Tuan guru Sokong VaksinTuan guru Sokong Vaksin
Koleksi Artikel Isu Vaksin
Tuan Guru Dato Seri Hj Abdul Hadi Awang
24 JUN 2016 | Masjid Rusila Marang
"Sesiapa yang menolak perubatan termasuk
vaksin sebagai golongan yang jahil
dalam agama. Mereka membaca kitab
tak habis"
[image]
Jika benar vaksin itu boleh memusnahkan manusia, sudah tentu program imunisasi diberhentikan. . Kita boleh lihat sendiri bahawa Program imunisasi kebangsaan yang telah diletakkan secara rasmi dalam negara kita sejak sebelum merdeka lagi (1956) dengan pemberian vaksin DT
Baca Artikel ....
"Jauh Perjalanan, luas pemandangan. Banyak pengajaran kehidupan manusia yang boleh dipelajari."
Sudan, Mindanao, Sempadan Turkey dan Jordan untuk Misi Kemanusian Syria, Mesir, Bangladesh dll.
Baca Artikel Travelog Saya....
Koleksi Artikel Perang Melawan Mitos
Dr Suhazeli Abdullah | Talk Show UiTM Jasin
"Mitos dalam perubatan boleh menyebabkan masyarakat keliru. Maka wajib wujud sekumpulan ahli dalam bidang perubatan memperbetulkan salah faham itu."

Vaksin Punca Autism

Vaksin Punca Autism? Oleh: Nurul Fadhilah Salleh Andrew Wakefield…
Comments Box SVG iconsUsed for the like, share, comment, and reaction icons

Comment on Facebook

Good advice, Doc. But once dia intrude over & over again, dia akan kena balik kaw-kaw.

Ya sebaiknya

Tepat sekali Dr Suhazeli. Do not waste our energy for negative vibes

Dgn aku teruskan dgn maki hamun biar teebuka bodohnya...it work...kalau tak work dah kena hamun..hihi

Itu yg terbaik

betul tu Dr. Kalau argue dgn mereka, stim dan lalok pon mereka kata ubat

Antivaksin ke doktor

View more comments

Kenyataan Media
Sekretariat Aid4Lebanon

Gabungan NGO Malaysia bentuk 'Aid4Lebanon', lancar misi bantuan

1. Peristiwa letupan Ammonium Nitrate di Beirut yang mengorbankan lebih 135 nyawa dan menyebabkan kecederaan lebih 5,000 mangsa, manakala ratusan ribu mangsa kehilangan tempat kediaman amat menyedihkan kita.

2. Tidak cukup dengan kes wabak COVID-19 yang telah meragut 68 nyawa dan lebih 5000 kes positif, Kerajaan Lubnan terpaksa berdepan pula dengan bencana letupan besar sehingga diumumkan darurat yang akan berlangsung selama 2 minggu.

3. Kita bersimpati dengan kejadian yang berlaku ini. Justeru itu, bagi menunjukkan sokongan dan solidariti terhadap mangsa letupan, Sekretariat Aid4Lebanon akan melancarkan kempen sumbangan buat mereka.

4. Sekretariat Aid4Lebanon terdiri dari gabungan Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang berpengalaman dalam mengendalikan misi kemanusiaan di dalam dan luar negara.

5. Bentuk sumbangan segera yang diperlukan adalah bantuan perubatan dan keperluan harian kepada manga-mangsa yang terlibat. Sekretariat Aid4Lebanon mensasarkan kutipan dana sebanyak RM10 juta untuk dikutip dalam tempoh terdekat. Saluran sumbangan akan diselaraskan secara rasmi di bawah Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah, YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

6. Sekretariat Aid4Lebanon menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk bersama menyumbang bagi menyatakan solidariti kemanusiaan sejagat ini.

