imageTulisan Dr Harmy Mohd Yusof
Pensyarah dan Pakar Perubatan Keluarga USM

[Menjawab beberapa persoalan pro-naturopati berkaitan perubatan dan pengubatan moden sebagai tidak Islami dan bertentangan dengan SunnatulLah]

Kalau natural remedy boleh dibuktikan sebagai ubat contohnya seperti penicilin tak ada salahnya untuk ia dijadikan ubat. Apa beza Penicillin yang dihasilkan di makmal dengan mould yang ada Penicillium notatum. Tapi kalau natural remedy masih tidak dibuktikan sebagai ubat, tidak melalui kajian dari segi keberkesanan dan kesan sampingnya maka ia tidak untuk dipromotekan sebagai ubat spesifik bagi penyakit tertentu. Para ulama bersepakat HARAM menggunakan ubat-ubatan atau teknik pengubatan yang kita sendiri tidak mempunyai kepastian yang sahih tentang kemujarabannya. Oleh itu kerja kita adalah membuktikan segala hasil khazanah Allah yang ada di atas mukabumi ini dipergunakan dan dikaji sebaik mungkin supaya ia dapat dimanfaatkan oleh manusia contohnya sebagai ubat-ubatan. Adalah tidak bertanggungjawab kalau kita hanya sekadar melabel apa yang ada pada masa ini tidak islamik sedangkan kita sendiri cuai dalam memperkasakan ilmu perubatan yang berlandaskan metodologi ilmu sains perubatan yang betul.

Mahu tidak mahu setiap bidang ilmu ada metodologi untuk membuktikan kesahihannya, ilmu hadith sendiri ada metodnya, ilmu fizik ada caranya dan ilmu perubatan juga ada cara untuk kita membuktikan hipotesis kita. Saya biasa merawat pesakit yang mengambil segala macam herba dan mengalami fatal side effect seperti acute renal failure, acute liver failure, cardiomyopathy etc yang directly related to that herbs kerana tiada punca lain ditemui. Tiada orang yang mahu bertanggungjawab atas komplikasi yang berlaku. Berapa ramai dalam kalangan kita yang tahu apa dos herba-herba yang sesuai untuk digunakan. Berapa banyak dan madu jenis apa yang sesuai untuk AGE, Berapa dos madu yang sesuai untuk turunkan cholestrol. Apa kandungan cinnamon honey? Kita tak boleh malas dan hanya bergantung kepada testimoni sahaja dalam keadaan dimana kajian yang lebih terperinci dan saintifik boleh dilakukan. Saya bukan anti bahan-bahan natural atau herba, apa yang saya benci ialah orang yang tidak berilmu tetapi berlagak serba tahu. ‘Ignorant lead ignorance’. Saya sudah membaca buku-buku perubatan ibnu sina dan telah melihat produk-produk ibnu sina di negara Asia Selatan, saya juga berpeluang membaca karya karya ibnu Qayim AlJauzi dan melihat hadith-hadith nabi berkenaan ubat-ubatan dana amalan kesihatan Nabi. Saya juga berpeluang membaca kitab-kitab makanan dan bahan-bahan yang Nabi ambil semasa hidup Baginda salallahu alaihi wasallam. Hasil perbincangan saya dengan mereka yang mahir, kesimpulannya ialah sebahagiannya boleh kita amalkan secara literal tapi sebahagian lain menuntut kita untuk memperincikan cara dan method penggunaannya. Kita tidak boleh membuat sweeping statement mudah bawa segala yang natural itu baik dan tidak merbahaya. Berapa banyak benda yang natural tetapi mengandungi racun. Ada atau tidak herba yang dalam jumlah sedikit bagus, kalau berlebihan merbahaya. Berapa banyak kita boleh ambil herba A kalau ada renal failure, berapa pulak jumlahnya yang tidak memudaratkan jika kita ada liver failure. Ada tak herba yang hanya sesuai untuk orang dewasa tapi tak sesuai untuk kanak-kanak. Adakah semua jenis herba dan tumbuhan selamat untuk ibu mengandung. Kalau Ya apa buktinya. Ini yang perlu kita perkukuhkan melalui ilmu. Sebab itu di zaman kegemilangan islam, mereka banyak menerokai benda baru dan membuat jumpaan baru. Malangnya budaya ini tidak lagi diteruskan. Kita selesa dengan budaya cepat dan mudah. Sebagaimana herba dan tumbuhan begitu juga dengan ubat-ubat moden yang ada sekarang..ia juga tidak lepas daripada side effect dan HARAM kita gunakan jika kita sendiri tidak tahu apa yang akan berlaku jika kita mempreskipsikannya. Bezanya kebanyakan ubat-ubatan ini telah melalui proses yang kompleks dan rumit. Keberkesanan dan segala side effectnya telah dikaji. Kita tahu apa dos yang selamat dan apa dos yang merbahaya dan apa dos yang membunuh. Kita tahu apa keadaan yang boleh dan tidak boleh menggunakan ubat tersebut. Kita tahu apa interaksi jika ubat tersebut diambil dengan ubat-ubatan lain atau apa keadaan yang akan menyebabkan ubat tersebut berkesan atau tidak. Kita tahu apa kesannya kalau wanita mengandung mengambilnya. Siapa biasanya menjalankan kajian tentang compound baru ubat-ubatan sebelum memasuki pasaran. Bermula dengan kajian daripada haiwan sehinggalah kajian dalam kalangan manusia. Sebelum kita sahkan ubat-ubatan tersebut berkesan dan selamat beribu-ribu kali dia diuji. Daripada seratus compounds yang di temui biasanya hanya satu sahaja yang boleh sampai ke pasaran. Selebihnya terpaksa di tolak kerana pelbagai sebab seperti tidak selamat walaupun ia efektif.Walaupun begitu berlaku juga banyak side effect yang sebahagian besarnya berpunca daripada sikap ignorance doktor atau perawat itu sendiri. Ramai yang tahu indication of the medication tetapi tak ramai yang ambil kisah pasal drug interaction atau complication yang mungkin berlaku. Sebab itu berlaku NSAIDS nephropathy, NSAIDS induce PUD, Cushing syndrome etc. Salah ubat ke salah doktor?

