“Kenapa dengan anak puan?” Tegurku sebagai pembuka bicara kepada wanita anak dua yang datang untuk mendapatkan suntikan vaksin. Dalam masa yang sama nurse yang melihat anaknya memaklumkan bahawa anak wanita tersebut tidak naik timbangan berat dan sesak nafas.
“Saya dah jumpa dengan ustaz kampung saya katanya anak saya terkena badi kera”. Katanya penuh yakin bahawa penyakit badi kera itulah punca utama anaknya tidak naik timbangan dan selalu lelah.
Saya teliti kad rawatan anaknya bermula bersalin hingga sekarang. Rupa-rupanya bersalin biasa, tetapi lemas disaat-saat akhir (severe neonatal asphyxia). Sepuluh hari ditahan dalam wad icu kanak-kanak. Anaknya telah mengalami komplikasi jangkitan kuman ke paru-paru.

Published with Blogger-droid v1.6.8
Copyright Control by aljazli design (c) 2003 – 2008
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Words Format E Book
Previous articleSOLAT SELEPAS HAID : PERKARA YG DIPANDANG RINGAN
Next articleMesyuarat Agong Dwi Tahunan Yayasan Amal Malaysia kali ke 6
Dilahirkan di Kota Bharu Kelantan. Pendidikan awal di sekolah Kebangsaan Perol dan Sultan Ismail College (SIC), Kelantan. Melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah perubatan di Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan. Kemudian, melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kini berkhidmat di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya, Dungun, Terengganu sebagai Pakar Perunding Perubatan Keluarga. Banyak terlibat dalam menyampaikan ceramah mengenai fikah perubatan. Menulis secara aktif dalam laman web peribadi beliau berkaitan isu-isu semasa termasuk vaksin dan sebagainya. Motto utama hidup beliau adalah Hidup Bermanfaat. Maklumat lanjut mengenai beliau dan hasil penulisan lain boleh diperolehi dari laman web www.suhazeli.com