Posts

Kaedah Perubatan yang Lebih Di Yakini

Kita silap menilai Perubatan Berasaskan Bukti (Evidence Based Medicine) sebagai hak eksklusif perubatan moden semata-mata. ‘Kita’ di sini merujuk kepada semua penggiat bidang perubatan samada perubatan moden itu sendiri mahupun perubatan komplimentari. EBM adalah kaedah mengambil sesuatu amalan perubatan itu dengan lebih yakin. Walaupun sesetengah kaedah berubat itu masih lagi dalam proses yang belum sempurna, […]

Ujikaji Tipu-sains

Seronok tengok demonstrasi sains produk untuk memerangkap pelanggan. Tapi kesian juga lihat pembeli yang terpengaruh, lantas membeli dengan jumlah agak besar. Alasannya dengan belian pukal dan harga ahli, banyak bonus nanti. Lihat katalog atas meja, jurujual bersama kereta idaman dan melancong sana sini. . Pelanggan yang mudah terkena selalunya pesakit kronik seperti Kencing manis, darah […]

Ar Razi, Ibnu Sina Pelopor kepada Evidence Based Medicine

Asas pembuktian (EB) bukan lah sesuatu yang asing dalam kehidupan. Ianya menjadi mata rantai dalam setiap sesi pergaulan kita sesama manusia. Begitu juga hidup beragama, EB ini menjadi pegangan utama dalam mengamalkan syariat. . Apabila ada orang persoal kita kenapa kita solat, jawabnya ada bukti al Quran dan hadis menyuruh kita solat. Begitulah juga dalil […]

Konflik Jual Produk dan EBM

Saya pernah sewaktu awal karier kedoktoran dahulu terlibat dalam jualan MLM. Sempat bertahan 5 bulan sahaja kerana merasakan konflik kepentingan. Pada waktu itu saya bekerja di jabatan surgeri (pembedahan). Saya mengaku, semasa konsultasi bersama pesakit, saya agak bias untuk menawarkan produk pemakanan kesihatan MLM yang saya ceburi. Tetapi saya tidak berjaya meraih keuntungan, kerana pemikiran […]

Ujian Klinikal atas Herba

Oleh Dr Che Puteh Osman Sebarang petua kekal sebagai petua dan ia tidak boleh menggantikan perubatan moden yang telah terbukti melalui kajian klinikal berpuluh tahun. Sebarang pengujian in vitro atau piring petri dan ujian in vivo, ke atas haiwan, tidak boleh merasionalkan penggunaan sebagai ubat. Sebagai seorang natural product chemist, maklumat penggunaan tradisi memberikan maklumat […]

Perubatan Berasaskan Dalil

Masyarakat umum mungkin tidak faham asas huraian sesuatu dakwaan atau penemuan para pengkaji dalam dunia perubatan. Tahap-tahap dalil yang boleh diambil kira, kekuatan sesuatu kajian, keberkesanan sesuatu ubat/produk, keselamatan penggunaannya dan kesan-kesan positif/negatif akhir setelah digunakan. Bagi masyarakat umum, apa sahaja yang dibentangkan oleh orang tertentu, nampak sains dan disulami dalam bahasa medik, terus mereka […]

Ubatan Moden Hanya Kajian Saintis

Ramai saya lihat gambar yang memetik kata-kata Dr Alan Greenberg ini dikongsi dalam media sosial. Majoriti yang beria-ria share gambar itu terdiri dari mereka yang antivaksin, anti-perubatan moden, penjual produk kesihatan dan pengusaha perubatan alternatif. Sengih sampai ke telinga geng-geng tu dan share gambar Dr Alan merata-riti. . Saya dapati intipati ucapan Dr Alan ini […]

Sudi Daku Tunjukkan Jalan

Nukilan isnin Pakar Perubatan Keluarga Prof Harmy Mohd Yusoff, Timbalan Dekan UniSZA menulis secara ringkas tahap-tahap kajian saintifik yang dijadikan standard masa kini. Bermula dari aras 1 yang meletakkan analisis meta sebagai hairaki teratas sehinggalah tahap 4, penilaian terbaik pakar (best expert review) atau “case series”.[1] Inilah konsep terkini bagi menentukan sesuatu ubat atau kaedah berubat […]

Syarikat Ubat Rasuah Doktor? 

Oleh: Prof Dr Harmy Mohd Yusoff, Pensyarah Fakulti Perubatan UniSZA. Akhir-akhir ini terdapat banyak dakwaan berkaitan dengan isu perubatan berlegar secara meluas di alam maya. Ini termasuklah isu isu berkaitan dengan keberkesanaan sesuatu rawatan, ubat-ubatan baru, cara pencegahan penyakit dengan cara tertentu dan sebagainya. Maklumat ini sangat pantas berlegar di ruang maya dan sangat mendapat […]