image

Satellite Channel Rusia Today mendedahkan Presiden Putin menolak tawaran daripada Saudi melalui ketua perisikannyan Putera Bandar bin Sultan atas permintaan daripada keluarga diraja Saudi menawarkan USD15 billion sebagai bayaran Putin mengadakan lawatan ke Mesir berjumpa kerajaan kudeta Al Sisi bertujuan menambah kesahtarafan “الشرعية” kepada kerajaan perampas tersebut.

Dumitry Juntiyef Pakar hal ehwal timur tengah dan Afrika di Institut negara Asia dalam dialog di tv Rusia Today berkata bahawa Riyad amat berharap peningkatan kesahtarafan”الشرعية” kepada kerajaan Mesir baru, Presiden Adli Mansor, pimpinan tentera dan semua mereka yang terlibat dalam  menggulingkan Presiden Mursi.

Beliau menambah,tiada ketua negara utama dunia melawat Mesir setelah rampasan kuasa. Hingga sekarang, Amerika dan Eropah masih berhati-hati, mereka mahu letakkan keadaan yang berlaku dalam ruang lingkup perlembagaan bagi mencapai penyelesaian jalan tengah.

Tugas Putera Bandar dianggap sebagai  pengatur di antara Amerika dan Presiden putin bagi memujuk Putin agar melakukan lawatan ke Mesir dan mencipta satu peristiwa bersejarah dengan lawatan tersebut bagi menambah kesahtarafan”الشرعية” kepada kerajaan kudeta Mesir.

Dumitry menambah lagi, setelah setahun pemerintahan Dr mursi di Mesir dan bertambahnya populariti Ikhwan hingga menjangkau ke Jordan, Syria dan beberapa negara lain, Negara Saudi melihat perkembangan tersebut mengancam penguasaannya di Timur tengah.
Justeru itu, Saudi menyokong kuat usaha menjatuhkan Mursi dan membantu kerajaan baru agar ikhwan tidak kembali semula memerintah,semuanya dilakukan melalui contract berganda di dalam  dan luar mesir sebagaimana yang dilakukan oleh Putera Bandar di Rusia.

Assyabu.org

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Words Format E Book
Previous articleHikmahnya Imam Al Haramain Tidak berwirid Lepas Solat
Next articleLarang korban di sekolah: Kita selaras semua sekali
Dilahirkan di Kota Bharu Kelantan. Pendidikan awal di sekolah Kebangsaan Perol dan Sultan Ismail College (SIC), Kelantan. Melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah perubatan di Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan. Kemudian, melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kini berkhidmat di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya, Dungun, Terengganu sebagai Pakar Perunding Perubatan Keluarga. Banyak terlibat dalam menyampaikan ceramah mengenai fikah perubatan. Menulis secara aktif dalam laman web peribadi beliau berkaitan isu-isu semasa termasuk vaksin dan sebagainya. Motto utama hidup beliau adalah Hidup Bermanfaat. Maklumat lanjut mengenai beliau dan hasil penulisan lain boleh diperolehi dari laman web www.suhazeli.com