Terdapat satu garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Majlis Perubatan Malaysia. Garis panduan ini menyentuh mengenai Amalan Perubatan Yang Baik (Good Medical Practice), dikeluarkan pada tahun 2001.
.
Terdapat Lima ciri asas amalan Perubatan yang baik ialah;
1. Integriti Profesional,
2. Kemahiran Berkomuníkasi,
3. Tingkah Laku Beretika,
4. Merawat Pesakit dengan Hormat dan
5. Menjadi Anggota yang Aktif.
.
Cuma saya tertarik dengan satu topik yang dibincangkan dalam buku tersebut;
.
Doktor yang mengamal secara bersendirian seringkali berhadapan dengan tanggungjawab
kewangan seperti bayaran sewa bangunan, pajakan, gaji pekerja dan bayaran-bayaran lain. Doktor seumpama ini; mudah terdedah kepada tuntutan pesakit, majikan mahupun ugutan.

Doktor sepatutnya tidak mengambil mudah peraturan profesional dan etika untuk memenuhi tuntutan tidak adil oleh orang-orang seumpama ini untuk tujuan kewangan atau faedah sendiri. Apabila doktor membenarkan diri mereka terdedah kepada pengaruh ini, reputasinya dan kredibilitinya
terjejas.

Doktor tidak sepatutnya mendesak atau meminta-minta pesakit, atau melobi majikan untuk menjadi panel kepada mereka. Doktor perlu sedar bahawa ia memerlukan kesabaran dan masa untuk membina kerjayanya. Apabila reputasi baik dibina dan diiktiraf, beliau pastinya akan mendapat faedahnya.

Doktor perlu sedar bahawa tidak ada jalan pintas di dalam mencapai kemasyhuran dan populariti, dan tiada taranya amalan perubatan yang berkekalan, beretika dan baik walau dalam apa keadaan sekalipun.
.
Suhazeli
9.2.2020
Cendering

Link berkaitan: Good Medical Practice.

https://mmc.gov.my/wp-content/uploads/2019/11/Good-Medical-Practice.pdf?fbclid=IwAR03Ae1KvTwEqxJP9WvhcNjCU5CfB0EK9HB_ZpKuxp7m2WZpl98M_B5cl18

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Words Format E Book