Terima kasih BN kerana berjaya membentuk kerajaan setelah perit getir mengharungi cabaran PRU13 lepas. Tahniah juga kepada Pakatan Rakyat yang berjaya mengekalkan Selangor, Kelantan dan Pulau Pinang.
Memilih pemimpin adalah tuntutan wajib apabila kita hidup bermasyarakat. Rasul pernah memesan jika 3 orang antara kita berpergian musafir, lantiklah seorang amir (ketua) untuk memandu arah.  Apatah lagi sebuah negara yang bernama Malaysia ini. Unik dan manis di negara kita kerana masyarakat nya berbilang bangsa dan agama. Pelbagai idea dan model dikemukakan bagi penyatuan kepelbagaian bangsa ini. Semuanya seolah olah tidak mujarab dan banyak kelompangan. Benar persis telahan seorang penganalisa politik bahawa zaman kita bukan zaman Rasulullah, keunggulan dan kesempurnaan hanyasanya di zaman Rasul. Zaman kini tidak! Watak ahli politik akan menggunakan kepelbagaian dalam menyatukan masyarakat. Tidak dinafikan bahawa Islam adalah Penyelamat dan Duta kasih sayang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Words Format E Book
Previous articlePengundi Islam digesa banteras politik mungkar
Next articlePolitik sesuap nasi
Dilahirkan di Kota Bharu Kelantan. Pendidikan awal di sekolah Kebangsaan Perol dan Sultan Ismail College (SIC), Kelantan. Melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah perubatan di Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan. Kemudian, melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kini berkhidmat di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya, Dungun, Terengganu sebagai Pakar Perunding Perubatan Keluarga. Banyak terlibat dalam menyampaikan ceramah mengenai fikah perubatan. Menulis secara aktif dalam laman web peribadi beliau berkaitan isu-isu semasa termasuk vaksin dan sebagainya. Motto utama hidup beliau adalah Hidup Bermanfaat. Maklumat lanjut mengenai beliau dan hasil penulisan lain boleh diperolehi dari laman web www.suhazeli.com