, kerana dengan jumlah peningkatan 34% kes penyakit campak di Itali boleh meruntuhkan kesihatan negara. Rakyat yang dijangkiti akan terus menjadi tidak produktif, manakala rakyat yang belum lagi dijangkiti berada dalam serba ketakutan.[2] Statistik wabak campak tahun 2017 di Itali amat menakutkan, dari jumlah 5006 kes campak, 89% daripadanya adalah tidak disuntik vaksin.
Justeru kerajaan pemerintah pada masa tersebut telah menetapkan polisi setiap kanak-kanak yang ingin mendaftar di sekolah wajib menunjukkan bukti dari doktor bertauliah bahawa mereka telah diberi vaksin yang lengkap. Ini bermakna, vaksin wajib diberikan kepada anak-anak sebelum memasuki zaman persekolahan.[3] Sejarah tercatat bahawa pada tahun 2017, negara Itali adalah ketiga tertingggi penyakit campak selepas Romania dan Greece di benua Eropah. Para pemimpin pada masa tersebut mengeluarkan kenyataan bahawa kes campak di Itali sudah pun sama tara dengan negara mundur seperti Namibia dan Ghana. Keadaan ini amat membimbangkan. Sehinggakan Mexico menetapkan polisi supaya rakyatnya wajib diberi vaksin campak sebelum melancong ke Italy.
, Namun isu ini menimbulkan kemarahan segelintir rakyat yang dipelopori oleh kumpulan tegar antivaksin dinegara terbabit. Mereka mengambil peluang dari kemelut pemilihan pemimpin semasa plihanraya untuk mengetengahkan idea jumud mereka. Akhirnya terdapat para pemimpin tertentu yang mencari populariti menggunakan isu vaksin yang kononnya bahaya demi meraih undi rakyat.
Pilihanraya di Itali menunjukkan tiada parti yang dominan boleh memerintah dengan kukuh. Antara tiga parti yang besar telah berunding untuk membentuk satu pakatan, akhirnya 1 jun baharulah terbentuk satu pakatan dengan harapan boleh membina Itali baharu. Tetapi malang, parti populis 5 Star Movement (M5S) yang sebelum ini lantang memihak kepada kumpulan antivaksin diberi madat utama. Akhirnya mengubah polisi kesihatan terutamanya berkaitan dengan vaksin. Tindakan terbaharu mereka pada awal januari 2019 ini adalah memecat 30 ahlijawatankuasa pakar teknikal-saintifik polisi kementerian kesihatan Itali. Dengan terpecatnya para pakar ini, Itali berada dalam keadaan yang tidak menentu dari sudut polisi-polisi yang sedia ada termasuklah pemberian vaksin kepada anak-rakyat mereka. Sesungguhnya berita pemecatan ini menjadi satu sejarah hitam dunia. Disaat seluruh dunia bergelut dengan kenaikan kes mendadak penyakit cegahan vaksin seperti Campak, pertusis, Difteria dan lain-lain lagi, tetapi terdapat negara yang membuat keputusan mundur ke belakang seperti Itali.
Adakah ini satu kejayaan kumpulan antivaksin? Atau satu kemalangan kepada semua pakar perubatan seluruh dunia? Sasaran WHO bagi menghapuskan penyakit campak 2025 nampaknya semakin kelam. Bagaimana pula dengan penyakit-penyakit cegahan vaksin lain? Semoga Malaysia baharu tidak mengikuti jejak langkah vaksin-skeptik di Itali.
Dr Suhazeli Abdullah
Pakar Perubatan Keluarga
9.1.2019
Jerangau
Pautan:

Dr Riko Muranaka Pejuang Vaksinasi di Jepun

Oleh : Dr Amirul Amzar.

Kenal kah anda seorang doktor dari Jepun, Dr Riko Muranaka?

Beliau adalah pemenang hadiah global John Maddox Prize for Standing up for Science pada tahun 2017. Kemenangan beliau terhadap hadiah berprestij ini adalah disebabkan usaha beliau MEMBONGKAR PENIPUAN KAJIAN DI JEPUN yang mencetuskan pergerakan ANTIVAKSIN.

Pada tahun 2013, kadar vaksinasi HPV di Jepun menurun dengan mendadak. Ianya berpunca dari video viral yang tidak diketahui kesahihannya. Video itu adalah kompilasi gadis-gadis yang kononnya menerima vaksinasi HPV dan menjerit-jerit kesakitan. Video ini rupanya dibuat dan dikompilasikan oleh pergerakan antivaksin.

Dr Muranaka mengambil keputusan untuk menyelami punca sebenar video itu. Akhir siasatan beliau mendapati ianya bermula dari seorang doktor tidak beretika, Dr Shuichi Ikeda.

Dr Ikeda adalah dekan sebuah universiti di Jepun dan beliau mempunyai pangkat dalam Kementerian Kesihatan Jepun serta merupakan salah seorang pembuat polisi. Di samping itu, beliau juga mempunyai klinik yang merawat pesakit yang kononnya terkena kesan sampingan vaksin.

Dr Ikeda telah mengeluarkan satu keputusan kajian kononnya vaksin HPV telah menyebabkan masalah otak. Dan, pernyataan beliau ini mencetuskan pergerakan antivaksin serta menyebabkan kerajaan Jepun menarik kembali vaksinasi HPV.

Namun, hasil siasatan Dr Muranaka mendapati, Dr Ikeda telah mengeluarkan pernyataan tersebut berdasarkan satu kajian yang tidak boleh diterima sains!

Dr Ikeda menyuntik vaksin ke dalam seekor tikus dan mengkaji otak tikus tersebut. Dan tikus itu rupanya telah diubahsuai secara genetik. Hasil kajian lanjut menunjukkan bukan vaksin yang menyebabkan kerosakan otak tikus itu, tetapi hasil ubahsuai genetik tersebut. Dan lebih mengejutkan lagi, hanya SEEKOR TIKUS sahaja yang disuntik vaksin itu, tanpa ada kajian atau subjek lain. Walhal di negara-negara lain, vaksin HPV telah terbukti SELAMAT DAN BERKESAN!

Dek kerana pangkat dan reputasi Dr Ikeda, kerajaan dan masyarakat mudah mempercayai beliau. Dr Muranaka melaporkan keputusan kajian tidak beretika itu kepada Kementerian Kesihatan. Kementerian akhirnya memohon maaf atas tindakan tidak beretika Dr Ikeda. Namun, disebabkan ketakutan masyarakat masih tersisa, kerajaan Jepun juga tidak dapat membuat keputusan bagi memperkenalkan semula vaksinasi itu hingga kini.

Dr Ikeda, juga mempunyai hubungan baik dengan kakitangan media dan ahli politik, menggunakan hubungan itu bagi menjatuhkan Dr Muranaka. Dr Ikeda juga mengemukakan saman sivil kepada Dr Muranaka kerana telah menjatuhkan reputasi beliau. Akibatnya, Dr Muranaka dihalang dari bercakap di media dan diserang dengan pelbagai ugutan.

Namun beliau tidak berputus asa, beliau tetap menyampaikan maklumat sains yang sahih melalui facebook dan laman internet. Dan kesungguhan beliau ini menjayakan beliau dalam memenangi hadiah global tersebut.

Jepun dahulu telah membuat keputusan politik yang salah memberhentikan vaksinasi MMR kerana kesan sampingan yang tidak terbukti. Akibatnya wabak Rubella masih bersisa. Dan kini sekali lagi mereka tersalah langkah. Tatkala negara lain menikmati penurunan kanser pangkal rahim oleh sebab vaksinasi HPV, insiden kanser pangkal rahim di Jepun terus tinggi. Dijangka kan 3000 kematian berlaku dan 10 000 rahim hilang akibat kanser pangkal rahim selama setahun di Jepun. Dan akibat tekanan politik yang diterima kerajaan hanya disebabkan satu kajian tidak beretika, mereka kini sukar memperkenalkan semula vaksinasi itu.

Semoga Malaysia tidak terjebak dalam kesilapan seperti ini.

Sumber rujukan

https://allianceforscience.cornell.edu/blog/2017/11/japanese-doctor-wins-global-prize-for-standing-up-to-anti-vaccine-activists/

https://www.sciencemag.org/news/2017/11/qa-japanese-physician-snares-prize-battling-antivaccine-campaigners

https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC5557250/

Vaksin Konspirasi Yahudi?

Antara hujah paling kerap segelintir dari orang Islam di negara kita adalah vaksin itu dari Yahudi. Yahudi memang jahat dan vaksin akan digunakan untuk membunuh ummat. Saya bukan nak pertahankan kezaliman Israel, tetapi ingin memaklumkan bahawa vaksin itu tiada kaitan pun dengan konspirasi Yahudi.

Dan lihat apa yang berlaku? Negara Yahudi Israel juga bergelut dengan rakyatnya yang menolak vaksin. Liputan imunisasi menurun sehingga mencecah 80%.[1] Satu angka yang membimbangkan mereka kerana penyakit cegahan vaksin meningkat sejak 2015, namun kejadian menurun 2017 kerana liputan semakin pulih.[2] Mereka juga berkempen kepada rakyat mereka untuk memberikan vaksin sepenuhnya.