Pada saya kebanyakan kesilapan ini berlaku akibat doktor tidak benar-benar mendalami ilmu perubatan. Mereka sangkakan dengan 5 tahun belajar dan kerja beberapa tahun mereka sudah tahu ilmu perubatan sedangkan sebenarnya banyak lagi yang mereka jahil. Malas membaca dan malas merujuk kepada mereka yang lebih pakar. Ramai yang memilih menjadi doktor bukan atas dasar tanggungjawab dan menjaga amanah ilmu dan pesakit tetapi lebih kepada kerjaya dan glamour. Pengalaman saya melatih doktor pakar membuktikan ramai dan banyak lagi perkara yang harus ketahui jika mahu benar-enar merawat pesakit dengan selamat dengan menggunakan ilmu yang sahih.Kesimpulannya kita harus terbuka melihat peluang memperkasakan perubatan yang ada pada hari ini dan yang paling penting ialah buang sikap kejahilan yang bersarang dalam budaya kita. Kita wajib memperdalami teras bidang perubatan dan penyelidikan dalam bidang perubatan dengan menggunakan landasan ilmu yang betul. Cari orang dan bahan-bahan yang berwibawa sebagai rujukan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Words Format E Book
Previous articleKewajiban Memberi Vaksin Kepada Anak-anak
Next articleParents’ fear of vaccinations nearly killed their son – ABC Perth – Australian Broadcasting Corporation
Dilahirkan di Kota Bharu Kelantan. Pendidikan awal di sekolah Kebangsaan Perol dan Sultan Ismail College (SIC), Kelantan. Melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah perubatan di Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan. Kemudian, melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kini berkhidmat di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya, Dungun, Terengganu sebagai Pakar Perunding Perubatan Keluarga. Banyak terlibat dalam menyampaikan ceramah mengenai fikah perubatan. Menulis secara aktif dalam laman web peribadi beliau berkaitan isu-isu semasa termasuk vaksin dan sebagainya. Motto utama hidup beliau adalah Hidup Bermanfaat. Maklumat lanjut mengenai beliau dan hasil penulisan lain boleh diperolehi dari laman web www.suhazeli.com