image

Saya banyak menerima banyak mesej melalui media sosial yang menyatakan florida yang terdapat dalam ubat gigi amat berbahaya dan boleh membunuh. Secara spesifik mesej berkenaan ber’kempen’ sejenis ubat gigi buatan muslim dan bumiputera.
Agak keterlaluan mesej tersebut sehingga menidakkan kejayaan penggunaan florida dalam industri ubat gigi dan rawatan air bersih. Sekali baca artikel yang berkaitan dengan bahaya florida ini amat menakutkan. Antaranya mendakwa:
“Bekas pakar biokimia Institut Kanser Kebangsaan Amerika mendakwa penggunaan florida dalam bekalan air menyebabkan kematian 50000 orang akibat kanser.”
“Kajian makmal ke atas tikus dengan memberikan air berflorida boleh mengakibatkan sel-sel otak tikus akan rosak.”
“30% bahan buangan syarikat semikonduktor adalah florine yang merbahaya. Justeru bagi menyelamatkan kos yang meningkat kerana proses pelupusan amat rumit, maka ia telah dicampurkan dengan air minuman.”
Dan pelbagai lagi dakwaan yang diberikan. Semuanya tiada bukti kukuh. Laporan dari Institut Kanser Kebangsaan Amerika dan Persatuan Kanser Kebangsaan Amerika menafikan kajian dari bekas pakar biokomia mereka. Mereka menambah bahawa terdapat kaitan antara kanser dan florida dalam kajian terhadap tikus tetapi tiada bukti apabila kajian dilakukan ke atas manusia. Kajian lanjut ke atas semua 2.2 juta kematian kanser dan khusus kepada 125 ribu kematian yang mengambil florida selama 15 tahun, tidak terbukti kanser dikaitkan dengan pengambilan florida. Dakwaan yang dibuat oleh bekas pakar biokimia tersebut mungkin mempunyai maksud tertentu. Hanya beliau sahaja yang mengetahui motifnya.
Florida dalam ubat gigi dan bekalan air minum penting bagi menjaga kesihatan gigi. Namun jumlahnya mesti dalam sukatan yang dibenarkan. Florida menjaga gigi dari dijangkiti penyakit karies. Menjaga kesihatan gigi penting kerana gigi yang sihat adalah punca badan yang sihat. Percayalah.
1. http://m.cancer.gov/topics/factsheets/fluoridated-water
2. http://m.just-think-it.com/f-facts.htm
3. http://m.cancer.org/cancer/cancercauses/othercarcinogens/athome/water-fluoridation-and-cancer-risk

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Words Format E Book
Previous articlePenyalahgunaan Pil Khayal Amphetamine
Next articleNota Kecil Hudud
Dilahirkan di Kota Bharu Kelantan. Pendidikan awal di sekolah Kebangsaan Perol dan Sultan Ismail College (SIC), Kelantan. Melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah perubatan di Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan. Kemudian, melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kini berkhidmat di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya, Dungun, Terengganu sebagai Pakar Perunding Perubatan Keluarga. Banyak terlibat dalam menyampaikan ceramah mengenai fikah perubatan. Menulis secara aktif dalam laman web peribadi beliau berkaitan isu-isu semasa termasuk vaksin dan sebagainya. Motto utama hidup beliau adalah Hidup Bermanfaat. Maklumat lanjut mengenai beliau dan hasil penulisan lain boleh diperolehi dari laman web www.suhazeli.com