image
Saya tertarik dengan satu kaedah perawatan yang disyorkan oleh seorang pengamal pengubatan Islam Tanah Air. Pengesyorannya ringkas dan senang dibuat oleh setiap dari kita. Bahannya pun senang diperolehi. Ramuan semacam resepi. Bukan itu yang saya nak ulas.
Apa yang menjadi keinginan saya membacanya lanjut adalah sandarannya. Adakah kaedah ini ada sandaran secara ujian? Atau hanya berdasarkan testimoni-testimoni? Jika testimoni sekalipun sudah berapa ramai yang berjaya “menyembuhkan” dan berapa ramai yang tidak. Atau hanya dakwaan semata-mata tanpa kesahan merawat penyakit.
Atau mungkin kaedah ini adalah amalan para Nabi atau Sahabat? Namun di mana dalilnya.
Saya ingin membacanya lanjut jika ada jawaban dari soalan-soalan yang saya kemukakan tadi.

Wallahuaklam

Madinah Munawwarah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...