Nisa’ ajak remaja jauhi zina- Sinar Harian

BUKIT MENTOK – Nisa’ Kawasan Kemaman mengambil langkah proaktif menganjurkan Program Cakna Anak Muda sempena Kempen Anda Bijak Jauhi Zina berikutan masalah sosial di daerah ini yang membimbangkan.

Ketua Nisa’ Kawasan Kemaman, Narliati Lamshah berkata, program pertama itu bertujuan mengelakkan remaja perempuan terjerumus dengan pergaulan bebas yang menjadi pencetus penyakit sosial seperti gejala buang anak, minah rempit, gadis GRO dan sebagainya.

Katanya, aspek pembalasan berikutan perbuatan sumbang yang ditekankan dalam program selama sehari berkenaan diyakini mampu memberi keseda-ran dan keinsafan kepada golongan gadis supaya tidak mudah terjebak dengan perbuatan terkutuk.

“program turut bertujuan memberi kefahaman Islam kepada remaja mengenai perbuatan yang ditegah Allah SWT.

“Pada masa sama, kita juga dedahkan mereka mengenai akibat yang akan mereka lalui disebabkan hanyut dalam pergaulan bebas,” katanya.

Menurutnya, pergau-lan bebas antara remaja perempuan dan lelaki kini seakan-akan sudah menjadi budaya.

“Justeru, masalah sosial inilah yang kita mahu cegah bagi mengelakkan kes buang anak terus berleluasa,” katanya.

Beliau berkata demikian sempena Program Cakna Anak Muda sempena Kempen Anda Bijak Jauhi Zina yang diadakan di Markas Tarbiyah Pas Cawa-ngan Bukit Mentok.

Narliati berkata, sehubungan itu, program turut menekankan aspek pembalasan di dunia dan akhirat sekiranya remaja tidak taat kepada perintah agama.

Katanya, aspek keima-nan dan akidah serta sifat takut kepada Allah SWT turut ditekankan sepanjang program sebagai penyelesaian sebenar kepada masalah pergaulan bebas yang berlaku hari ini.

Sementara itu, langkah Nisa’ Kawasan Kemaman menganjurkan program itu berbaloi kerana kira-kira 190 remaja perempuan mengikutinya yang hanya dikenakan yuran pendafta-ran sebanyak RM3.

Antara pengisian pada program itu yang dikendalikan penceramah bebas, Muhammad Hajia Sofia Mohamad dan Pakar Keluarga Hospital Marang, Dr Suhazli Abdullah itu termasuk slot kenal diri dan kenal pencipta.

 

free medical stuff online

↑ Grab this Headline Animator

Copyright Control by aljazli design (c) 2003 – 2008
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Words Format E Book
Previous articleSindrom Burung Terbang Keluar Sarang
Next articlePalestin itu Jauh dari Kita
Dilahirkan di Kota Bharu Kelantan. Pendidikan awal di sekolah Kebangsaan Perol dan Sultan Ismail College (SIC), Kelantan. Melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah perubatan di Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan. Kemudian, melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kini berkhidmat di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya, Dungun, Terengganu sebagai Pakar Perunding Perubatan Keluarga. Banyak terlibat dalam menyampaikan ceramah mengenai fikah perubatan. Menulis secara aktif dalam laman web peribadi beliau berkaitan isu-isu semasa termasuk vaksin dan sebagainya. Motto utama hidup beliau adalah Hidup Bermanfaat. Maklumat lanjut mengenai beliau dan hasil penulisan lain boleh diperolehi dari laman web www.suhazeli.com