Pengurusan jenazah hendaklah dijalankan oleh pihak yang mempunyai pengetahuan mengenai kaedah pengurangan risiko jangkitan. Oleh itu latihan tertentu perlu diberikan kepada pihak yang mempunyai tanggungjawab untuk mengendalikannya. Antara pihak yang boleh terlibat adalah dari pasukan kawalan penyakit KKM, pegawai agama dan individu yang dilatih dalam masyarakat bagi kaedah pengebumian jenazah penyakit berjangkit.

.

Pengurusan ini harus dilakukan seminima mungkin individu yang terlibat, dilakukan dengan cepat dan mengikut standard yang ditetapkan sepanjang masa.

.

1. Kaedah pemakaian Alat Perlindungan diri (Personal Protective Equipment). Kaedah pemakaian mesti mengikuti standard yang ditetapkan supaya risiko jangkitan virus tidak berlaku. Alat perlindingungan diri adalah seperti berikut:

a. Gaun luar kalis air

b. Sarung tangan getah pakai buang

c. Topeng muka (3 lapisan atau N95)

d. Penghadang muka atau mata.

.

2. Jenazah COVID-19 tidak wajib dimandikan. Tetapi kelonggaran diberikan untuk tayammum. Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa MKI kali ke-107 yang bersidang pada 10-11 Februari 2015 mengenai hukum Pengurusan Jenazah Orang slam yang Disyaki atau Disahkan Dijangkiti Virus Ebola (Ebola Virus Disease: EVD), di Malaysia. Kelonggaran diberikan sekiranya ada kemungkinan wujud kemudaratan kepada nyawa manusia yang menguruskan jenazah. Jenazah boleh diuruskan melalui prosedur tayammum di atas permukaan beg jenazah atau pembalut plastic yang membalut jenazah tersebut. Keputusan Muzakarah ini telah pun dipertegaskan semula ke atas jenazah pesakit COVID-19 pada 16 Mac 2020 oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) setelah mendapat titah perkenan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Riayaatuddin AI-Mustafa Billlah Shah lbni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah AI-Musta’in Biillah.

.

Dr Suhazeli Abdullah

17.4.2020

Kuala Berang

.

Video: Pengurusan Jenazah COVID-19 di Hospital Angkatan Tentera Malaysia

https://t.co/BSc48KvEP9?ssr=true

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Words Format E Book
Previous articleMITOS MITOS BERKAITAN COVID-19
Next articleVaksin COVID-19 yang Di Tunggu
Dilahirkan di Kota Bharu Kelantan. Pendidikan awal di sekolah Kebangsaan Perol dan Sultan Ismail College (SIC), Kelantan. Melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah perubatan di Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan. Kemudian, melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kini berkhidmat di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya, Dungun, Terengganu sebagai Pakar Perunding Perubatan Keluarga. Banyak terlibat dalam menyampaikan ceramah mengenai fikah perubatan. Menulis secara aktif dalam laman web peribadi beliau berkaitan isu-isu semasa termasuk vaksin dan sebagainya. Motto utama hidup beliau adalah Hidup Bermanfaat. Maklumat lanjut mengenai beliau dan hasil penulisan lain boleh diperolehi dari laman web www.suhazeli.com