image

Sumber Ustaz Zamri Zainal Abidin

Hikmah di sebalik Mursi di’guling’kan oleh komplot pemerintah tertinggi tentera Mesir yang kononnya membela dan menghormati kehendak rakyat.

A. As-Sisi dan komplotnya ternyata tertipu dengan anggapan dan khayalan sendiri bahawa Mursi telah hilang sokongan majoriti rakyat. Cubaan barat untuk menggambarkan kepada dunia bahawa Mursi telah hilang sokongan rakyat apabila hanya memfokuskan Medan Tahrir yang hanya dikerumuni oleh tidak sampai 100 000 orang, juga meleset. Kini gerakan menyokong Mursi sudah mencecah hampir 10 juta orang di seluruh negara.

B. Mungkin tergopoh gapah membuat keputusan, As-Sisi hanya merujuk dan mendapatkan sokongan peringkat atasan tanpa mengetahui kedudukan di peringkat bawah. Menarik sokongan Ketua Hakim, Syaikhul Azhar, Menteri Dalam Negeri, Ketua Polis, pemimpin-pemimpin penentang yang tidak dapat menjangkakan kekuatan sokongan mereka terutama yang kalah dalam pilihanraya Presiden 2012. Tetapi as-Sisi terlupa Ketua Angkatan Tentera Daratnya sendiri yang terang-terangan menyatakan tidak setuju dengan tindakan a-Sisi dan mendesaknya menarik balik perisytiharan rampasan kuasa.

C. Sokongan terhadap Mursi tanpa disangka-sangka datang daripada pelbagai peringkat dan penjuru. Paling mengejutkan ialah pasrti al-Watan, parti bekas Presiden Hosni Mubarak menolak sebarang kerjasama dengan presiden sementara dan mengulangi pendirian bahawa Mursi masih presiden yang sah.

Lain-lain pihak berpengaruh yang telah mengisytiharkan sokongan penuh terhadap Mursi sehingga kini;

i. Mufti Mesir yang menggesa agar dikembalikan kerajaan pilihan rakyat. Suara Mufti Mesir dilihat mampu menggugat suara Syaikhul Azhar kerana kedua-dua jawatan ini amat penting dalam negara Mesir.

ii. Ulama’ al-Azhar di pelbagai peringkat yang sanggup turun ke jalanraya bersama penunjuk perasaaan pro-Mursi tanpa menghiraukan pendirian Syaikhul Azhar.

iii. Kumpulan Hakim Untuk Mesir yang bersumpah tidak akan meninggalkan Dataran Rabaatul Adawiyyah sebagai sokongan kepada Mursi.

iv. Parti al-Wasat – pecahan Ikhwanul Muslimin yang agak moderate.

v. Ahli-ahli Nour Party – golongan ‘salafi’ yang berpaling tadah daripada sokongan terhadap Mursi.

D. Kesimpulannya, dalam masa hanya 4 hari Mursi mendapat apa yang diperlukan oleh seorang pemimpin yang dipilih melalui proses demokrasi iaitu sokongan umum rakyat walaupun beliau berada dalam penjara pada masa ini. Selama ini sokongan terhadapnya tersembunyi tetapi as-Sisi membantunya membongkar sokongan sebenar rakyat. “ِMereka merancang, Allah merancang, Allah adalah sebaik-baik perancang.”

Insya Allah Mursi akan kembali menerajui Mesir berkat doa kita semua. Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Words Format E Book
Previous articleBumi tidak akan berputar jika orang Islam tidak tawaf?
Next articlePenggunaan Inhaler tidak membatalkan Puasa
Dilahirkan di Kota Bharu Kelantan. Pendidikan awal di sekolah Kebangsaan Perol dan Sultan Ismail College (SIC), Kelantan. Melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah perubatan di Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan. Kemudian, melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kini berkhidmat di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya, Dungun, Terengganu sebagai Pakar Perunding Perubatan Keluarga. Banyak terlibat dalam menyampaikan ceramah mengenai fikah perubatan. Menulis secara aktif dalam laman web peribadi beliau berkaitan isu-isu semasa termasuk vaksin dan sebagainya. Motto utama hidup beliau adalah Hidup Bermanfaat. Maklumat lanjut mengenai beliau dan hasil penulisan lain boleh diperolehi dari laman web www.suhazeli.com