Isu: Laporan “ Amalan Poligami antara Penyumbang Kanser Pangkal Rahim”

Saya merujuk kepada beberapa laporan akhbar secara online yang memetik laporan bertajuk “Wanita Bermadu Mudah Dijangkiti” dan “Amalan Poligami antara Penyumbang Kanser Pangkal Rahim” disiarkan pada 14 Febuari 2011 dan juga akhbar pada 15hb Febuari 2011 berkaitan perkara yang sama. Laporan tersebut seolah-olah menyatakan bahawa saya dalam kapasiti sebagai seorang Pakar Perubatan Keluarga mendakwa saya mengeluarkan kenyataan bahawa amalan berpoligami adalah antara faktor penyumbang kanser pangkal rahim.

Secara peribadi saya ingin membetulkan laporan tersebut kerana ia merujuk saya sebagai sumber kenyataan tersebut.

Saya menegaskan bahawa saya tidak membuat kenyataan sedemikian, laporan tersebut adalah tidak tepat, di luar konteks dan langsung tidak menggambarkan keseluruhan isi ceramah saya yang bertajuk “Penyakit Alaf Baru, Pembunuh Senyap” berlangsung di Universiti Malaysia Trengganu. Apa yang cuba saya tampilkan hanyalah wanita yang mempunyai berbilang pasangan seks (multiple partner) berisiko tinggi kepada jangkitan HPV (Human Papilloma Virus) dan seterusnya menjadi factor penyumbang kanser pangkal rahim dan bukan poligami yang merupakan faktornya. Saya juga menegaskan tentang peri pentingnya menjaga kebersihan bagi pasangan yang melakukan seks dengan berbilang pasangan.

Saya tidak pernah berniat mempersoalkan kesucian ajaran agama Islam malah saya sendiri sebagai seorang Pakar Perubatan Keluarga telah banyak melihat bukti saintifik ajaran Islam itu menepati kajian-kajian serta penemuan sains.

Saya amat kesal intipati ceramah saya disalahlapor dan tidak akan bertanggungjawab atas kesilapan yang dilakukan oleh pihak yang melaporkannya itu. Semua laporan yang salah tersebut perlu ditarikbalik dengan serta merta kerana ia boleh mengelirukan dan membangkitkan sensiviti beragama rakyat Malaysia.

Bertarikh pada 15 Febuari 2011

Copyright Control by aljazli design (c) 2003 – 2008
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Words Format E Book
Previous articleMotivasi oleh Dr HM Tuah Mengenai Lelaki dan wanita
Next articleDi sini Bermulanya Zina
Dilahirkan di Kota Bharu Kelantan. Pendidikan awal di sekolah Kebangsaan Perol dan Sultan Ismail College (SIC), Kelantan. Melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah perubatan di Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan. Kemudian, melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kini berkhidmat di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya, Dungun, Terengganu sebagai Pakar Perunding Perubatan Keluarga. Banyak terlibat dalam menyampaikan ceramah mengenai fikah perubatan. Menulis secara aktif dalam laman web peribadi beliau berkaitan isu-isu semasa termasuk vaksin dan sebagainya. Motto utama hidup beliau adalah Hidup Bermanfaat. Maklumat lanjut mengenai beliau dan hasil penulisan lain boleh diperolehi dari laman web www.suhazeli.com