Thursday, April 25, 2024

Top 5 This Week

Related Posts

Hikmahnya Imam Al Haramain Tidak berwirid Lepas Solat

imageMazhab salaf yang diamalkan oleh penduduk Arab Saudi sebenarnya memberi kesan yang mendalam bahawa begitu luasnya hukum ibadah dalam Islam. Lihat sendiri bahawa dua imam Al Haramain (Masjidil Haram dan Masjid Nabawi) tidak melantuni wirid ataupun zikir secara jahar (kuat) sebaik sahaja selesai solat fardu. Walaupun hadis ada menyebut beberapa kaifiat wirid selepas solat, namun ia tidak diamalkan secara kuat dan beramai – ramai seperti di negara kita. Lepas solat,  selesailah tugas imam. Makmum boleh melakukan apa sahaja ibadah lain secara bersendirian. Rasanya lebih selesa. Ia dilakukan secara senyap masing-masing. Indahnya, tanpa kita merasai kaget untuk melakukan ibadah lain bertawajuh kepada Ilahi. Masa nilah mungkin kita ingin munajat doa. Masa nilah mungkin kita nak baca Quran kalam Ilahi atau kita ada urusan dunia yang perlu segera diselesaikan. Tidak terikat dengan wirid dan bacaan ritual seperti di masjid-masjid tanah air.
Begitu juga tahlil simati. Boleh jamin bahawa selepas setiap waktu solat fardu akan ada solat jenazah. Tak ada pula imam Al Haramain menjadi syeikh memimpin upacara tahlil. Kalau imam Al Huzaifi buat tahlil…emm mungkin akan keluar fatwa baru di tanah suci…Wallahuaklam

Madinah Munawwarah
22 Oktober 2013

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Dr Suhazeli Abdullah
Dr Suhazeli Abdullah
Dilahirkan di Kota Bharu Kelantan. Pendidikan awal di sekolah Kebangsaan Perol dan Sultan Ismail College (SIC), Kelantan. Melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah perubatan di Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan. Kemudian, melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kini berkhidmat di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya, Dungun, Terengganu sebagai Pakar Perunding Perubatan Keluarga. Banyak terlibat dalam menyampaikan ceramah mengenai fikah perubatan. Menulis secara aktif dalam laman web peribadi beliau berkaitan isu-isu semasa termasuk vaksin dan sebagainya. Motto utama hidup beliau adalah Hidup Bermanfaat. Maklumat lanjut mengenai beliau dan hasil penulisan lain boleh diperolehi dari laman web www.suhazeli.com

Popular Articles