Agak berbeza dengan kejadian berlaku di Palestin. Terbaharu, kanak-kanak palestin dinafikan hak untuk dapatkan vaksin. Rakyat Palestin semakin bimbang kerana bekalan vaksin dihentikan, penyakit berjangkit akan semakin menular.[3] Palestin adalah negara terbaik liputan vaksin, melebihi 95% dan penyakit cegahan vaksin terkawal dengan baik.[4]

Sepatutnya jika diikut teori golongan antivaksin, Palestin adalah negara pertama menolak vaksin kerana sejarah peperangan Palestin-Israel sejak sekian lama. Jika Israel ingin membunuh populasi ummat Palestin, sudah lama rakayat palestin pupus atas mukabumi akibat vaksin dari Israel. Tetapi sebaliknya berlaku, rakyat Palestin terus berkembang biak.

sekian dari suhazeli.com

fb.com/drsuhazeli

24.12.2018

Kuala Berang

Pautan

[1] Rakyat Israel menolak vaksin. https://www.breakingisraelnews.com/41147/new-israeli-government-to-parents-no-vaccines-no-child-benefits/

[2] Liputan vaksin di Israel. http://apps.who.int/immunization_monitoring/globalsummary/countries?countrycriteria%5Bcountry%5D%5B%5D=ISR

[3] Israel Sekat kemasukan vaksin ke Palestin. http://imemc.org/article/no-vaccination-for-palestinian-children-decides-the-occupying-power-israel/

[4] Penyakit Cegahan Vaksin di Palestin. http://archive.thisweekinpalestine.com/details.php?id=1586&ed=111&

Vaksin adalah Penawar Ikhtiar Kawal Wabak

Kita agak skeptikal dengan pandangan sesetengah pihak bahawa tidak perlu guna vaksin pun untuk menyekat wabak penyakit berjangkit seperti demam campak yang menular sekarang. Mereka asyik pertahankan rawatan alternatif boleh menyekat gejala wabak yang berlaku tanpa menyebut secara spesifik apakah rawatan tersebut. Antara alasan yang mereka selalu jawab adalah penyakit itu Allah yang turunkan, maka Allahlah akan mendatangkan penawarnya. Tetapi apabila ditanya, apakah penawar itu? Mereka mula meraba-raba mencari jawapan.

Andai mereka menamakan rawatan Homeopati sebagai gantian vaksin, adalah tidak benar kerana presiden Homeopati sendiri Tuan Hj Zainol Azmi menyangkal bahawa Homeopati tidak pernah wujud vaksin. Malah Sir Samuel Hahnemann, pengasas kepada perubatan Homeopati itu pun mengiktiraf vaksin dan bersama-sama Sir Edward Jenner membasmi penyakit menggunakan vaksin pada ketika itu.

Jika mereka menyebut ubatan herba atau makanan sunnah boleh bertindak sebagai vaksin untuk mencegah penyakit berbahaya, di mana buktinya? Lantas mereka salin-tampal (copy paste) artikel carian google yang mereka sendiri pun tidak faham bentuk tulisan itu ditulis.

Kita cukup hargai pandangan dan kesungguhan mencari maklumat melalui internet. Tetapi fakta yang disalin-tampal itu ada kesalahan yang perlu diperbetulkan. Menjadi hak saya pula sebagai seorang yang meneladani disiplin ilmu menyatakan pembetulannya. Kami yang berada dibidang ini sudah banyak berbincang dan khulasahkan isu-isu yang dikemukan berkaitan kontroversi vaksin itu. Saya sendiri sudah banyak kali membuat pertemuan dan sepentas bersama agamawan, mufti dan ahli perubatan yang mahir dalam bidang mereka. Nada kami adalah serupa. Samada dengan ahli akademi dan juga agamawan semuanya bersetuju vaksin itu wajib diberikan kepada anak-anak kita. Adakah mereka yang menolak vaksin itu lebih hebat keilmuan dari para mufti?

Jika hanya meletakkan hujah yang disalin-tampal dari google dan tidak tahu letak duduk sesuatu itu, bermakna masyarakat umum harus menerima hakikat bahawa serahkan kepada ahli yang mahir membicarakan bab ini. Semuanya sudah terbentang. Hanya perlu teliti dan hadam betul-betul. Jangan pula kita terlebih pandai dari para mufti mahupun ahli perubatan.

Nasihat kami kepada golongan yang menolak vaksin itu agar jangan hanya untuk merasa seronok diri sendiri sedangkan negara dan ummat menderita. Lihatlah dengan fikiran terbuka bahawa usaha anda yang menakutkan orang lain terhadap vaksin akan membuka ruang kerosakan manusia yang lebih besar. Saya hairan, adakah mereka tahu sekarang ini berlaku wabak campak dan kerajaan berusaha keras untuk mengawalnya dari terus merebak?

Kita tidak mahu peristiwa yang berlaku wabak teruk seperti Thailand, Amerika Syarikat, Eropah akibat dari segelintir rakyat mereka yang juga menentang vaksin! Wabak yang berlaku di sana sudahpun melihatkan kematian demi kematian.[1,2,3]

UNICEF melaporkan penularan penyakit yang berlaku di beberapa lokaliti dunia itu boleh merencatkan usaha badan kesihatan sedunia untuk menjadikan sifar penyakit seperti demam campak. Pelan tindakan eliminasi (penghapusan penyakit) demam campak yang bermula tahun 2001 menegaskan usaha optimum perlu dilakukan sehingga seluruh penduduk dunia terutama bayi diberikan vaksin MMR tercapai melebihi 95% liputan. Jika liputan kurang dari itu, atau mencecah kurang dari 85%, usaha untuk menjadikan dunia sifar campak gagal menjelang tahun 2020.[4]

Fenomena penularan inilah merisaukan para professional perubatan seluruh dunia. Sedangkan para penentang vaksin berseronok hanya untuk diri mereka sendiri dan mendakwa mereka akan selamat tanpa suntikan. Sedangkan risiko wabak akan semakin tinggi jika kawalan tidak dijalankan secara tuntas.

Selagi belum dijangkiti mereka terus mendabik dada. Lihat! Kami belum kena pun penyakit kerana kami mengamalkan itu dan ini selain vaksin. Bahkan mereka pula memerli bahawa ubatan sendiri yang mereka ciptakan itu lebih mujarab dari vaksin. Itulah hakikatnya golongan itu berhujah. Apabila kita minta bukti untuk dibawa ke pihak berkuasa ubat mengenai ramuan sendiri yang mereka gahkan itu, tak ada pun. Hanya dakwaan kosong semata-mata.

Jika benar ada penawar yang boleh menghalang berlaku penularan wabak sekarang ini silalah tampil ke depan dan syorkan kepada kerajaan untuk digunakan dalam premis kerajaan yang sah. Jika sekadar hanya mendakwa bagai, jurujual ubat kaki lima pun boleh.

Dr Suhazeli Abdullah

Fb.Com/drsuhazeli

1.12.2018

Kuching, Sarawak

Pautan

[1] Outbreak Measles in US. https://bbc.in/2QWhVqK

[2] Outbreak Measles in Israel. https://www.timesofisrael.com/toddler-dies-of-measles-in-jerusalem-in-first-such-incident-in-15-years/

[3] Outbreak Measles in Europe. https://www.express.co.uk/life-style/health/1005826/measles-outbreak-europe-rash-symptoms

[4] Punca Outbereak adalah peningkatan penolakan vaksin. https://www.unicef.org/press-releases/measles-cases-spike-globally-due-gaps-vaccination-coverage-new-report?fbclid=IwAR1yplg4pe3tnoXsdruDcuXtBEUvJ9bybsyySD75zzaQGtD-EyrbhL0dYZc

Penjelasan Sdr Rahman Baco Isu Vaksin Haram

Terima kasih Sdr Rahman Baco yang buat penjelasan.

Buku beliau itu saya dapat hadiah dari seorang pesakit yang menolak semua kaedah perubatan moden termasuk vaksin. Apabila beliau hadir diklinik, hanya untuk buat pemeriksaan tekanan darah, gula dll sahaja. Namun saya beri cadangan untuk beliau makan ubat atas penyakit yang beliau hadapi, ditolak nya.

Berlaku beberapa kali sesi konsultasi saya dengan beliau dan selalu menjadikan buku Abd Rahman sebagai rujukan. Akhirnya beliau hadiahkan saya buku tersebut. Saya baca dan teliti satu persatu. Bab vaksin yang dipaparkan saya sudah pun buat penjelasan bahawa KKM tidak menggunakan jenis yang disebutkan itu. Tetapi seperti biasa, golongan yang liat dengan ubatan moden ini akan mencari seribu alasan.

Saya juga menjawab isu maqosid syariah dan kepentingan darurat dalam menjaga mashlahat ummat. Namun golongan yang fixed minded vaksin itu haram sudah tidak mahu terima hujah yang dikemukakan. Hatta tulisan para mufti pun mereka bakul sampahkan.

Hakikat yang mesti diterima bahawa Tiada seorang pun mufti di Malaysia yang menolak vaksin.

Hakikatnya juga semua persatuan pakar-pakar perubatan seluruh Malaysia mengesyorkan vaksin.

Hakikatnya juga ulama juga menyokong vaksin.

Sebaliknya pihak yang selalu menakutkan orang ramai dalam isu vaksin pula terdiri dari akaun palsu facebook atau individu yang tidak ada autoriti bercakap hal-hal perubatan dan hukum.

Boleh baca penjelasan Sdr Rahman:

PENJELASAN PENULIS MENGENAI ISU VAKSIN MMR II DAN VARIVAX MENGANDUNGI BAHAN HARAM

Penjelasan ini adalah berkaitan isu vaksin MMR II (Measles, Mumps, Rubella) yang tular di socmed dan menjadi perbincangan ramai netizen dan pengamal perubatan.

Buku “Halalkah UBAT ANDA” ini adalah versi kedua daripada buku pertama saya “Ubat Daripada Sumber Babi & Pilihan Alternatif” yang diterbitkan pada tahun 2010.

Tujuan penulisan dan penerbitan buku ini adalah untuk memberikan panduan dan rujukan kepada pengguna (pesakit) dan juga pengamal-pengamal perubatan mengenai kandungan ubat-ubatan yang kita ambil dan apa pilihan alternatif yang ada.

Selain itu, buku ini juga bertujuan untuk:

1. Memberi kesedaran kepada pengguna mengenai Hak Pengguna untuk membuat pilihan dan keputusan “Informed Choice” daripada maklumat yang lengkap dan tepat. Pengguna berhak tahu apa kandungan dalam ubat-ubatan yang diberikan kepada mereka dan apa pilihan ubat yang lain sekiranya mereka menolak ubat tersebut.

