Thursday, April 25, 2024

Top 5 This Week

Related Posts

Kualiti dalam Sistem Perubatan

Kami ini (Baca: Perubatan Moden) di”kepung” dari pelbagai akta dan SOP. Kalau saya nak bilang, tidak kurang dari 3 “Kepungan” dikenakan.

.

1️⃣ Akta Perubatan.

.

Akta ini dibentuk sejak berpuluh tahun lalu demi menjaga sistem kesihatan negara. Ianya mengawal selia doktor, kumpulan sokongan, prasarana kesihatan dan sistem kesihatan itu sendiri. Bagi doktor perubatan pula, pecahan dan perincian kepada akta, terdapat beberapa dokumen penting yang terus “mengepung” seperti Good of Medical Practice dan Code of Professional Conduct. Silap sedikit sahaja, terus dikira sebagai melanggar akta dan boleh dikenakan tindakan.

.

2️⃣ Standard Operating Procedure (SOP) dan Clinical Practice Guidelines (CPG).

.

Operasi standard amat penting bagi menjamin setiap kali perawatan pesakit berdasarkan kepada norma yang termaktub dalam persetujuan para pakar. Oleh itu SOP / CPG wajib berpaksikan kepada Evidence Based Medicine (EBM). Mana-mana doktor atau perawat yang beramal diluar dari EBM ini adalah ditegah untuk terus beramal. Ini kerana natijahnya kepada kesihatan pesakit. Mana mungkin menggunakan bahan yang tidak terbukti secara klinikal kerana ingin cuba-cuba. Macam tikus makmal. Testimoni bukannya EBM.

.

3️⃣ Pekeliling atau arahan klinikal.

.

Dokumen seperti pekeliling atau arahan klinikal ini penting untuk diamalkan. Pengurusan setiap kes adalah unik, terdapat sedikit perbezaan yang perlu dijalankan beberapa pengubahsuaian khas yang telah pun dibincangkan oleh pakar-pakar.

.

Kenapa saya sebut perkara di atas itu “Kepungan”?

.

Doktor serta perawat dalam bidang perubatan ini adalah satu tugas yang mencabar. Mereka membuat keputusan dan menjalani apa sahaja prosedur demi menjaga kualiti hidup setiap pesakit. Perkara sebegini tidak boleh ambil mudah. Oleh itu, “Kepungan” seperti di atas amat diperlukan bagi menjamin kualiti perkhidmatan kesihatan.

.

“Kepungan” seperti inilah yang menjadikan sistem perubatan terus dinamik. Setiap bahan atau kaedah merawat boleh berubah dari masa ke semasa mengikut pembuktian klinikal yang terbaharu. Inilah jaminan yang selalu kami pegang.

.

Perubatan bukan maksum, tetapi mana-mana kaedah perubatan yang tidak “dikepung” semakin tercorot dan boleh menyebabkan tiada pengawalan kualiti. Jika berlaku salah laku, atau kecuaian dalam pengendalian, siapa yang akan bertanggungjawab? Mereka akan lari dan mula mencari pelbagai alasan.

.

Suhazeli Abdullah

10.9.2020

Tengkawang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Dr Suhazeli Abdullah
Dr Suhazeli Abdullah
Dilahirkan di Kota Bharu Kelantan. Pendidikan awal di sekolah Kebangsaan Perol dan Sultan Ismail College (SIC), Kelantan. Melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah perubatan di Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan. Kemudian, melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kini berkhidmat di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya, Dungun, Terengganu sebagai Pakar Perunding Perubatan Keluarga. Banyak terlibat dalam menyampaikan ceramah mengenai fikah perubatan. Menulis secara aktif dalam laman web peribadi beliau berkaitan isu-isu semasa termasuk vaksin dan sebagainya. Motto utama hidup beliau adalah Hidup Bermanfaat. Maklumat lanjut mengenai beliau dan hasil penulisan lain boleh diperolehi dari laman web www.suhazeli.com

Popular Articles