Keanggotaan bersama Aid4Lebanon
1. PASRelief
2. Yayasan Amal Malaysia
3. Yayasan Kubra
4. Yayasan Isra’ Malaysia
5. Geng Ustaz
6. Muslim Care Malaysia
7. Muslim Care Global(MCG)
8. Yaman Care
9. Syabab Care
10. Azhar Care
11. Iman Care
12. Warga Cakna
13. PAPISMA
14. Medicom
15. NurFitrah
16. MusMedik
17. IMWU (International Muslim Women Union Malaysia)
18. Sadaqah Centre
19. Sahabat Care
20. MyHawa

Bertarikh :
17 Zulhijjah 1441H | 7 Ogos 2020
... See MoreSee Less

Kenyataan Media
Sekretariat Aid4Lebanon

Gabungan NGO Malaysia bentuk Aid4Lebanon, lancar misi bantuan

1. Peristiwa letupan Ammonium Nitrate di Beirut yang mengorbankan lebih 135 nyawa dan menyebabkan kecederaan lebih 5,000 mangsa, manakala ratusan ribu mangsa kehilangan tempat kediaman amat menyedihkan kita.

2. Tidak cukup dengan kes wabak COVID-19 yang telah meragut 68 nyawa dan lebih 5000 kes positif, Kerajaan Lubnan terpaksa berdepan pula dengan bencana letupan besar sehingga diumumkan darurat yang akan berlangsung selama 2 minggu.

3. Kita bersimpati dengan kejadian yang berlaku ini. Justeru itu, bagi menunjukkan sokongan dan solidariti terhadap mangsa letupan, Sekretariat Aid4Lebanon akan melancarkan kempen sumbangan buat mereka.

4. Sekretariat Aid4Lebanon terdiri dari gabungan Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang berpengalaman dalam mengendalikan misi kemanusiaan di dalam dan luar negara.

5. Bentuk sumbangan segera yang diperlukan adalah bantuan perubatan dan keperluan harian kepada manga-mangsa yang terlibat. Sekretariat Aid4Lebanon mensasarkan kutipan dana sebanyak RM10 juta untuk dikutip dalam tempoh terdekat. Saluran sumbangan akan diselaraskan secara rasmi di bawah Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah, YB Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

6. Sekretariat Aid4Lebanon menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk bersama menyumbang bagi menyatakan solidariti kemanusiaan sejagat ini.

Keanggotaan bersama Aid4Lebanon
1.  PASRelief
2. Yayasan Amal Malaysia
3. Yayasan Kubra
4. Yayasan Isra’ Malaysia
5. Geng Ustaz
6. Muslim Care Malaysia
7.  Muslim Care Global(MCG)
8. Yaman Care 
9. Syabab Care 
10. Azhar Care
11. Iman Care
12. Warga Cakna
13. PAPISMA
14. Medicom 
15. NurFitrah
16. MusMedik
17. IMWU (International Muslim Women Union Malaysia)
18. Sadaqah Centre
19. Sahabat Care
20. MyHawa

