image

Empat hari berkampung di bumi Gaza mencetuskan beberapa bibit pengajaran buat diri ini.

1. Bangsa mereka tidak diterap dengan budaya meminta-minta. Setiap kali sumbangan yang ingin kami hulurkan mereka senantiasa menolak dengan tegas, tambah lagi jika pemberian itu dibuat secara terbuka. Mungkin ini salah satu sifat dan amalan para pewaris bumi ambiya. Namun segala sumbangan yang kami bawa dapat juga dilunaskan ke tangan-tangan yang amat memerlukan.

image

2. Tidak dibenarkan menegur wanita dijalanan. Amat berbeza dengan budaya kita dimana pergaulan lelaki wanita cukup dijaga. Bercakap hanya terhad kepada yang hak sahaja. Menjadi satu aib bagi lelaki wanita yang belum berkahwin menegur sapa tanpa tujuan khusus. Di satu sekolah wanita yang kami lawati, wanita mereka seboleh mungkin mengelak dari terkena lensa kami. Lalu ditegur oleh pengiring yang membawa kami bahawa pantang mengambil foto dalam keadaan sedemikian.

image

3. Mati syahid adalah cita-cita setiap dari mereka. Ianya juga cita-cita unggul setiap dari kita. Bumi Gaza adalah tanah air mereka. Hidup mati mereka akan terus kekal di bumi bertuah itu. Bumi yang hidupnya satu ketika dulu para ambiya dan para pejuang Islam. Mana mungkin mereka beralih tapak kaki mereka di bumi lain melainkan mempertahankannya sehingga terlerai nyawa. Samada syahid atau kemenangan bersolat kembali di Masjidil Aqsa.

image

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Words Format E Book
Previous articleAllah menjaga hak fitrah seorang manusia
Next articlePenjelasan Amanat Hj Hadi
Dilahirkan di Kota Bharu Kelantan. Pendidikan awal di sekolah Kebangsaan Perol dan Sultan Ismail College (SIC), Kelantan. Melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah perubatan di Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan. Kemudian, melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kini berkhidmat di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya, Dungun, Terengganu sebagai Pakar Perunding Perubatan Keluarga. Banyak terlibat dalam menyampaikan ceramah mengenai fikah perubatan. Menulis secara aktif dalam laman web peribadi beliau berkaitan isu-isu semasa termasuk vaksin dan sebagainya. Motto utama hidup beliau adalah Hidup Bermanfaat. Maklumat lanjut mengenai beliau dan hasil penulisan lain boleh diperolehi dari laman web www.suhazeli.com