2. Memberi kesedaran kepada pengamal perubatan (doktor, ahli farmasi, jururawat dan yang lain) untuk mengambiltahu mengenai kandungan ubat-ubatan yang kita berikan dan apa jenama-jenama ubat pilihan yang kita ada.

ISU VAKSIN MMR II

Saya sertakan gambar mukasurat 118 dan 152 daripada buku asal “Ubat Daripada Sumber Babi & Pilihan Alternatif” sebelum diedit dan diterbitkan.

Pada asalnya, saya menyenaraikan jenama-jenama pilihan ubat alternatif lain yang ada di dalam buku ini. Tetapi sebelum buku ini dicetak dan diterbitkan, Pihak Syarikat Farmaseutikal telah meminta saya untuk mengeluarkan atau tidak menyebut jenama ubat alternatif mereka kerana ini akan memberikan gambaran seolah-olah saya mempromosikan jenama ubat syarikat mereka dan menidakkan jenama ubat syarikat yang lain.

Jadi, buku yang diterbitkan tidak menyebut secara spesifik jenama ubat pilihan alternatif yang ada dan saya tambahkan daripada mana saya perolehi sumber maklumat mengenai kandungan ubat-ubatan ini.

DI MANA NAK DAPATKAN BUKU NI ?

Buku “Halalkah UBAT ANDA” ini hanya dicetak sebanyak 10 000 naskah pada tahun 2010, telah habis dijual di kedai-kedai buku dan diedarkan secara percuma semasa Perbincangan Meja Bulat Ubat-Ubatan Dari Sumber Haram.

Sebelum ini, saya hentikan sementara cetakan semula buku ini kerana dapati Maklumat dan Buku ini banyak disalah gunakan oleh pihak tertentu dan menyimpang daripada tujuan asalnya seperti:

1. Buku ini digunakan untuk mempromosikan rawatan-rawatan alternatif tertentu dengan menolak perubatan konvensional (moden).

2. Buku ini digunakan untuk menjual dan mempromosikan produk kesihatan tertentu dengan menolak ubat-ubatan yang diberikan oleh doktor dan ahli farmasi.

3. Buku ini juga digunakan oleh kumpulan yang menolak pemberian vaksin sepenuhnya dan menggunakan buku ini untuk mempengaruhi pengguna lain.

Saya sendiri mengambil vaksin, anak-anak saya semua diberikan vaksin. Isteri saya pun diberi vaksin dan juga mengambil vaksin tambahan kerana beliau juga merawat pesakit-pesakit yang dijangkiti penyakit yang boleh dicegah melalui vaksin ini.

Sebagai tambahan maklumat di dalam buku “Halakah UBAT ANDA”. Saya petik tulisan daripada Mufti Wilayah Persekutuan di bawah mengenai Hukum Penggunaan Vaksin ini sebagai rujukan saya dan pembaca semua.

Penjelasan oleh,

Rahman Baco, Pharmacist

Penulis “Halalkah Ubat Anda”

Follow: www.fb.com/rahmanbaco.rx

.

.

.

HUKUM PENGGUNAAN VAKSIN

Dalam hal ini, jika diperbuat daripada bahan yang bersih dan suci, maka ia diharuskan

Jika diperbuat daripada bahan yang najis, ia terbahagi kepada dua:

Jika di sana ada alternatif lain, maka tidak boleh menggunakan vaksin yang najis. Ini kerana sabda Rasulullah SAW daripada Abu Darda’ R.Anhu yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah telah menurunkan penyakit dan penawar, dan Dia telah menjadikan bagi tiap-tiap penyakit itu penawar, maka kamu semua berubatlah dan janganlah kamu semua berubat dengan (perkara-perkara) yang haram.”

Jika di sana tidak ada alternatif yang lain, ia dibolehkan kerana ia termasuk dalam perkara darurat.

Terdapat beberapa kaedah yang digunakan dalam hal ini.

Kaedah الضرورات تبيح المحظورات iaitu mudarat mengharuskan yang haram. Tetapi kaedah ini diikat dengan kaedah lain iaitu الضرورات تقدر بقدرها yang bermaksud mengambil darurat cukup yang perlu sahaja.

Dalam penetapan hukum yang melibatkan penggunaan konsep dharurah, terdapat beberapa syarat yang perlu dipenuhi sepertimana berikut:

Dharurah itu memang benar-benar berlaku, bukan lagi hanya sangkaan semata-mata ke atas kemusnahan nyawa atau pun harta benda.

Kalau kekhuatiran itu berdasarkan andaian, anadaian itu hendaklah andaian yang kuat seperti telah melalui proses pengalaman dan pemerhatian.

Orang yang berada dalam keadaan dharurah itu tidak ada jalan yang lain dibenarkan oleh syarak untuk mengelakkan kemudharatan itu. contohnya seseorang yang amat perlu untuk meminjam wang, maka ia measti memilih pinjaman tanpa riba’ kerana zaman ini sudah ada alternatif untuk melakukan pinjaman dengan tidak menggunakan sistem riba’.

Orang yang dalam keadaan dharurah (terpaksa) itu mestilah berusaha jangan memilih perkara ang terang-terang melanggar prinsip-prinsip asasi syariat Islam dan usul akidah Islam, seperti tidak halalnya ia memilih untuk berzina, membunuh, memilih kufur dan mengambil hak orang lain kerana perkara-perkara berkenaan pada hakikatnya adalah mafsadah (kerosakan).

Ini bererti jika melepaskan keadaan terpaksa itu tiada jalan yang halal, Cuma yang ada beberapa jalan yang haram, maka ia mesti memilih mudharat yang lebih ringkas dan tidak terang-terang melanggar perkara-perkara asasi dalam Islam.

Ketika melepaskan keadaan dharurahnya seseorang itu mestilah sekadar melakukannya kadar yang perlu sahaja, bukan untuk berselesa melakukan perkara yang terlarang berkenaan berdasarkan kaedah keadaan dharurah diukur dengan tingkatannya.

Dalam isu tepaksa memakan ubat dari produk haram untuk menjaga kepentingan nyawa, syarat tambahan yang perlu dipenuhi ialah pengambilan ubat berkenaan hendaklah disyorkan oleh doktor yang dipercayai pegangan dan amalan agamanya serta mempunyai kepakaran di samping terbukti tiada ubat lain yang halal untuk diambil. Lihat Penentuan Produk Halal-Haram dan Fatwa Vaksin di Malaysia oleh Prof. Madya Dr. Nurdeng Deuraseh, UPM.

.

.

Penutup

Antara bukti yang menunjukkan Islam amat menitik beratkan penjagaan kesihatan adalah seperti berikut:

Meletakkan kesihatan adalah sebaik-baik nikmat selepas nikmat iman.

Meletakkan konsep mudah dan menolak kesukaran di dalam syariat Islam.

Nas-nas yang banyak mengenai pencegahan penyakit.

Perintah untuk mendapatkan rawatan dan keharusan berubat dengan menggunakan benda haram.

Al-‘Aili Abdul Hakim dalam buku Mausu‘ah Huquq al-Insan fi al-Islam, menyifatkan kesihatan individu merupakan tuntutan agama dan kehidupan, di mana ia akan memberi manfaat kepada kehidupan seluruh umat manusia.

Dalam isu ini, vaksin bukan lagi merupakan kehendak seseorang, tetapi bahan pencegah ini kini menjadi keperluan kepada masyarakat secara umumnya.

Fenomema ibubapa enggan memberikan suntikan vaksin kepada anak-anak mereka di klinik-klinik adalah amat membimbangkan. Perbuatan ini bukan sahaja merbahaya kepada anak-anak yang merupakan generasi masa depan kita, tetapi juga boleh menjadi punca merebaknya jangkitan penyakit-penyakit merbahaya tersebut.

Dalam hal ini Islam amat menitikberatkan keselamatan umat manusia. Sesuatu perkara yang hendak dilaksanakan untuk maslahah ummah hanya diperakukan oleh syarak sekiranya tidak bercanggah dengan Maqasid Syar’iyyah iaitu menjaga agama, nyawa, aqal, keturunan dan harta.

Menurut fuqaha’, sebarang penyakit perlu dihindari, dirawat dan diubati. Dalam konteks ini pencegahan daripada sebarang bentuk gejala yang boleh menjejaskan kesihatan dan nyawa adalah menjadi pegangan dan keutamaan ajaran Islam.

Semoga dengan pencerahan ini kita tidak ragu lagi dalam mengizinkan penggunaan vaksin oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia untuk maslahat dalam kalangan kita.

Sumber tulisan:

Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad al-Bakri

Mufti Wilayah Persekutuan

Baca artikel penuh mengenai isu vaksin ini melalui link di bawah:

http://muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/2069-30

P.S. Mohon SHARE artikel dan post ni kepada kawan-kawan lain untuk rujukan bersama.

Vaksin MR Haram?

Isu yang sengaja dibangkitkan oleh golongan penentang vaksin MR (Measles dan Rubella) di Indonesia mula merebak ke negara Malaysia.

Kisahnya, Kerajaan Indonesia telah memulakan pemberian vaksin MR terhadap anak-anak mereka sejak sekian lama.[1] Sebanyak 57.8 juta dos vaksin itu telah berjaya diberikan di 7 wilayah Tanah Jawa. pengumuman terbaharu kerajaan untuk meluaskan imunisasi terhadap lebih dari 31.9 juta penduduk luar Tanah Jawa september lalu menjadi polimik penentangan.[2] Walaupun pihak kerajaan telah membuat kenyataan keharusan menggunakan vaksin MR tersebut, masyarakat masih lagi tidak memahami kepentingan pemberian vaksin kerana masih stigma dengan isu vaksin haram. Penentangan dikatakan ramai dikalangan masyarakat muslim yang mendakwa vaksin MR yang di import dari Bio Pharma India itu mengandungi gelatin babi. Di atas kekangan ekonomi dan politik tertentu, kerajaan Indonesia mengambil langkah meneruskan pemberian vaksin MR ini. Bahkan pihak berkuasa Indonesia sendiri telah merujuk kepada para ulama dalam isu yang dibangkitkan itu.[3] Para ulama sepakat dalam mengharuskan pemberian vaksin MR tersebut atas dasar menghalang mudarat yang lebih serius. Kenyataan telah dibuat oleh Majlis Ulama Indonesia bahawa harus penggunaannya.[4]

Penentang tegar vaksin di Malaysia pula mengambil kesempatan ini untuk terus menaruh kekeliruan vaksin yang digunakan dalam negara kita. Mereka juga sengaja beralasan anak mereka sihat afiat tanpa pemberian vaksin dan mula mendabik dada bahawa vaksin itu hanya omongan para doktor dan pihak berkuasa sahaja. Sedangkan kita pun semua tahu bahawa vaksin MMR (Measles, Mumps, Rubella) di Malaysia adalah halal.[5] Negara kita tidak menggunakan vaksin MR ke atas bayi berumur 9 dan 12 bulan di premis kesihatan. Sebaliknya KKM menggunakan MMR berjenama Priorix.