Bertarikh :
17 Zulhijjah 1441H | 7 Ogos 2020

Pelitup Muka
.
Banyak sangat kekeliruan bab pelitup muka ni. Tersebar video rakyat kena tahan di jalan raya kononnya tak pakai pelitup muka. Begitu juga dengan rakyat yang sedang duduk di padang yang luas, kena saman RM1000!
.
Agak-agak la kalau nak sebar video tu pun. Selidik dulu dari mana sumber dan dapatkan kesahihan beritanya.
.
Menteri kanan Keselamatan baharu sahaja jawab:
.
1️⃣ Larangan pelitup muka hanya tertakluk di tempat yang penuh dengan orang ramai seperti pasaraya, panggung wayang, lokasi pelancongan serta ketika menaiki pengangkutan awam.
.
2️⃣ Naik motosikal dan kenderaan persendirian tidak wajib pakai pelitup muka.
.
3️⃣ Bayi kurang 2 tahun tidak digalakkan pakai. Kanak-kanak yang tidak biasa dengan pelitup muka boleh merimaskan mereka. Tanggungjawab ibu bapa tidak membawa anaknya yang kurang 2 tahun ke tempat berisiko.
.
4️⃣ Bersukan atau riadah di padang yang luas tiada menjadi kewajipan memakainya. Keluasan padang itu mampu untuk dijalankan penjarakkan sosial.
.
5️⃣ Dalam rumah atau tempat persendirian yang tiada kesesakan manusia lain tidak perlu pakai pelitup muka.
.
Beberapa kekeliruan lain yang juga disebarkan oleh mereka yang tidak faham atau mereka yang sengaja memperli tindakan kerajaan mengenakan kewajipan memakai pelitup muka.
.
1️⃣ Mereka menuduh pakai pelitup muka itu menyebabkan sesak nafas dan membawa maut kerana menyedut karbon dioksida yang dikeluarkan oleh paru-paru. Orang boleh pengsan kerana kekurangan oksigen yang kitaran semula udara di bawah pelitup muka.
.
Sampai tahap tu sekali pemikiran mereka yang anti kepada pelitup muka. Memang lah tidak selesa pakai mask, tetapi tidak terjadi pun sepanjang sejarah, memakai pelitup muka itu menyebabkan keracunan karbon dioksida atau mati akibat tiada oksigen. Rekabentuk pelitup muka itu bukannya seperti "Oxygen Respirator" yang kedap udara. Oksigen persekitaran masih lagi keluar masuk melalui sisi tepi, atas dan bawah pelitup muka. Cuma bau mulut je la yang tidak selesa. Lain kali jangan hisap rokok!
.
Kalau terjadi pengsan terhadap sesetengah individu itu adalah akibat lain, bukannya oksigen kurang.
.
2️⃣ Pelitup muka hanya rekaan dan agenda freemason sahaja. Mereka menuduh, Covid19 itu tidak bahaya pun dan pelitup muka bukannya solusi.
.
Sebenarnya mereka tidak faham konsep kenapa pelitup muka dikenakan. Memakai pelitup muka adalah salah satu kaedah pencegahan terbaik buat masa ini, selain dari menjaga kebersihan diri dan penjarakan sosial. Pencegahan melalui vaksin masih jauh lagi perjalanannya. Ubat-ubatan untuk rawatan pun masih dalam fasa kajian. Sekurang-kurangnya memakai pelitup muka itu menghalang kita dari terdedah kepada virus yang bahaya. Beberapa dapatan kajian telah dilaksanakan bagi membuktikan memakai pelitup muka itu berkesan mencegah COVID-19 dan memutuskan rantaiannya. Cuma kita sahaja yang buat degil. Sendiri pepandai buat teori karut.
.
Suhazeli Abdullah
4.8.2020
Kuala Berang
... See MoreSee Less

Comment on Facebook

Ni salah sorang contoh Doc. Bodoh die mmg x boleh diubati.

Yg video tular ni rasanya video lama. Masa dlm video ni polis trafik pun tak pakai pelitup muka.

Izinkan saya share doc 😊

Katanya polis saman penunggang motor yg tak lalu laluan motorsikal..

Minta PDRM update

Itulah, lain kali jgn hisap rokok! 😂

Mohon izin utk share Dr..

An Za

AWex EGoiss

Hasniza Hanim

RoMe RaZak

Afifazman Afifmoto xpo

Anuar Harun

Nur Razak

Kalau mcm tu kesianlah sebelum ni mesti ramai doktor yg pengsan pakai mask masa operation patient berjam2 😅

Bawak motosikal sorang sorang tak perlu pakai penutup muka ? Kalau bawak kawan ?

