arafah 1434hSebagai petugas haji setiap pergerakan amat memerlukan perancangan masa yang tertentu. Ini penting bagi melicinkan khidmat operasi haji di tanah suci. Sebagai pasukan akhir yang berada di Madinah Munawwarah, biasanya hari-hari yang menghampiri wukuf baru boleh ke Mekah. Beberapa faktor yang menyebabkan keadaan sedemikian. Pada kebiasaannya pasukan akhir ini akan memberi pelayanan khidmat kesihatan kepada duyufurrahman yang masuk lewat melalui madinah. Contohnya orang kenamaan negara jemaah haji ‘runcit’ (jemaah haji yang last minute dapat visa haji). Mungkin juga akibat dari jemaah yang tidak sihat dan dimasukkan ke hospital arab. Ini bergantung kepada keadaan jemaah tersebut. Jika stabil dan pihak hospital benarkan bawa ke Mekah, maka jemaah tersebut akan dibawa dihari-hari yang menghampiri wukuf.
Di sini kami mempunyai dua pilihan samada ingin masuk ke mekah dengan niat ihram haji terus atau niat umrah.

A. Bagi petugas yang belum buat umrah wajib, bolehlah dia memilih untuk niat haji Ifrad atau Qiran. Justeru, hendaklah beliau sanggup untuk berada dalam ihram sepanjang waktu hinggalah wukuf, mabit Mudzalifah, melontar Jamrah Aqabah@Tawaf & Saie Haji kemudian bertahallul.
Bagi yang melakukan Haji Ifrad mereka memulakan dengan tawaf qudum atau tawaf selamat datang dan mereka terus berada dalam keadaan berihram sehinggalah selesai melontar pada hari pertama. Cara ini tidak dikenakan dam kerana mereka hanya melakukan ibadah haji sahaja dalam bulan haji dan tidak dilakukan umrah. Manakala petugas yang ingin melakukan Haji Qiran, dimana dilakukan Haji dan Umrah serentak. Perlaksanaannya sama seperti Haji Ifrad iaitu mereka terus berada dalam keadaan berihram sehinggalah selesai melontor hari pertama. Cuma bezanya cara ini dikenakan dam sama seperti Haji Tamattuk.

B. Cara Haji Tammattuk ialah dilakukan umrah terlebih dahulu dalam bulan haji. Selesai umrah, jemaah bercukur dan bebas berpakaian biasa. Kemudian mereka menunggu sehingga 8hb Zulhijjah untuk kembali berihram dan melaksanakan ibadah haji. Cara ini dikenakan dam seekor kambing atau unta. Bagi petugas Madinah yang datang melalui Jeddah dan telah melakukan Umrah pada awalnya, boleh pula berniat haji di Bir Ali dihari hampir wukuf untuk memasuki Mekah. Dan dia akan terus dalam berihram sehinggalah wukuf dan bertahallul. Cara ini masih dikira sebagai haji Tamattuk dan tidak dikenakan dam kerana beliau berniat di miqat makani.
Cara Inilah yang pernah dilakukan oleh para petugas sektor Madinah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...