antivaccinefraudTerdapat golongan yang menentang vaksin akn berhujah kenapa KKM mengeluarkan borang farmakovigilan. Lebih menakutkan lagi apabila mereka membaca keseriusan Kementerian Kesihatan Malaysia mengeluarkan garispanduan farmakovigilan ini.
Farmakoviligan ini adalah salah satu kaedah telus yang diamalkan oleh perubatan moden. Dengan tidak dinafikan bahawa setiap ubat samada sudah lama digunakan mahupun yang baru dipasarkan, mempunyai kesan sampingan. Kesan-kesan sampingan ini ada di antaranya yang telah dijangka ataupun kesan baru yang memerlukan pelaporan dari masa ke semasa oleh pengguna/pesakit. Justeru farmakovigilan ini perlu bagi menjaga kemudharatan yang lebih besar jika ada. Sebagai contohnya, sejenis ubat untuk kencing manis yang bernama Rosiglatazone, telah ditarik balik dalam pasaran kerana mempunyai risiko tinggi untuk pesakit menghidapi serangan jantung. Penarikan ini adalah kerana terdapatnya laporan-laporan dari para pakar dan beberapa kajian susulan telah dijalankan. Sehingga mempunyai bukti kukuh bahawa ubat berkenaan lebih mendatangkan mudarat dari manfaat menggunakannya.
Sistem pelaporan kesan advers ubat telah diperkenalkan di negara ini bagi membolehkan anggota kesihatan untuk mengambil bahagian dalam pemonitoran keselamatan ubat-ubatan dengan cara melaporkan kesan advers yang ditemui. Sistem Pemonitoran Kesan Advers Ubat ini telah wujud disetiap premis kesihatan dalam Negara kita.

Pusat Pemonitoran Kesan Advers Ubat Kebangsaan di bawah Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) bertanggungjawab untuk mengumpul semua laporan-laporan kesan advers berkaitan produk farmaseutikal termasuk vaksin selaras dengan Peraturan – Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 di bawah Akta Jualan Dadah 1952 ( Pindaan 1989) bagi memastikan ianya selamat, berkualiti dan efikasi.
Semua laporan berkaitan kesan advers berikutan pelalian akan dibentangkan oleh Pusat Pemonitoran Kesan Advers Ubat Kebangsaan kepada Jawatankuasa Kecil Farmakovigilans Keselamatan Vaksin.
Jawatankuasa Kecil Farmakovigilans Keselamatan Vaksin boleh membuat syor-syor mengenai keselamatan vaksin berdasarkan laporan analisa kesan advers berikutan pelalian yang telah dibentangkan.
Pengkelasan kesan sampingan dalam sistem ini adalah seperti berikut:
farmakovigilan
Walaupun pada peringkat awal kajian membuktikan sesuatu ubat berkesan kepada manusia, namun melalui pelaporan dari masa kesemasa penting bagi menjamin kualiti keberkesanan sesuatu ubat. Sehingga kini tiada laporan serius/bahaya yang dilaporkan dari statistik farmakovigilan mengenai vaksin yang terdapat dalam pasaran.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Words Format E Book
Previous articleGaza akan jadi padang jarak padang tekukur
Next articleSertai kami Qurban & Aqiqah di Kassala Sudan
Dilahirkan di Kota Bharu Kelantan. Pendidikan awal di sekolah Kebangsaan Perol dan Sultan Ismail College (SIC), Kelantan. Melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah perubatan di Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan. Kemudian, melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kini berkhidmat di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya, Dungun, Terengganu sebagai Pakar Perunding Perubatan Keluarga. Banyak terlibat dalam menyampaikan ceramah mengenai fikah perubatan. Menulis secara aktif dalam laman web peribadi beliau berkaitan isu-isu semasa termasuk vaksin dan sebagainya. Motto utama hidup beliau adalah Hidup Bermanfaat. Maklumat lanjut mengenai beliau dan hasil penulisan lain boleh diperolehi dari laman web www.suhazeli.com