Kita pun tahu bahawa golongan antivaksin biasanya sengaja beralasan, walaupun sudah banyak fakta diberikan kepada mereka. Antivaksin hanya mendakwa menolak satu jenis vaksin yang dimomokkan haram itu, sedangkan vaksin lain yang sudah jelas dinyatakan dalam fatwa kebangsaan pun mereka menolaknya. Ini adalah alasan kurang cerdik, berselindung disebalik ilmu fekah agama semata-mata takut dicucuk jarum. Seolah-olah mereka lebih hebat dari para alim ulama yang berada dalam majlis fatwa itu sendiri.

Konsep vaksin adalah pelindung kepada anak-anak yang cenderung (vulnerable) dijangkiti kuman berbahaya. Tidak dinafikan vaksin itu bukan 100% mencegah, tetapi anak-anak yang tidak diberikan vaksin, mereka terdiri dalam kelompok 5% terlindung. Jika liputan pemberian vaksin meluas, peluang untuk kuman berbahaya masuk menyerang akan berkurangan. Inilah pertimbangan risiko-manfaat (risk-benefit) yang selalu para doktor bincangkan dengan para ibubapa semasa pemberian vaksin. Sama juga dengan larangan para doktor supaya tidak merokok. Antara risiko merokok adalah kanser paru-paru dan banyak penyakit lain lagi. Tetapi ada manusia yang kurang cerdik membandingkan bahawa terdapat orang tua dikampung mereka yang hisap rokok sejak belasan tahun hingga umur mencecah 80-an, tapi tidak kena kanser atau mati awal pun!

Saya mengharapkan masyarakat lebih cerdik dengan mengambil maklumat tepat dari pihak yang bewibawa dalam isu sebegini. Bukannya membaca tulisan dari pihak yang tidak bertanggungjawab untuk terus mengelirukan masyarakat. Jika mereka sendiri tidak tidak melihat mashlahat umat ini penting bagi menjamin kesejahteraan kesihatan, bagaimana ini memandu umat?

Sekian

suhazeli.com

fb.com/drsuhazeli

Kuala Berang

10.9.2018

Pautan

[1] MUI bolehkan kegunaan MR kerana darurat. https://www.bbc.com/indonesia/indonesia-45248643

[2] Biopharma MR Vaccine diharuskan oleh Majlis Fatwa. https://en.tempo.co/read/news/2018/08/02/055920455/Bio-Farma-MR-Vaccine-Used-in-Muslim-Countries

[3] Kesatuan ulama haruskan penggunaan vaksin. http://www.vaccinesafety.edu/Porcine-vaccineapproval.htm

[4] Fatwa MUI isu MR. http://m.kbr.id/berita/08-2017/kemenkes__vaksin_mr_tidak_haram__tapi_sertifikasi_halal_butuh_proses/91882.html

[5] Vaksin Halal di Malaysia. https://today.mims.com/moh-vaccines-in-malaysia-are-halal-and-must-be-administered-to-children

Demam Campak Boleh Bawa Maut

Pastikan jika anak anda demam, tidak mempunyai tanda-tanda penyakit campak (Measles). Tanda-tanda klasikal bagi kanak-kanak yang diserang demam campak adalah:

1- Demam sehingga mencecah 38.0 C

2- Batuk

3- Selsema / hidung berair

4- Mata merah (radang konjuntivitis)

5- Ruam merah bermula di bahagian muka kemudian merebak ke seluruh badan. Biasanya ruam itu terjadi pada hari ke 3 demam.[1]

6- Pengidap penyakit campak akan juga mengalami gatal mata, pening, sakit urat, kerengsaan kerongkong dan pembengkakan kelenjar.

Demam campak adalah sejenis jangkitan virus yang boleh merebak dengan cepat terutamanya di pusat asuhan kanak-kanak. Tempoh minggu pertama serangan campak ini amat mencabar ibubapa yang menjaganya. Kanak-kanak akan merengek, kurang selera makan dan tidak dapat tidur malam.

Kesan serius yang menakutkan akibat penyakit campak ini adalah kematian. Dicatatkan pada tahun 2013, terdapat 145700 kematian akibat campak seluruh dunia.[2] Pecahan ini mencatatkan 400 kematian bagi setiap hari dan 16 kematian setiap jam. Satu angka yang amat menggerunkan.

Empat perkara penting yang wajib anda tahu mengenai keseriusan demam campak.

1- Ianya boleh membawa maut jika tidak bertindak dan diuruskan dengan baik. Fakta mendapati komplikasi serius boleh berlaku terhadap kanak-kanak yang berumur kurang dari 5 tahun. Satu dari empat kanak-kanak yang diserang campak akan dimasukkan ke wad akibat keterukan penyakit. Satu dalam seribu kes demam campak mempunyai risiko bengkak otak dijangkiti virus dan satu atau dua kes dari seribu meninggal dunia. Menunjukkan pengesanan dan pengurusan kes demam campak perlu dijalankan sebaik mungkin. Jangan sesekali memandang enteng pemeriksaan para doktor dan rawatan yang dijalankan.

2- Virus campak paling senang merebak. Hanya dengan batuk, bersin atau pernafasan pesakit yang sudah dijangkiti di tempat yang tertutup boleh menjadi wabak. Sembilan dari sepuluh orang lain berisiko dijangkiti dalam sesatu kes yang positif. Pembawa yang dijangkiti mungkin boleh timbul tanda-tanda serangan atau menjadi pembawa virus sahaja. Ianya bergantung kepada tahap imuniti badan masing-masing.

3- Peningkatan kes penyakit Campak sejak akhir-akhir ini amat membimbangkan. Sebagaimana laporan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada bulan Jun 2015 bahawa kes penyakit Campak (measles) di WP Kuala Lumpur sebanyak 73 kes. Kes berkenaan disahkan positif dihinggapi kuman Campak melalui ujian darah. Julat umur kes tersebut antara sebulan sehingga 43 tahun. Lebih menyedihkan majoriti (79%) daripada kes tersebut didapati tiada suntikan vaksin Campak (measles).[3] Begitu juga kes wabak penyakit Campak ini di Kuantan Pahang yang melibatkan sebuah sekolah agama, didapati liputan pemberian imunisasi Campak tidak mencapai 85% di lokalliti terbabit. Dengan ertikata lain, tiada lindungan Imuniti Berkumpulan (Herd Immunity) ke atas kanak-kanak di lokaliti berkenaan. Menyebabkan wabak penyakit berjangkit berbahaya seperti penyakit Campak ini senang merebak.

4- Pemberian vaksin khusus bagi pencegahan penyakit Campak semasa umur 9 bulan dan setahun kanak-kanak telah berjaya menyelamatkan 15.6 juta kematian dari tahun 2000 hingga 2013. Sebelum era vaksinasi (1980), jumlah kematian kanak-kanak dianggarkan 2.6 juta setiap tahun seluruh dunia akibat wabak penyakit Campak ini. Membuktikan vaksinasi memainkan peranan penting dalam kehidupan sejagat manusia.

Sasaran penyakit campak sifar 2010 musnah kerana jumlah yang menolak pemberian vaksin kepada anak-anak semakin bertambah. Sasaran terbaharu pihak berkuasa untuk menjadikan negara kita sifar campak 2015 juga tidak tercapai kerana jumlahlah semakin maningkat. Jika semua pihak tidak memainkan peranan bagi penghapusan deman campak ini, tidak mustahil sasaran sifar campak tahun 2020 juga akan gagal. Apa yang kita perhatikan punca yang boleh dikaitkan secara tidak langsung adalah wujudnya golongan yang menolak vaksin. Ibubapa yang menolak pemberian vaksin semakin meningkat setiap tahun. Sejajar dengan peningkatan kes campak yang juga bertambah.

Seruan saya agar setiap pihak mainkan peranan samada masyarakat awam mahupun ahli politik dan sebagainya agar virus campak ini pupus. Kita tidak boleh menyalahkan takdir jika usaha dan ikhtiar kita tidak dijalankan secara optimum.

Sekian dari suhazeli.com

Fb.Com/drsuhazeli

9.9.2018

Langkawi

Pautan

[1] CDC. Measles (Rubeola). https://www.cdc.gov/measles/index.html

[2] World Health Organization. Measles Facts Sheet. February 2015. Accessed online http://www.who.int/mediacentre/factsheets/fs286/en/known

[3] Dato Dr Noor Hisham. Kenyataan Akbar 28 Julai 2015. Capaian online di http://www.mmgazette.com/peningkatan-kes-measles-di-wpkl-terutama-di-kalangan-yang-tidak-divaksinasi-kkm/

Konspirasi Vaksin Pembunuh

Kita mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan 2 orang sukarelawan kesihatan yang menjadi petugas pemberian vaksin di Pakistan.[1] Pembunuhan terbaharu ini adalah salah satu siri pembunuhan akibat doktrinasi dan teori konspirasi yang diterap dikalangan masyarakat sana. Mereka menuduh pemberian vaksin itu sebagai agenda barat, Freemason dan kejahatan zionis dalam menghapuskan musuh mereka.

.

