OTOT KECUT SEBAB CUCUK
.
Bukan nak menakut-nakutkan ibu ayah ni. Gambar berikut nak kaboroyak bahawa risiko boleh berlaku otot kecut di tempat kena cucuk oleh steroid. Banyak kes budak yang saya jumpa pinggul dia lekuk kecut. Apabila ditanya, mereka kurang pasti kenapa berlaku. Korek punya korek cerita lama, baru mak dia beritahu bahawa pernah satu ketika masa kecil, kawasan tu kena cucuk.
.
Kebanyakan kes lekuk tu berlaku akibat cucuk steroid. Steroid ni sejenis ubat untuk rawat alergik. Bagi memudahkan dan cepat pemberian, kaedah cucuk paling digemari oleh doktor. Terutama sekali anak-anak yang amat culas makan ubat. Sekali cucuk pun dah memadai. Klinik swasta selalu buat begitu.
.
Ada kajian oleh beberapa pakar, beza kemujaraban ubat steroid, penahan sakit atau antibiotik, samada cucuk atau makan; keputusan kajian mendapati kedua-dua cara sama mujarab. Cuma bagi pesakit yang amat payah makan ubat, cucuk lebih mujarab. Memang la, logik pun tahu begitu. Kalau nak telan pun tak mahu, bagaimana ubat nak masuk badan. Cucuk tu terus meresap. Tetapi risikonya, berlakulah lekuk kecut tempat cucuk.
.
Tetapi jangan bimbang, kejadian lekuk kecut seperti ni amat jarang berlaku dan ianya tidak memudaratkan organ lain. Bahkan tidak bawa cacat pun. Cuma pinggul kelihatan tak cantik dari sudut kosmetiknya. Sesetengah pesakit, lekuk kecut itu akan pulih apabila dewasa nanti.
.
Harap kaboroyak ni beri info baharu kepada anda.
fb.com/Suhazeli.abdullah
25.12.2019
Kuala Berang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Words Format E Book