Siddiqa_Fatima_Zahra_Mosque_KuwaitKhutbah Jumaat

Assalamualaikum warahmatullah

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama2  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada Allah dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala yang  ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Akhir-akhir ini pelbagai fahaman telah menyelinap masuk kedalam masyarakat kita. Fahaman syiah yang bermula dari Timur tengah sudah mula menapak dinegara ini. Begitu juga dengan fahaman yang menyatakan bahawa agama didunia ini sama, namanya fahaman Liberal, juga mula menyelidap masuk kedalam masyarakat. Terbaru, fahaman anti-hadis. Menolak hadis sebagai sumber rujukan yang utama selepas Al Quran. Isu ini sebenarnya telah menular sekitar 80 an dulu yang di pelopori oleh seorang manusia yang bernama Kasim Ahmad. Bukunya yang bertajuk Penilaian semula Hadis telah diharamkan oleh kerajaan hampir 20 tahun yang lalu, kini di beri ruang oleh pihak-pihak tertentu untuk beliau menyucuk fahaman menyeleweng ini.

Sudi saya sebut beberapa kesilapan golongan Anti-hadis ini yang menyebabkan mereka sesat, semoga dengan ini dapat menjernihkan sedikit perasaan marah dalam masyarakat yang sudah bercelaru dengan tohmahan mereka. Antara kenyataan sesat mereka:

  • Mempertikaikan dua kalimah syahadah dengan menganggap syahadah yang kedua sebagai mendewa-dewakan Nabi Muhammad SAW.
  • Mempertikaikan rambut sebagai aurat wanita dan memperlekeh wanita yang berhijab.
  • Mempertikaikan kredibiliti ulama dan menyamakan ulama sebagai kasta paderi.
  • Mempertikaikan hadith sebagai sumber hukum dan menuduh Imam Shafi’e yang memulakan doktrin baru dengan menyatakan hadith sebagai satu sumber hukum sama seperti al-Quran.
  • Mentafsirkan semula al-Quran berdasarkan logik semata-mata dan menolak tafsiran ulama terdahulu
  • Mengiktiraf Kod 19 oleh Rashad Khalifa sebagai pentafsir al-Quran bagi menggantikan hadith

Memanglah mereka ini telah SESAT, bahkan berusaha menyebarkan kesesatan mereka dengan menjadi soldadu kepada Iblis.

Faktor Penyebab Kesesatan Golongan Anti-Hadith

Setelah memerhatikan hujjah-hujjah, tohmahan dan gelagat golongan anti-hadith ini melalui media massa, mimbar kali ini akan mengulas beberapa faktor yang menyumbang kepada kesesatan mereka. Di antaranya:

1) Meninggalkan petunjuk Sunnah.

Bertolak daripada doktrin mereka bahawa “al-Qur’an telah lengkap” (kenyataan ini memang benar tetapi mereka silap dari segi praktisnya), mereka beranggapan boleh belajar sendiri, ambil saja mana-mana terjemahan (rata-rata mereka tak faham pun bahasa Arab), lalu mentafsirkan sendiri mengikut kefahaman mereka. Tindakan mereka ini secara terus menolak fungsi keRasulan, i.e “mengajar/menerangkan” maksud isi kandungan kitab/al-Qur’an tersebut seperti firmanNya yang bermaksud:

44. (Kami utuskan Rasul-rasul itu) membawa keterangan-keterangan Yang jelas nyata (yang membuktikan kebenaran mereka) dan Kitab-kitab suci (yang menjadi panduan); dan Kami pula turunkan kepadamu (Wahai Muhammad) Al-Quran Yang memberi peringatan, supaya Engkau menerangkan kepada umat manusia akan apa Yang telah diturunkan kepada mereka, dan supaya mereka memikirkannya.

[an-Nahl, 16:44].

Sudah tentu para Rasul yang merupakan manusia terpilih bukan hanya berfungsi seperti ‘robot’, menyampaikan saja apa-apa yang diwahyukan tanpa ada penjelasan. Kalau demikian, mengapa pula perlunya Rasul sedangkan Allah berkuasa menurunkan terus kitab-kitab tersebut ? Mengapa Rasul mesti dipilih dari kalangan manusia sendiri, sedangkan jika malaikat yang diutuskan misalnya, tentu saja manusia lebih takut dan hormat?

Alasannya, seperti yang diterangkan oleh ayat di atas dan beberapa ayat lagi, untuk menerangkan maksud ayat-ayat yang diturunkan pula secara beransur-ansur itu kepada manusia dalam konteks PRAKTIKALnya, tunjuk-ajar daripada manusia contoh kepada umum. (Al Ahzab 21)

21. Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan Yang baik, Iaitu bagi orang Yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)

Inilah konsep pendidikan yang benar di mana guru mestilah mengamalkan dulu apa yang diajarkannya sebelum ajaran mereka diikuti, bukannya konsep pendidikan sekular sekarang yang memisahkan antara apa yang diajar dengan apa yang ditunjukkan dengan perilaku pengajar yang nyata sekali mengelirukan dan gagal terutamanya dalam membentuk akhlak terpuji.