Pakistan adalah salah satu dari tiga buah negara (negara lain adalah Afghanistan dan Nigeria) di dunia yang masih belum terhapus wabak polio. Walaupun jumlah wabak polio menurun hasil liputan vaksinasi yang melebihi 90%, tetapi wabak polio tetap menjadi mimpi ngeri setiap rakyatnya. Kes positif polio sejak 2014 mendapati tren yang menurun. Di mana, 306 kes tahun 2014, 54 kes tahun 2015, 20 kes tahun 2016 dan hanya 2 kes tahun 2017.[2] Namun liputan terhadap 37 juta kanak-kanak seluruh Pakistan masih belum memuaskan terutama beberapa wilayah bergolak seperti Pesisir Khyber-Peshawar, Karachi dan Blok Quetta. Lokaliti berkenaan masih lagi rendah liputan vaksin. Ini kerana wilayah tersebut masih bergolak dengan perang dan dikuasai oleh Taliban. Penolakan vaksin di wilayah tersebut mencecah ratusan ribu. Sekarang-kurangnya 100,000 kanak-kanak masih dinafikan hak untuk diberi vaksin. Keengganan ibubapa mereka memberikan vaksin tersebut berpunca dari kefahaman konspirasi yang mula diterap oleh segolongan dari mereka bahawa vaksin itu pembunuh.

.

Sejak 2012 hingga kini lebih dari 70 pekerja kesihatan dibunuh akibat percaya kepada teori konspirasi ini.[3] Kejadian seperti ini memalukan dan memandulkan pemikiran umat Islam. Usaha semua pihak perlu bagi menghalang kefahaman ini terus berakar umbi. Kefahaman ini juga telah mula merebak ke beberapa negara umat Islam termasuk Malaysia dan Indonesia. Amat menyedihkan lagi, usaha doktrinasi teori konspirasi ini dipelopori oleh penceramah agama. Sedangkan ulama muktabar, para mufti telah pun menjelaskan secara tuntas kepentingan vaksinasi ini.

.

Hasil dari peristiwa pembunuhan yang melibatkan tujuh petugas kesihatan di sempadan Pakistan 2012, Federation of Islamic Medical Association (FIMA) telah membuat satu deklarasi khas. Gabungan persatuan perubatan Islam sedunia ini menegaskan:[4]

1) Semua agama dan pemimpin-pemimpin masyarakat Islam untuk memberikan mesej yang padu, sokongan untuk aktiviti pembasmian polio dan keperluan untuk memastikan semua kanak-kanak yang menerima sepenuhnya terhadap vaksin polio dan semua penyakit yang boleh dicegah (melalui vaksinasi) yang lain;

2) Semua lapisan masyarakat termasuk ahli politik, agama dan orang awam di negara-negara Islam untuk mengatasi apa-apa budaya, agama, politik dan keselamatan yang masih menghalang semua anak-anak daripada dicapai dan diimunisasi terhadap polio dan semua penyakit yang boleh dicegah yang lain;

3) Semua ahli politik, agamawan dan pemimpin masyarakat untuk memastikan keselamatan (safety) dan jaminan keselamatan (security) pekerja kesihatan barisan hadapan, untuk membolehkan mereka melaksanakan tugas-tugas hakiki mereka;

4) Semua kerajaan di negara-negara Islam perlu mengutamakan dan menggerakkan sumber kewangan yang diperlukan untuk

membolehkan pelaksanaan sepenuhnya semua strategi pembasmian polio;

5) Semua gabungan FIMA di negara masing-masing untuk menjadi rakan kongsi aktif Inisiatif Pembasmian Polio Global ini, menyediakan kepimpinan ke arah mewujudkan dunia yang

bebas daripada polio bagi semua anak-anak kita.

.

Semoga dengan tercetusnya pembunuhan ibu dan anak di Pakistan ini tidak menjadi wabak baru dalam masyarakat dunia- doktrin konspirasi. Semoga pihak berwajib dan individu berpengaruh dalam masyarakat juga membuka mata agar “virus” doktrin konspirasi ini tidak menular.

.

Sekian ulasan dari suhazeli.com

Fb.Com/drsuhazeli

19.1.2018

Kuala Berang

.

Pautan

[1] 2 lagi Petugas Kesihatan Di bunuh. https://www.nst.com.my/world/2018/01/326512/mother-daughter-polio-team-shot-dead-pakistan-police

[2] Program pembasmian Polio. http://www.endpolio.com.pk/polioin-pakistan

[3] Cabaran vaksinasi di Pakistan. https://reliefweb.int/report/pakistan/challenges-polio-vaccination

[4] FIMA Declaration. http://fimaweb.net/cms/index.php/template-articles/messages/37-news-a-announcements/fima-news/349-cairo-declaration-for-polio-eradication-

Kuliah Maghrib Antara Fakta atau Auta? 

Kuliah Maghrib Khas Masjid Pinang Merah, 5hb Nov 2017.

Catatan oleh: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1678107075542715&id=100000303155013

1. Dalam sesuatu perkara, kita hendaklah bertanya kpd ahli. Dalam perkara agama, bertanyalah kpd para alim ulama, bagi isu perubatan, tanyalah kpd yg arif dlm perubatan, pegawai perubatan yg bertauliah.
2. Sistem penghadhaman manusia, x sama dgn sistem perkumuhan. Benar dlm badan manusia ada spinter(penapis), namun bukanlah proses penghadaman badan, air yg diminum secara berdiri, akan terus masuk ke buah pinggang.
3. Penyakit berjangkit dlm dunia, terdapat 216 jenis kuman yg boleh berjangkit kpd org lain.(infectious diseases). Darpd jumlah itu, 27 drpdnya amat2 merbahaya. Cth ; denggi, malaria, demam capak, tibi, defteria(kerongkong), …bahaya dlm ertikata boleh membawa maut.

Negeri Trgnu pd tahun lpas, merupakan negri ke5 teratas kes denggi yg tinggi.

4. Bagaimana sekiranya kuman yg berbahaya tadi terkena pd manusia?

Rawatan yg diberikan adalah, masuk wad, bg antibiotik dan sbgainya yg berkaitan. Tindakan trhdp masyarakat umum pula, ialah usaha pencegahan secara menyeluruh. Bergantung kpd jenis penyakit yg menular.
5. Salah satu unsur penting dlm kesihatan ialah memberikan perlindungan secara imunisasi (vaccine) kpd anak2. Kajian oleh para pengkaji sejak berkurun, usaha imunisasi ini telah banyak menurunkan kes2 kematian dri wabak penyakit berbahaya ini.
6. Apa itu vaccine?..

Vaccine adalah sejenis ubat yg diberikn kpd anak2; bayi, yg mengandungi virus yg telah dimatikan / dilemahkan dlm bentuk yg dinamakan toksoid. Dgn harapan, kuman2 yg dsuntik tadi, merangsang sistem imunisasi badan.
7. Sebagai contoh, pesakit yg terkena penyakit “jintungan / bertih / cacar air / chickenpox”, petua org2 dahulu, katanya, setelah seseorang terkena chickenpox, tidak akan mengalaminya bagi kali kedua. Tidak dinafikan ada kes yg berulang, ttapi majoritinya hanya sekali shj. Org2 tua dahulu, cara pengubatan mereka, mnggunakan serai kayu untuk hilangkan gatal dan sejukkan badan (symptomatic treatment)…
8. Dari 27 kuman berbahaya tadi, ada kuman2 tertentu sangat bahaya, maka kita x perlu menanti penyakit terkena pd badan. Cth; tibi… Pada seawalnya telah dimasukkan virus tibi yg dimatikan supaya badan manusia bersiap siaga sekiranya serangan penyakit tiba…

Pakar kanak2 muslim, ketika kegemipangan islam terdahulu, Ar Razzi merupakan pelopor kpd proses imunisasi.
9. Penyakit demam cacar(smallpox), 30% peratus yg dijangkiti cacar :- meninggal. Smallpox adalah dari kerabat cowpox, dari kajian, mereka yg bekerja, berurusan secara langsung dgn pemeliharaan lembu, tersangat sedikit terkena jangkitan cowpox mahupun smallpox. Elemen dr lembu diambil dan dicucuk kpd orgramai, ternyata gejala penyakit ini dpt dikawal. DiMalaysia, smallpox lupus dalam tahun 1980.
10. POLIO : serangan kuman ke saraf tunjang mengakibatkan kecacatan pd kaki. Kalau serangan pd paru2, x dapt bernafas. Polio dlm malaysia diishtiharkan pupus dlm tahun 2000.

Walaupun sudah pupus d msia, tapi vaccine polio masih d berikn. Ada 3 buah negara yg susah utk d basmikan : Pakistan, Afghanistan dan Nigeria atas kekangan kesedaran masyarakat itu sendiri.
11. HIV dlm msia, bermula 1982. Selaras dgn pergerakan manusia yg semakin cepat, begitu jugalah virus penyakit, merebak dgn cepat.
12. Penyakit Campak; pd tahun 2000, trdapat 40juta kes.1/2 juta kematian. Komplikasi kpd pesakit; 8% radang paru2. 
13. Batuk Kokol ; penyakit yg menyerang kerongkong. Mengakibatkan saluran pernafasan bengkak dan tersekat. Tahun lpas shj, 5 kes kematian akibat defteria.
Kesimpulannya, kesemua penyakit2 berbahaya menurun apabila pengambilan vaksin sedari awal. Kesedaran masyarakat amat perlu kerana apabila penyakit ini terkena, nak mengawalnya amatlah sukar. 
* Dr Suhazeli Abdullah *

Pakar Perubatan Keluarga

Ketengah Jaya.

Penyakit Ciptaan Yahudi? 

MENANGKIS MITOS PENJUAL PRODUK SAMPAH
Oleh: Dr Abdul Rahman bin Abdul Kadir

Kita sering mendengar kata-kata bahawa orang zaman tok nenek kita lebih sihat berbanding kita. 

Mereka tidak ada vaksin, tidak ada perubatan moden, jarang kedengaran penyakit-penyakit seperti hari ini dan hidup lama berbanding dengan generasi kita tanpa penyakit. 