Semua tmpt awam kecuali dlm rmh kita tk pyh guna mask..Stesyen myk tmpat yg ramai dikunjungi walaupun tk serentak , tp yg dtg pegi tu menyentuh pam minyak , beurusan dgn Atm, membuka dan mentup pintu ,begitu byk sentuhan dan kita tak tau dri mana diaorang dtg sblum ke stesyen myk,jd setiap pengunjung kena jaga SOP ,wajib guna mask..

Klo pergi hiking dkt bukit or gunung x pakai facemask boleh kee, sbb mendaki pun jarak²😅😅

Terbaik Dr 👍🏻👍🏻👍🏻👍🏻 #PenjarakanFizikal #KitaJagaKita

Terbaik Dr..izin share

Pasni mohon sape2 yg viral bnda x betul dikenakan tindakan..sb diaorg ni timbulkan slah faham, kekeliruan..burukkan lg keadaan.

Mohon kongsi info dr

🇲🇾

Tapi alergic doc pakai mask.. Klu kejap2 takpe..8jam pakai.. Jerawat habis naik...lemas ow

View more comments

Team Warga Cakna yang berada di setiap lokaliti pada tahun ini berjaya mengadakan majlis sambutan hari raya Eidul Adha dan seterusnya menyempurnakan program ibadah qurban.

Persiapan bermula dengan penghantaran haiwan qurban di lokasi yang telah ditetapkan seterusnya hari ini majlis penyembelihan berlangsung.

Dalam negara, 3 lokasi telah ditetapkan.

1. Masjid Kampung Butut Baru, Kuala Berang. 2 ekor lembu disembelih. Majlis adalah dengan kerjasama dari Pengurusan Masjid dan MPKK.

2. Kampung Telaga Papan, Setiu, seekor lembu telah disembelih. Program kerjasama dengan Permaisuri Care dan MPKK.

3. Sebanyak 3 ekor lembu pula disembelih di Masjid Nyiur 7 Besut. Kerjasama diusahakan bersama MPKK dan pengurusan Masjid Nyiur 7.

Program Qurban luar negara pula berlangsung di 3 negara. Pada awalnya 4 buah negara, namun di Kenya tidak dapat dilakukan kerana pandemik COVID-19.

Alhamdulillah di 3 buah negara, Indonesia, Filipina dan Sudan berjaya kita laksanakan ibadah qurban pada kali ini. Sebanyak 159 ekor lembu dan 130 ekor kambing telah disembelih keseluruhan 3 buah negara tersebut. Terima kasih kepada semua peserta yang menyertai program kali ini.

1. Gardarif Sudan, proses penyembelihan berlaku pada hari raya pertama dan kedua. Sebanyak 114 ekor lembu dan 95 Ekor kambing tumbang. Sdr Idris, pengerusi Al Ehsan Charity Foundation yang menjadi wakil kita menguruskan perjalanan program.

2. Sebanyak 32 ekor lembu dan 15 ekor kambing disembelih di Isabela, Basilan. Daging telah diagihkan ke perkampungan yang pedalaman. Sdr Tony Sakkalahul yang mewakili Makanak Inc. yang mengusahakan kerjasama ini.

3. Di Sulawesi dan daerah persekitaran Sigi, Palu, Donggala pula sebanyak 13 ekor lembu dan 20 ekor kambing telah berjaya disembelih. Ustaz Ahmad Sukrylah dari Relindo dan team beliau di Sulawesi menjadi wakil kita menguruskan perjalanan program.
... See MoreSee Less

Comment on Facebook

Alhamdulillah... Semoga ibadah qurban kita diberkati... Aamiin

الحمدلله

Proses jual beli dan penyerahan wakalah sembelihan Qurban di beberapa lokasi dalam negeri. ... See MoreSee Less

Load more

Follow me on Facebook

Kolumnis

Majalah Solusi

Akhbar Harakah

Forum Imunisasi

Aktiviti Amal

Nasyid

Facebook Iconfacebook like buttonTwitter Icontwitter follow buttonVisit FMSAVisit FMSA