image

Ramai rakan taulan bertanya mengenai intisari buku susunan saya tu. Sebab ramai yang masih tidak memilikinya. Keluaran kedua sudah habis. Tunggu cetakan ke 3 minggu depan siap.
Antara intisari ringkas adalah
1. Vaksinasi adalah satu penemuan sains yang menakjubkan. Ilmu imunologi dan hal berkaitan mengenainya telah lama berkembang sejak dari ilmuan Islam yang tersohor, Al Raazi (854 – 925).
2. Edward Jenner (1749 – 1823) telah mengembangkan ilmu imunologi tersebut sehinggalah terhasilnya vaksin kepada penyakit Cacar (Smallpox) pertama di dunia.
3. Kebanyakan kultur kuman (pembiakan) bagi penghasilan vaksin di era kini menggunakan telur sebagai mediumnya.
4. Isi kandungan yang terdapat dalam vaksin (vaksin wajib Kementerian Kesihatan Malaysia) adalah bebas dari unsur kinzir.
5. Bahan lain seperti raksa (merkuri) tiada bukti saintifik dikaitkan dengan penyakit Autisma.
6. Tidak dinafikan vaksin mempunyai kesan sampingan. Ia adalah sama seperti ubat-ubatan lain. Namun kesannya adalah minima dan bergantung kepada tindakbalas badan setiap individu. Hanya sebilangan kecil kanak-kanak mempunyai kesan itu. Majoriti mereka tiada kesan langsung.
7. Terdapat juga vaksin yang diluar dari premis KKM menggunakan unsur kinzir semasa proses pembuatannya. Namun ulama mengharuskannya atas konsep hukum istihalah dan istihlak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Words Format E Book
Previous articleBuku Menjawab Kontroversi Vaksin Bayi Sudah Terbit
Next articleHukum Penggunaan Inhaler dan Accuhaler Ketika Puasa.
Dilahirkan di Kota Bharu Kelantan. Pendidikan awal di sekolah Kebangsaan Perol dan Sultan Ismail College (SIC), Kelantan. Melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah perubatan di Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan. Kemudian, melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kini berkhidmat di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya, Dungun, Terengganu sebagai Pakar Perunding Perubatan Keluarga. Banyak terlibat dalam menyampaikan ceramah mengenai fikah perubatan. Menulis secara aktif dalam laman web peribadi beliau berkaitan isu-isu semasa termasuk vaksin dan sebagainya. Motto utama hidup beliau adalah Hidup Bermanfaat. Maklumat lanjut mengenai beliau dan hasil penulisan lain boleh diperolehi dari laman web www.suhazeli.com