Lalu dipersalahkan penyakit-penyakit hari ini sebagai konspirasi buatan yahudi, zionis, Rockerfella, iluminati, NWO, Freemason etc. Lebih menyedihkan profesion perubatan moden dikaitkan sebagai balaci kesemua agensi di atas yg kononnya menjadi perkakas mereka menjahanamkan umat. 

Hakikatnya benarkah sedemikian? Sebenarnya pemerhatian seperti ini tidak bersandar kepada bukti. Jika benarpun, ia hanya bersandar kepada pemerhatian umum melihat beberapa individu zaman silam yang umur panjang. 


Hakikat sebenar adalah berlainan. Maklumat jabatan statistik negara kita dan dunia menunjukkan bahawa pada tahun 1950, jangka hayat purata rakyat Malaysia adalah 47 tahun bagi lelaki dan 52 tahun bagi wanita. Dan jangka hayat ini telah meningkat dengan ketara kepada 77 tahun bagi lelaki dan 79 tahun bagi wanita! Ini merupakan bukti bahawa rakyat Malaysia hidup lebih lama kini berbanding dahulu. 
Pada zaman dahulu, kematian pada sekitar umur 40-50 adalah perkara biasa dan dianggap pesakit telah tua. Tetapi pada zaman ini, jika kami ada kematian pada lingkungan umur sebegitu, ia dianggap sebagai kematian tragis memandangkan ia masih umur yang amat muda dan kehilangan individu produktif pada negara. Pencen pun belum lagi pada umur tersebut. Malah tidak keterlaluan jika saya dan rakan-rakan perubatan kami menganggap pesakit kami yang berumur 65 tahun sebenarnya masih ‘muda’ dan kami akan merawat secara agresif bagi tujuan menyelamatkan mereka. 

Jangka hayat ini meningkat adalah kerana perkembangan dan kemajuan ilmu perubatan moden semestinya. Rakyat kini hidup lebih lama kerana penyakit-penyakit yang dahulunya tidak boleh dirawat kini ada penawarnya dengan kaedah moden. Misalannya, serangan jantung dahulu memang tiada ubatnya tetapi kini kita ada kaedah stenting/balloon untuk membuka sumbatan saluran koronari, kaedah ubat pencair darah yang lain seperti metalyse, streptokinase dan lain-lain serta kaedah pembedahan pintasan (bypass) untuk menyelesaikan masalah ini. Pada zaman dahulu, tiada semua ini dan tiada apa yang boleh dilakukan melainkan berserah kepada takdir. 

Maka mungkin ada yang akan berkata bahawa penyakit kencing manis, darah tinggi, sakit jantung, kanser, gout dan sebagainya ini tidak kedengaran dahulu di kalangan orang-orang lama. Dan mereka menjadikan ini sebagai sandaran bahawa ada konspirasi yahudi dan agensi-agensi mereka untuk merosakkan dunia. 

Sebenarnya, penyakit-penyakit ini pada zaman dahulunya adalah penyakit orang-orang kaya. Hanya orang-orang kaya saja yang akan makan dengan mewah sehingga mendapat sakit-sakit sedemikan. Datuk nenek kita yang sihat dahulu lihatlah gaya kehidupan mereka. Mereka ke bendang, ke laut, bertani dan membanting tulang mencari nafkah. Badan mereka fit dan tidak obese seperti generasi kini. Mereka memakan makanan seperti ulam-ulaman dan amat jarang dapat merasa daging dek kesempitan hidup. 

Kita? Daging sudah menjadi menu harian. Generasi kita sudah tidak mahu melakukan kerja-kerja bertani dan ke laut. Mereka mahu kerja pejabat bergaji besar sambil bermain gadget. Aktiviti terhebat mereka adalah senaman jari dengan menjadi keyboard warrior ataupun surfing internet. Rata-rata pesakit yang tiba ke hospital saya adalah dalam kategori obese. Malah ketika saya jogging di track juga, saya lihat kebanyakan rakyat mempunyai perut yang menjuih ke depan. Malaysia adalah juara indeks obesiti Asia kini. Rokok dan vape diperjuangkan umpama aspirasi kehidupan. 

Pengamalan gaya hidup sihat dengan pemakanan seimbang pada kuantiti yang sederhana adalah kunci kepada menangani penyakit-penyakit kronik. 


Tidak perlu sebenarnya membeli supplemen dan jus yang menjanjikan bulan dan bintang tetapi pada hakikatnya menjahanamkan buah pinggang anda. 
Ada pula yang terlebih ‘bijak’ mengatakan vaksin sebagai punca semakin banyak kanak-kanak yang cacat autisme dan sebagainya. Ini hanyalah pemerhatian individu yang tidak disokong oleh sebarang bukti saintifik. Pada zaman dahulu, kanak-kanak yang sebegini tetap wujud tetapi mereka tidak diklasifikasikan sebagai berpenyakit. Sebaliknya mereka dikatakan bengau, tak betul, mereng, sewel, biol, gila, pandir, kena sumpah dan sebagainya. Kini ia telah dikenali sebagai penyakit autisme dan pelbagai penyakit psikiatri lain tidak seperti dahulu. Ia tidak ada perkaitan dengan vaksin yang sudah terbukti membasmi pelbagai penyakit yang pernah menjadi malapetaka dunia. 
Menggunakan kaedah testimoni seperti pengalaman peribadi, cerita tok nenek dan cerita mulut orang lain bukanlah alasan untuk menolak perubatan moden yang terbukti secara saintifik membantu ummah. Ia adalah kaedah pemikiran mat rempit sebenarnya. Mat rempit akan berkata, “Aku bawak motor kat jalan raya time tengah hujan lebat sambil buat gaya superman tanpa memakai helmet selamba je. Tak mati pun. Tok nenek kita pun dulu bawak motor mana ada pakai helmet? Accident pun jarang. Ajal maut di tangan Tuhan. Bukan di tangan doktor.” 

Amat menyedihkan generasi terpelajar zaman ini juga turut terjebak di dalam pemikiran kuno yang merosakkan ummat. 


Kesimpulan:
1. Gaya hidup kita berbeza dengan gaya hidup nenek moyang kita. 
2. Perubatan moden terbukti telah meningkatkan purata jangka hayat rakyat. 
3. Testimoni bukanlah bukti keberkesanan sesuatu kaedah. Ia adalah kaedah penipuan MLM, penjual supplemen, jamu dan jus sampah yang paling biasa diamalkan oleh perosak umat. 
4. Jangan berpemikiran seperti mat rempit. 
5. Agama tidak pernah melarang perubatan moden dan tidak pernah mewajibkan kaedah perubatan dan pemakanan tertentu.
*Dr Abdul Rahman bin Abdul Kadir*

*Pakar Kecemasan dan Trauma*

Vaksin Untuk Jemaah Haji 


#Vaksin_Untuk_Jemaah_Haji
Ibadah Haji adalah ibadah yang memerlukan kekuatan tenaga dan ketahanan mental. Buktinya adalah segala rukun dan wajib haji berbentuk pergerakan fizikal, bukannya bacaan kecuali niat. Di sini beberapa panduan kesihatan untuk petugas atau jemaah haji yang ingin menunaikan haji di Mekah. Semoga anda semua memperolehi manafaat darinya.
Vaksin / Pelalian
Kerajaan Arab Saudi telah mensyaratkan semua jemaah yang ingin mengerjakan haji mengambil beberapa suntikan vaksin / pelalian. Vaksin yang wajib diambil oleh semua jemaah haji yang datang dari pelusuk dunia adalah Vaksin Meninggococcal. Selain dari itu beberapa vaksin lain yang digalakkan seperti, Vaksin Influenza dan Vaksin Pneumococcal.

Vaksin Meningococcal 

Pihak Tabung Haji telah mewajibkan kepada bakal jemaah haji mengambil Vaksin Meninggococcal. Malah jika anda tidak mengambil vaksin ini, pihak Tabung Haji berhak untuk tidak membenarkan anda mengerjakan haji pada tahun tersebut. Vaksin lain adalah pilihan yang digalakkan oleh pihak Tabung Haji.
Vaksin Meninggococcal adalah diwajibkan bagi menghalang jangkitan kuman yang diberi nama Neisseria meningitides‎. Kuman ini mendatangkan penyakit yang boleh membawa maut kepada pengidapnya. Jangkaan kematian bagi orang yang telah dijangkiti adalah 10%. Ini adalah salah satu ikhtiar kita untuk menghindarkan diri dari terkena jangkitan kuman ini. Dalam jutaan manusia yang datang dari seluruh dunia, pelbagai virus atau kuman boleh berjangkit. Begitu juga dengan kuman Neisseria Meningitidis ini. Ia boleh merebak melalui pernafasan atau cairan tubuh badan. Orang yang dijangkiti oleh kuman ini akan mengalami demam yang tinggi, ruam seluruh badan, sakit sendi dan boleh menyebabkan koma.

Vaksin ini baik diambil dalam masa 4 hingga 6 minggu sebelum berangkat ke Tanah Suci. Kekuatan perlindungan vaksin ini dijangka sehingga dua tahun setelah mendapat suntikan.

Vaksin Influenza 

Vaksin Influenza pula bagi melindung diri kita dari Virus influenza. Virus ini boleh menyebabkan demam selsema yang teruk dan senang berjangkit sesama jemaah. Virus influenza ini juga boleh mendatangkan mudarat kepada jemaah yang berumur lebih dari 60 tahun atau mempunyai penyakit kronik seperti Kencing Manis. Ia boleh menyerang paru-paru mengakibatkan batuk dan demam yang berpanjangan.
Walaubagaimana pun demam selsema boleh diakibatkan juga oleh pelbagai kuman lain yang tidak mendatangkan mudarat yang teruk kepada jemaah. Kebiasaanya demam selsema sebegini akan berlarutan sehingga tiga atau empat hari sahaja. Bagi jemaah yang sudah menghidapi penyakit resdung, demam selsema senang terjadi kepada mereka. Ini berpunca dari perubahan cuaca di Tanah Suci yang beriklim ekstrim (panas dan kering keterlaluan, sejuk dan kering keterlaluan). Perbezaan ini amat ketara dengan negara kita yang beriklim panas dan lembab.

