Sudah lama saya perhati trend berita yang dibawa. Saya fikir inilah punca kenapa masyarakat jadi semakin keliru, kerana senarai kesan sampingan (AEFI) dan kematian yang mereka buat itu banyak data yang tak betul. Metodologi pengumpulan data pun dah diragui dan bercampur baur dengan emosi. Maka timbullah kutuk mengutuk, mengumpat arwah yang sudah pergi dan banyak mengguris perasaan waris si mati. Mereka tak ada kerja lain ke dengan kumpul kes-kes dan cerita-cerita dari media sosial?

Saya dapat maklumat bahawa laporan polis sudah dibuat ke atas sebaran senarai Kematian selepas vaksin COVID-19. Malah ada juga waris kepada nama tersenarai yang membuat aduan kepada KKM bahawa apa yang diumpat / di pos dalam telegram itu adalah tidak benar dan arwah meninggal atas sebab-sebab penyakit lain. Mereka juga mengadu maklumat dicuri daripada posting FB / Insta peribadi. Bab curi mencuri, prinskrin dan mengerat mana-mana video yang menyokong falasi mereka, memang kepakaran mereka.

Kalau nak disiasat kenalah buat laporan melalui cara dan saluran betul oleh waris/ healthcare provider. Barulah boleh siasat dan dinilai. Mengadu dalam telegram tak akan kemana, malah menimbulkan banyak persepsi dan fitnah.

Kalau tengok senarai kematian yang dikongsi dalam group itu, banyak yang info sangat tidak lengkap. Ramai juga yang meninggal akibat COVID-19. Kalau diperhati satu persatu kes kematian, majoriti tidak disebabkan oleh vaksin. Namun sudah tentu kesahihan dan verifikasi setiap kes perlu dilakukan oleh pakar, bukannya semua yang tak berkenaan membuat diagnosis sendiri. Ulasan dari waris pun tidak boleh dijadikan bukti kukuh kecuali terdapat laporan rasmi.

Saya difahamkan pihak NPRA di bawah KKM telah dan sedang menyiasat setiap kes berkaitan itu. Kerjasama semua pihak perlu. Yb Khairy Jamaluddin, Menteri Kesihatan baharu pun berjanji akan mengeluarkan kenyataan rasmi berkaitan kes-kes AEFI mahupun kematian dalam masa terdekat.

Sekian

Suhazeli Abdullah

8.9.2021

Tengkawang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Words Format E Book
Previous articlePampasan Kesan Sampingan Vaksin COVID-19
Next articleFalse Negative Ujian COVID-19
Dilahirkan di Kota Bharu Kelantan. Pendidikan awal di sekolah Kebangsaan Perol dan Sultan Ismail College (SIC), Kelantan. Melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah perubatan di Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan. Kemudian, melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kini berkhidmat di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya, Dungun, Terengganu sebagai Pakar Perunding Perubatan Keluarga. Banyak terlibat dalam menyampaikan ceramah mengenai fikah perubatan. Menulis secara aktif dalam laman web peribadi beliau berkaitan isu-isu semasa termasuk vaksin dan sebagainya. Motto utama hidup beliau adalah Hidup Bermanfaat. Maklumat lanjut mengenai beliau dan hasil penulisan lain boleh diperolehi dari laman web www.suhazeli.com