image

Isu vaksin adalah seputar isu yang agak hangat dibincangkan semula dewasa ini. Terdapat beberapa sebaran melalui media sosial dan medium alternatif yang memberikan gambaran negatif terhadap a suntikan vaksin kepada kanak-kanak seperti yang diamalkan oleh negara kita, juga pelbagai negara lain dewasa ini.
Gambaran negatif yang diberikan ialah dengan cara membesar-besarkan kesan sampingan yang mungkin wujud terhadap suntikan vaksin tersebut serta menimbulkan keraguan terhadap keberkesanan hasil daripada suntikan vaksin tersebut. Gambaran negatif juga diwarwarkan dengan memberikan maklumat yang tidak seimbang dengan mengatakan bahawa kanak-kanak yang tidak diberi suntikan vaksin boleh menjadi lebih sihat daripada kanak-kanak yang menerima suntikan vaksin. Begitu juga terdapat dari kalangan mereka menempelkan hukum agama dengan mempertikaikan status kehalalan vaksin  tersebut dan penekanan betapa daging yang terbina daripada sumber yang haram akan dimamah oleh api neraka.
Tulisan ini dikemukakan bagi menjernihkan beberapa kekeliruan masyarakat berkaitan vaksinasi/imunisasi kanak-kanak. Penulis bukan berniat menjatuhkan mana-mana persatuan atau individu yang menentang keras pemberian vaksin kepada anak-anak mereka atau ahli keluarga mereka. Sebenarnya mereka mungkin tidak tahu mengenai kepentingan vaksinasi ini. Malah ada juga di antara mereka mendapat maklumat yang kurang tepat mengenai vaksin.
(Promosi Gelombang Alpha bermula 30 Mei hingga 15 Jun 2014)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Words Format E Book
Previous articleMakanan dan Ubatan yang mengandungi Babi
Next articleIntisari buku Vaksin utk Bayi Anda
Dilahirkan di Kota Bharu Kelantan. Pendidikan awal di sekolah Kebangsaan Perol dan Sultan Ismail College (SIC), Kelantan. Melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah perubatan di Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan. Kemudian, melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kini berkhidmat di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya, Dungun, Terengganu sebagai Pakar Perunding Perubatan Keluarga. Banyak terlibat dalam menyampaikan ceramah mengenai fikah perubatan. Menulis secara aktif dalam laman web peribadi beliau berkaitan isu-isu semasa termasuk vaksin dan sebagainya. Motto utama hidup beliau adalah Hidup Bermanfaat. Maklumat lanjut mengenai beliau dan hasil penulisan lain boleh diperolehi dari laman web www.suhazeli.com