Vaksin Pneumokokal 

Vaksin Pneumokokal sesuai juga diberikan kepada jemaah yang berumur 50 tahun ke atas atau jemaah yang mempunyai masalah penyakit kronik seperti lelah, asma, kencing manis dan darah tinggi. Kuman ini senang menjangkiti jemaah yang rendah sistem pertahanan badan. Sesiapa yang dijangkiti kuman ini boleh mengakibatkan jangkitan kuman paru-paru (pneumonia), Serangan selaput otak (Meningitis) dan kuman merebak keseluruh badan (Bacteremia)‎. Dianggarkan 1 dari 20 orang yang telah dijangkiti kuman Pneumokokal akan meninggal dunia. Justeru itu amat digalakkan jemaah haji mengambil suntikan ini sebagai salah satu jalan ikhtiar kita semasa berada di Tanah Suci.
Dr Hj Suhazeli Abdullah

Pakar Perubatan Keluarga

Fb.com/drsuhazeli
Ahli

#MedicalMythBustersMalaysia

#MedTweetMY

#AktivisKAMI

Vaksin Untuk Jemaah Haji 

#Vaksin_Untuk_Jemaah_Haji
Ibadah Haji adalah ibadah yang memerlukan kekuatan tenaga dan ketahanan mental. Buktinya adalah segala rukun dan wajib haji berbentuk pergerakan fizikal, bukannya bacaan kecuali niat. Di sini beberapa panduan kesihatan untuk petugas atau jemaah haji yang ingin menunaikan haji di Mekah. Semoga anda semua memperolehi manafaat darinya.
Vaksin / Pelalian
Kerajaan Arab Saudi telah mensyaratkan semua jemaah yang ingin mengerjakan haji mengambil beberapa suntikan vaksin / pelalian. Vaksin yang wajib diambil oleh semua jemaah haji yang datang dari pelusuk dunia adalah Vaksin Meninggococcal. Selain dari itu beberapa vaksin lain yang digalakkan seperti, Vaksin Influenza dan Vaksin Pneumococcal.

Vaksin Meningococcal 

Pihak Tabung Haji telah mewajibkan kepada bakal jemaah haji mengambil Vaksin Meninggococcal. Malah jika anda tidak mengambil vaksin ini, pihak Tabung Haji berhak untuk tidak membenarkan anda mengerjakan haji pada tahun tersebut. Vaksin lain adalah pilihan yang digalakkan oleh pihak Tabung Haji.
Vaksin Meninggococcal adalah diwajibkan bagi menghalang jangkitan kuman yang diberi nama Neisseria meningitides‎. Kuman ini mendatangkan penyakit yang boleh membawa maut kepada pengidapnya. Jangkaan kematian bagi orang yang telah dijangkiti adalah 10%. Ini adalah salah satu ikhtiar kita untuk menghindarkan diri dari terkena jangkitan kuman ini. Dalam jutaan manusia yang datang dari seluruh dunia, pelbagai virus atau kuman boleh berjangkit. Begitu juga dengan kuman Neisseria Meningitidis ini. Ia boleh merebak melalui pernafasan atau cairan tubuh badan. Orang yang dijangkiti oleh kuman ini akan mengalami demam yang tinggi, ruam seluruh badan, sakit sendi dan boleh menyebabkan koma.

Vaksin ini baik diambil dalam masa 4 hingga 6 minggu sebelum berangkat ke Tanah Suci. Kekuatan perlindungan vaksin ini dijangka sehingga dua tahun setelah mendapat suntikan.

Vaksin Influenza 

Vaksin Influenza pula bagi melindung diri kita dari Virus influenza. Virus ini boleh menyebabkan demam selsema yang teruk dan senang berjangkit sesama jemaah. Virus influenza ini juga boleh mendatangkan mudarat kepada jemaah yang berumur lebih dari 60 tahun atau mempunyai penyakit kronik seperti Kencing Manis. Ia boleh menyerang paru-paru mengakibatkan batuk dan demam yang berpanjangan.
Walaubagaimana pun demam selsema boleh diakibatkan juga oleh pelbagai kuman lain yang tidak mendatangkan mudarat yang teruk kepada jemaah. Kebiasaanya demam selsema sebegini akan berlarutan sehingga tiga atau empat hari sahaja. Bagi jemaah yang sudah menghidapi penyakit resdung, demam selsema senang terjadi kepada mereka. Ini berpunca dari perubahan cuaca di Tanah Suci yang beriklim ekstrim (panas dan kering keterlaluan, sejuk dan kering keterlaluan). Perbezaan ini amat ketara dengan negara kita yang beriklim panas dan lembab.

Vaksin Pneumokokal 

Vaksin Pneumokokal sesuai juga diberikan kepada jemaah yang berumur 50 tahun ke atas atau jemaah yang mempunyai masalah penyakit kronik seperti lelah, asma, kencing manis dan darah tinggi. Kuman ini senang menjangkiti jemaah yang rendah sistem pertahanan badan. Sesiapa yang dijangkiti kuman ini boleh mengakibatkan jangkitan kuman paru-paru (pneumonia), Serangan selaput otak (Meningitis) dan kuman merebak keseluruh badan (Bacteremia)‎. Dianggarkan 1 dari 20 orang yang telah dijangkiti kuman Pneumokokal akan meninggal dunia. Justeru itu amat digalakkan jemaah haji mengambil suntikan ini sebagai salah satu jalan ikhtiar kita semasa berada di Tanah Suci.
Dr Hj Suhazeli Abdullah

Pakar Perubatan Keluarga

Fb.com/drsuhazeli
Ahli

#MedicalMythBustersMalaysia

#MedTweetMY

#AktivisKAMI

Vaksin Untuk Jemaah Haji 

#Vaksin_Untuk_Jemaah_Haji
Ibadah Haji adalah ibadah yang memerlukan kekuatan tenaga dan ketahanan mental. Buktinya adalah segala rukun dan wajib haji berbentuk pergerakan fizikal, bukannya bacaan kecuali niat. Di sini beberapa panduan kesihatan untuk petugas atau jemaah haji yang ingin menunaikan haji di Mekah. Semoga anda semua memperolehi manafaat darinya.
Vaksin / Pelalian
Kerajaan Arab Saudi telah mensyaratkan semua jemaah yang ingin mengerjakan haji mengambil beberapa suntikan vaksin / pelalian. Vaksin yang wajib diambil oleh semua jemaah haji yang datang dari pelusuk dunia adalah Vaksin Meninggococcal. Selain dari itu beberapa vaksin lain yang digalakkan seperti, Vaksin Influenza dan Vaksin Pneumococcal.

Vaksin Meningococcal 

Pihak Tabung Haji telah mewajibkan kepada bakal jemaah haji mengambil Vaksin Meninggococcal. Malah jika anda tidak mengambil vaksin ini, pihak Tabung Haji berhak untuk tidak membenarkan anda mengerjakan haji pada tahun tersebut. Vaksin lain adalah pilihan yang digalakkan oleh pihak Tabung Haji.
Vaksin Meninggococcal adalah diwajibkan bagi menghalang jangkitan kuman yang diberi nama Neisseria meningitides‎. Kuman ini mendatangkan penyakit yang boleh membawa maut kepada pengidapnya. Jangkaan kematian bagi orang yang telah dijangkiti adalah 10%. Ini adalah salah satu ikhtiar kita untuk menghindarkan diri dari terkena jangkitan kuman ini. Dalam jutaan manusia yang datang dari seluruh dunia, pelbagai virus atau kuman boleh berjangkit. Begitu juga dengan kuman Neisseria Meningitidis ini. Ia boleh merebak melalui pernafasan atau cairan tubuh badan. Orang yang dijangkiti oleh kuman ini akan mengalami demam yang tinggi, ruam seluruh badan, sakit sendi dan boleh menyebabkan koma.

Vaksin ini baik diambil dalam masa 4 hingga 6 minggu sebelum berangkat ke Tanah Suci. Kekuatan perlindungan vaksin ini dijangka sehingga dua tahun setelah mendapat suntikan.

Vaksin Influenza 

Vaksin Influenza pula bagi melindung diri kita dari Virus influenza. Virus ini boleh menyebabkan demam selsema yang teruk dan senang berjangkit sesama jemaah. Virus influenza ini juga boleh mendatangkan mudarat kepada jemaah yang berumur lebih dari 60 tahun atau mempunyai penyakit kronik seperti Kencing Manis. Ia boleh menyerang paru-paru mengakibatkan batuk dan demam yang berpanjangan.
Walaubagaimana pun demam selsema boleh diakibatkan juga oleh pelbagai kuman lain yang tidak mendatangkan mudarat yang teruk kepada jemaah. Kebiasaanya demam selsema sebegini akan berlarutan sehingga tiga atau empat hari sahaja. Bagi jemaah yang sudah menghidapi penyakit resdung, demam selsema senang terjadi kepada mereka. Ini berpunca dari perubahan cuaca di Tanah Suci yang beriklim ekstrim (panas dan kering keterlaluan, sejuk dan kering keterlaluan). Perbezaan ini amat ketara dengan negara kita yang beriklim panas dan lembab.

