imageSebagai penjawat awam kita tak boleh lari dari istilah SYMP (Saya Yang Menurut Perintah). Dasar yang ditetapkan oleh kerajaan terpaksa kita tanggung atas batu jemala kita sebagai penjawat awam. Kecuali lah ianya bertentangan dengan syariat agama. Terdamparnya daku di bumi kejauhan Keninagu ini kerana menurut perintah.
Sistem penempatan doktor-doktor pakar ke luar bandar (Sabah/Sarawak) minima enam bulan telah diputuskan oleh jemaah menteri pada akhir 2011 lagi. Mungkin demi survival politik kerajaan pada masa itu atau mungkin kekangan kepakaran di luar bandar yang terlalu mendesak? Apa alasan sekalipun ia tetap arahan yang perlu dipatuhi. Disiplin yang terlibat adalah Pakar Perubatan, Pakar Bedah, Pakar Kanak-kanak dan beberapa kepakaran lagi termasuklah Pakar Perubatan Keluarga (FMS). Seingatnya, daku adalah batch ke dua dalam sistem baru ini. Walaupun berat untuk meninggalkan bumi Marang, daku gagahi jua. Ya lah, penjawat awam tidak boleh ingkar dan sejujurnya daku patuh. Sanggup berjam-jam naik ‘belon’ dan bersusah merentasi banjaran Crocker.

image

Alhamdulillah hingga Ogos genap lima bulan di bumi Keningau. Perit rindu dan kesepian Tuhan saja yang tahu. Terasa juga sedikit irihati, namun dipendamkan kerana mendapat tahu dari sumber yang tidak sah bahawa disiplin lain tidak pun mematuhi arahan sistem baru ni. Kesangsian timbul apabila hanya disiplin FMS sahaja yang melaksanakan giliran ini sedangkan disiplin lain bagi pandanganku lebih mendesak terutama di hospital hospital sabah sarawak, tidak akur! Biar lah, asalkan kami (FMS) menjalankan tugas sebaik mungkin.
Setelah berada lima bulan, beberapa konklusi dapat disimpulkan
1. FMS ke Sabah tidak terlalu mendesak dalam tempoh yang sedia ada kini. Peranannya terlalu minima ditambahi dengan kekurangan sumber prasarana yang menyebabkan fms tidak berfungsi secara optimum.
2. Komunikasi yang baik antara doktor klinik kesihatan dan hospital yang daku merasakan fms tidak perlu secara mendesak. Perawatan centralised masih lagi bergantung dengan hospital. Malah mungkin kehadiran FMS di sana hampir sama dengan fungsi Pegawai Perubatan (MO). Pemerhatian yang daku buat, segala kes di bincang terus dengan disiplin kepakaran yang ada di hospital. Mungkin para MO menganggap FMS hanya kes-kes rujukan atau hanya ingin menyambung ubat yang berstatus pakar sahaja. Walaupun daku sebut bahawa FMS boleh dirujuk bila-bila masa dan apa sahaja kes.
3. Disiplin FMS adalah baru dan keseluruhan bertaburan keserata negara. Sejumlah hampir 200 orang FMS seluruh negara ini telah memberi khidmat mereka di tempat yang bersesuaian dengan pilihan mereka dan penempatan kepentingan perjawatan sesuatu tempat. Keperluan mendesak FMS yang ada kini pun sesuai dengan permintaan negeri-negeri yang mempunyai jumlah populasi yang padat. Berbeza dengan bumi keningau, satu daerahnya sama luas satu negeri di semenanjung. Kehadiran pesakit pun sikit dan berebut kes dengan dua MO. Tapi daku atur jadual ke tiga daerah besar setiap minggu (Keningau, Tenom dan Tambunan) bagi mengelakkan kebosanan. Terubat juga jiwa ini dengan melawat ke klinik-klinik daerah lain sambil menikmati panorama sawah padi keningau yang masih dara. Warganya pun comel-comel.
4. Banyak duit habis! Tuntutan pertukaran dibayar, perjalanan ditanggung malah kereta buruk Toyota Unser ku itu juga ditanggung oleh kerajaan naik kapal. Itupun mujur yang pindah daku sorang, Kalau nak bawa anak isteri, sah ianya juga akan ditanggung. Rakanku berseloroh, enta untunglah sebab semuanya ditanggung. Tapi bagiku rugi, kerana genap enam bulan nanti akan dipindahkan semula ke negeri asal. Duit lagi kerajaan terpaksa keluarkan. Daku pun rugi sebab duit tuntutan elaun wilayah dan elaun kesusahan semuanya habis digunakan untuk beli tiket balik kampung. Mana boleh tahan duduk berjauhan dengan anak isteri. Paling maksima balik hujung minggu setiap dua minggu.bNak bawa mereka semua ke sini pun susah. Nak minta isteri berhenti kerja? Enam bulan? Tak munasabah. Anak sulong pun nak ambil peperiksaan SPM tahun ni. Susah juga nak berpindah randah. Banyak kena fikir. Daku lalui juga sehingga saat ini….Selamanya bumi Keningau akan menjadi kenangan songsang dalam diari kehidupan ku. Pahit tapi ada manisnya….

—->

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...