Konsep pendidikan ini telah diamalkan oleh Islam semenjak dari awal lagi, dan diperturunkan dari generasi ke generasi di mana as-sunnah diambilkira sebagai “alat” dan petunjuk utama dalam mempelajari dan memahami al-Qur’an seperti mafhum hadith: “Sebaik-baik hadis ialah Kitabullah(i.e al-Qur’an) dan sebaik-baik PETUNJUK adalah daripada Rasulullah. Setiap perkara baru (bida’ah) itu adalah sesat dan setiap kesesatan itu (sudahnya) dalam neraka” [Sahih Bukhari].

Maka dalam konteks ini, golongan anti-hadis telah melakukan BIDA’AH yang haqiqi, yang sudah pasti membawa kesesatan apabila mereka membelakangkan as-sunnah. Perbuatan mereka adalah contoh penting untuk isu bida’ah kerana amalan mereka ini memang amalan baru, yang tidak pernah diamalkan oleh golongan sebelumnya dan ia jelas bertentangan dengan maksud hadis di atas. Ia bertepatan dengan takrif bida’ah sendiri iaitu: “Suatu amalan baru yang TIADA berpandukan petunjuk nas (sama ada secara terus atau tersirat)”.

Maka kesan dari perbuatan ini, mereka telah sesat jauh daripada kebenaran. Sehubungan dengan faktor ini, antara contoh kesilapan mereka dalam memahami al-Qur’an,

Pendek kata memang peranan Rasul (i.e, as-sunnah) untuk menjelaskan banyak kenyataan di dalam al-Qur’an, bukan pula bermaksud al-Qur’an itu tidak lengkap tetapi manusia dengan kelemahannya mudah keliru seperti yang ditunjukkan oleh fahaman golongan anti-hadith ini. Sebab itulah juga banyak ayat-ayat al-Qur’an menyuruh kita “mentaati Rasul” dan mengambil Baginda sebagai model ikutan. Kenyataan-kenyataan ini merupakan ‘clue’/petanda jelas supaya merujuk sunnah.

Dengan menolak kepentingan sunnah ini bukan sahaja menunjukkan keengkaran terhadap perintah Allah, bahkan menolak ‘perkaitan’antara al-Qur’an dengan as-sunnah yang menyebabkan al-Qur’an itu lengkap. Menolak ayat-ayat ini bererti menolak sebahagian daripada maksud al-Qur’an itu sendiri, maka tentu sekali fahaman mereka tidak lengkap, bukannya al-Qur’an !

Nyata sekali di sini, oleh kerana golongan anti-hadith menolak as-sunnah, mereka dalam banyak ketika akan keliru dan meletakkan maksud ayat-ayat al-Qur’an bukan pada konteksnya, memahami ayat dalam kefahaman yang salah, meletakkan hukum tidak kena tempatnya, maka inilah punca utama mengapa golongan anti-hadis telah sesat.

Perlu diingatkan juga bahawa bukan sahaja golongan anti-hadis yang boleh merosakkan akidah ummat Islam mutakhiir ini. Tetapi terdadapat juga golongan anti-Quran. Di mana terdapat golongan yang tidak mengambil al Quran sebagai dustur kehidupan mereka. Malah yang sudah berani mencanggahi segala hukum yang terdapat didalam Al Quran.

Justeru, Kumpulan sebegini perlu kita jauhi. Mereka boleh membawa kerosakan yang nyata atas muka bumi ini dengan kefahaman yang songsang ini.

Firman Allah dalam ayat 41 surah alr-Ruum :

ظَهَرَ‌ الْفَسَادُ فِي الْبَرِّ‌ وَالْبَحْرِ‌ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِي النَّاسِ لِيُذِيقَهُم بَعْضَ الَّذِي عَمِلُوا لَعَلَّهُمْ يَرْ‌جِعُونَ

 

Maksudnya : Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Words Format E Book
Previous articleUbat tiada logo Halal?
Next articleAurat Wanita Ketika Bersalin adalah Rukhsah
Dilahirkan di Kota Bharu Kelantan. Pendidikan awal di sekolah Kebangsaan Perol dan Sultan Ismail College (SIC), Kelantan. Melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah perubatan di Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan. Kemudian, melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kini berkhidmat di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya, Dungun, Terengganu sebagai Pakar Perunding Perubatan Keluarga. Banyak terlibat dalam menyampaikan ceramah mengenai fikah perubatan. Menulis secara aktif dalam laman web peribadi beliau berkaitan isu-isu semasa termasuk vaksin dan sebagainya. Motto utama hidup beliau adalah Hidup Bermanfaat. Maklumat lanjut mengenai beliau dan hasil penulisan lain boleh diperolehi dari laman web www.suhazeli.com