Vaksin Pneumokokal 

Vaksin Pneumokokal sesuai juga diberikan kepada jemaah yang berumur 50 tahun ke atas atau jemaah yang mempunyai masalah penyakit kronik seperti lelah, asma, kencing manis dan darah tinggi. Kuman ini senang menjangkiti jemaah yang rendah sistem pertahanan badan. Sesiapa yang dijangkiti kuman ini boleh mengakibatkan jangkitan kuman paru-paru (pneumonia), Serangan selaput otak (Meningitis) dan kuman merebak keseluruh badan (Bacteremia)‎. Dianggarkan 1 dari 20 orang yang telah dijangkiti kuman Pneumokokal akan meninggal dunia. Justeru itu amat digalakkan jemaah haji mengambil suntikan ini sebagai salah satu jalan ikhtiar kita semasa berada di Tanah Suci.
Dr Hj Suhazeli Abdullah

Pakar Perubatan Keluarga

Fb.com/drsuhazeli
Ahli

#MedicalMythBustersMalaysia

#MedTweetMY

#AktivisKAMI

Pendapat Minoriti

Tepat enam bulan lalu isu vape meletup dipersada media dalam negara. Ketegasan pihak berwajib dalam menegaskan isu vape telah menyebabkan para penyokong tegar melenting. Dikukuhkan lagi dengan para agamawan dan ulama yang turut meranapkan hujah para pencinta vape.
Saya lihat terdapat satu persamaan antara pencinta vape dan penentang vaksin; iaitu mereka suka mengambil fakta terpencil, statistik tidak tepat, dan ulasan yang mengelirukan. Golongan ini bersikap seperti aliran golongan minoriti. Walaupun Keras dengan penentangan, suka membesarkan fahaman minoriti mereka. Sedangkan isu tersebut sudah diterima oleh umum dan para alim ulama muktabar. Penghujahan sudah jelas.
Namun terdapat pengalaman tertentu yang seseorang alami dalam kehidupan yang menyebabkan mereka mengambil sikap yang berlainan dari orang ramai. Ianya mungkin boleh diraikan tetapi bukan boleh dijadikan panduan umum kepada orang awam. Mereka sepatutnya beramal secara terpencil dan peribadi. Tidak sepatutnya mempengaruhi orang lain dengan hujah-hujah yang sudah sedia dijawab oleh pihak berwajib. Tetapi masih juga mengulang-ulang hujah tanpa fakta ampuh.

Dalam satu forum penjelasan fatwa berkaitan dengan vaksin, Ustaz Badlisah Alaudin pernah menyamakan mereka ini sebagai golongan minoriti yang menghasut. Ianya berdasarkan firman Allah swt:
وَإِذَا جَاءَهُمْ أَمْرٌ مِّنَ الْأَمْنِ أَوِ الْخَوْفِ أَذَاعُوا بِهِ ۖ وَلَوْ رَدُّوهُ إِلَى الرَّسُولِ وَإِلَىٰ أُولِي الْأَمْرِ مِنْهُمْ لَعَلِمَهُ الَّذِينَ يَسْتَنبِطُونَهُ مِنْهُمْ ۗ وَلَوْلَا فَضْلُ اللَّهِ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَتُهُ لَاتَّبَعْتُمُ الشَّيْطَانَ إِلَّا قَلِيلًا
“Apabila datang kepada mereka suatu berita tentang kemenangan atau ketakutan, mereka menyiarkannya. Kalau saja mereka menyerahkannya kepada Rasul dan ulil amri di antara mereka, tentulah orang-orang yang ingin mengetahui kebenarannya akan dapat mengetahuinya dari mereka (Rasul dan ulil amri). Kalau bukan kerana kurnia dan rahmat Allah kepada kalian, tentu kalian mengikuti syaitan, kecuali sebahagian kecil saja (di antara kalian).” (an-Nisa: 83)
Semoga kita semua terhindar dari golongan ini.
Suhazeli Abdullah

Fb.com/drsuhazeli
20.3.2017

Kuala Berang

Agenda Jahat dalam Industri Perubatan Moden?


Saya diminta mengulas satu artikel dari blog yang bertajuk Agenda Jahat dalam Industri Perubatan Moden. Awalnya saya berbincang dengan rakan-rakan, agar tidak perlulah melayan blog picisan tersebut.[1] Tetapi semakin ramai para netizen dan pengguna media sosial lain share. Mereka share demi untuk dapatkan kepastian dari pihak berwibawa, adakah benar tulisan tersebut?

Jika saya menjawab isu ini sekalipun, pihak yang menentang perubatan moden akan menuduh saya berat sebelah sebab saya lahir dari disiplin perubatan moden itu sendiri. Pun begitu, tulisan mereka itupun juga berat sebelah kerana mengagungkan perubatan herba yang tidak sahih dan tiada bukti. Lebih dari itu, tujuan ditulis bagi melariskan jualan produk dengan kaedah memburukkan displin perubatan lain terutamanya perubatan moden.

Displin Ilmu Perubatan Moden
Perubatan Emperikal yang diistilahkan sebagai perubatan moden bukanlah sesuatu yang terpesong dari disiplin ilmu dalam Islam.[2] Malah Islam sendiri mengiktiraf kaedah perubatan menggunakan bahan-bahan yang disahihkan dari ujikaji (emperikal). Lihat sahaja sejarah perkembangan ilmu perubatan di zaman kegemilangan Islam. Nama-nama mashyur seperti Ibnu Al Haitham, Al Khawarizmi, Ibnu Sina dan ramai lagi telah mempelopori kaedah perubatan emperikal ini. Sebagai contohnya Ibnu Sina adalah pemula kepada penemuan penyakit cacar dan campak sehinggakan beliau digelar pakar imuninologi. Disiplin ilmu perubatan moden ini sebenarnya mengambil asas sebab akibat sesuatu kejadian itu berlaku dan semuanya dicatat hasil dari ujikaji yang dijalankan. Jika bersesuaian dengan ubat bagi penyakit itu, maka ia dikira berjaya dan digunakpakai. Jika sebaliknya para pakar perubatan mencuba lagi dengan kaedah lain sehingga lah kini banyak penemuan demi penemuan baharu dalam dunia perubatan. Justeru, kajian dan pembangunan dalam bidang ini sudah tentu memerlukan dana yang banyak. Ianya bukan dibancuh belakang rumah dan terus mendakwa bagai. Tidak hairanlah jika dunia habis bertrilion ringgit bagi membangunkan disiplin perubatan melalui ujikaji dan pengurusan pesakit ini.


Kita sebenarnya tidak terikat dengan permainan istilah samada sembuh (cure) atau rawat (treat). Kesemua kaedah yang digunakan adalah untuk memberi manfaat kesihatan kepada pesakit. Ia bergantung kepada jenis penyakit, kaedah perebakan, dan bagaimana pengurusan secara individu. Jika ada yang mendakwa kencing manis boleh disembuhkan dengan ubatan herba, sila buktikan! Bagi ilmu perubatan moden, kencing manis adalah sejenis penyakit kronik dan progresif (keterukan berdasarkan tahap sakit dalam garis-masa). Merawat kencing manis adalah dengan mengawal kandungan gula dalam badan. Malah merawatnya juga perlu menjangkaui paras gula: kandungan kolesterol, fungsi jantung, fungsi buah pinggang dan pelbagai lagi perlu diambil kira bagi perawatan optima dan elakkan komplikasi. Bukan semudah yang disangkakan. Bukan hanya cukup sekali bacaan gula dipagi yang tenang! Pemantauan perlu sepanjang hayat. Adakah ini dikira sebagai memaksa pesakit untuk terikat dengan perubatan moden?

Antibiotik dan Kemoterapi
Dua ubatan ini selalu dikambing hitamkan oleh orang yang paranoid dengan perubatan moden. Hujah mereka pun lemah dan tidak mengerti apa itu fungsi antibiotik dan kemoterapi. Hatta mereka cuba mengaitkan antibiotik dengan kanser. Ke laut terus hujahnya! Kemudian cuba mempromosi herba seperti bawang putih yang kononnya didakwa sebagai antibiotik! Sadis jika ramai yang mempercayainya. Seingat saya, bawang sedap jadi rempah dalam tomyam, tak nafikan.

Kajian ke atas bawang merah dan bawang putih boleh merawat kanser, kencing manis dan sebagainya lagi pernah dilakukan.[3] Pengkaji dari China menemui secara ujikaji makmal, bawang membantu merencat sel kanser (tetapi terdapat limitasi penggunaanya), tetapi kajian dari US sebaliknya. Malah bawang boleh membawa risiko kanser dalam jumlah tertentu. Begitu juga dengan rawatan lain oleh bawang. Kajian tidak konklusif samada ianya sama taraf dengan antibiotik atau ubat kencing manis perubatan moden.[4] Kita lihat sahaja, mana ada hospital seluruh dunia memasukkan cairan bawang putih secara intravena sebagai gantian antibiotik? Tak masuk akal….

Konspirasi Vaksin
Saya telah memberikan jawapan ini dalam beberapa penulisan saya.[5] Pendek kata penulis artikel berkenaan hanya membawa teori karut. Akhirnya merugikan ummat sendiri.

Akhir sekali tulisan berkenaan menyalahkan doktor perubatan moden sebagai doktor jahat. Kesian sungguh saya baca tulisan yang penuh dengan prejudis dan paranoid sedemikian. Seolah-olah seluruh doktor moden ini sudah tiada nilai dan etika kedoktoran yang dipegang. Yang betul adalah mereka sahaja.

Bagi saya, tidak akan menafikan mana-mana disiplin perubatan atas muka bumi ini. Cumanya bawakan bukti atas setiap dakwaan bahawa kaedah berubat itu berkesan, selamat dan berkualiti. Jika tiada, minta tolong diam aje la…

Semoga bermanfaat

Dr Suhazeli Abdullah 
_insan dhaif_
#MedTweetMY 
#MedicalMythBustersMalaysia

Pertanyaan lanjut: Fb.com/drsuhazeli

8.10.2016
Kuala Berang

Link rujukan 
[1] Artikel Agenda Jahat dalam Industri Perubatan Moden. http://bumiyangtercinta2.blogspot.my/2016/04/agenda-hitam-di-sebalik-industri.html?m=1
[2] Perubatan Moden dalam Islam. http://dribnusina.blogspot.my/2016/03/perubatan-islam-dari-pandangan-pengamal.html?m=1
[3] Bawang ubat kencing manis. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/9354029
[4] Bawang ubat kanser. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/17093154
[5] Vaksin melemahkan bayi? http://suhazeli.com/wp/?p=1187