image

Allah jadikan sesuatu dengan penuh hikmahnya tersendiri. Samada kita dapat merungkainya hikmah itu atau tidak bukan soalnya. Yang pasti adalah hikmah itu bagi mendambakan kesabaran hambaNya yang diberi sisa kehidupan yang sementara atas bumi ini. Kekal abadi adalah Akhirat nanti.
Di sana, akan dihitung setiap inci amalan kita. Tidak bersisa. Tiada kompromi kecuali rahmatNya. Kekuasan mizanNya akan membawa setiap individu yang terlibat dalam hidup kita satu persatu. Maka berlakulah perbahasan mahkamah maha adil ini. Nafsi-nafsi. Kita sudah tidak berlembut atau mengalah kerana di sana perhitungannya adalah samada Syurga atau Neraka! Kekal selama-lamanya.
Hiduplah kita didunia fana ini bagi menggalur kehidupan akhirat yang akan kekal abadi. Ingatlah setiap amalan kita dicatat setiap masa dan ketika. Apa yang kita lakukan akan dipersoal di sana hatta sebesar zarah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Words Format E Book
Previous articleMusibah adalah Ujian pada hambaNya
Next articleImmediate respond to home birth
Dilahirkan di Kota Bharu Kelantan. Pendidikan awal di sekolah Kebangsaan Perol dan Sultan Ismail College (SIC), Kelantan. Melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah perubatan di Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan. Kemudian, melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kini berkhidmat di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya, Dungun, Terengganu sebagai Pakar Perunding Perubatan Keluarga. Banyak terlibat dalam menyampaikan ceramah mengenai fikah perubatan. Menulis secara aktif dalam laman web peribadi beliau berkaitan isu-isu semasa termasuk vaksin dan sebagainya. Motto utama hidup beliau adalah Hidup Bermanfaat. Maklumat lanjut mengenai beliau dan hasil penulisan lain boleh diperolehi dari laman web www.suhazeli.com