Terdapat perselisihan pendapat antara ulama fekah berkaitan penggunaan alat perubatan semasa puasa Ramadhan. Contoh yang biasanya menjadi perselisihan adalah penggunaan Inhaler bagi pesakit Asthma. Ulama Syafiiyyah lebih mengambil langkah berhati-hati dengan menghukumkan penggunaan Inhaler boleh membatalkan puasa ramadhan. Manakala ulama hanafiah, hanabilah dan malikiyyah lebih longgar dalam menafsirkan definisi perkara-perkara yang membatalkan puasa Ramadhan. Dimana penggunaan inhaler bag pesakit asthma adalah tidak membatalkan puasa.
Justeru, timbul sedikit perselisihan yang dikeluarkan oleh beberapa pihak dinegara kita mengenai hukum penggunaan inhaler semasa puasa Ramadhan. Terdapat dual versi berbeza.
1. Bahan flier ringkas yang dikeluarkan oleh bahagaian Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia. Mereka merujuk kepada panduan yang pernah dikeluarkan oleh pihak Jakim Satu ketika dahulu.

image

2. Salah Satu tulisan yang termuat dalam buku Fekah Perubatan tulisan Dr Harmy Mohd Yusof.

image

image

Ulama mutakkhir lebih cenderung kepada pandangan kedua sepertimana Yang termuat dalam tulisan dr Harmy tersebut berdasarkan illah dan kepentingan semasa dari sudut perubatan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Words Format E Book
Previous articleHikmah di sebalik Morsi di’guling’kan
Next articleVaksin Vs Anti-Vaksin
Dilahirkan di Kota Bharu Kelantan. Pendidikan awal di sekolah Kebangsaan Perol dan Sultan Ismail College (SIC), Kelantan. Melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah perubatan di Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan. Kemudian, melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kini berkhidmat di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya, Dungun, Terengganu sebagai Pakar Perunding Perubatan Keluarga. Banyak terlibat dalam menyampaikan ceramah mengenai fikah perubatan. Menulis secara aktif dalam laman web peribadi beliau berkaitan isu-isu semasa termasuk vaksin dan sebagainya. Motto utama hidup beliau adalah Hidup Bermanfaat. Maklumat lanjut mengenai beliau dan hasil penulisan lain boleh diperolehi dari laman web www.suhazeli.com