tukar chenehAkhir terjawab sudah debaran yang selama ini meruntun jiwa. Surat pertukaran ke semenanjung tiba atas meja bos. Terima kasih atas semua rakan taulan dan rakan sejawatan yang berusaha dan berdoa atas kejadian ini. Terima kasih kepada pihak kementerian yang juga melunaskan ‘janji’ dalam proses pertukaran ini. Sesungguhnya tempat jatuh lagi dikenang apatah lagi Apin-apin, tempat mencari makan.
Selamat bertandang ke tempat baru. Adakah KK Cheneh sudi menerima kehadiran daku?

Proses sudah dijangka kerana ada sedikit reshuffle FMS peringkat negeri Terengganu baru-baru ini. Dugaan daku tepat seperti yang dirasai. Klinik Kesihatan Cheneh akan ku jejaki. Jarak dari rumah Kuala Berang ke Klinik Kesihatan Cheneh mungkin mencecah 135 km. Kalau bawa laju kereta Honda City, mungkin sejam setengah sampai lah. Kalau bawa steady dan sambil tidur tepi jalan akibat mengantuk, masuk 2 jam baru sampai. Kalau nak naik lebuh raya LPT, tak siap sepenuhnya. Hanya dari Ajil-Bukit Besi, kemudian jalan biasa Jerangau yang berliku dan berlubang.

Nasib seorang pejuang…

lok kawi zooZoo Lok Kawi, Medan ikan bakar Filifina sinsuran, Kilang Kopi Tenom, Tambunan tetap akan menjadi satu lipatan sejarah bagi diri ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...