BAHAYA UBAT GIGI BERFLORIDA? INI JAWAB DOKTOR GIGI

Seraya melayani fb saya terjumpa komen PROF MUHAYA mengenai isu FLOURIDE didalam UBAT GIGI.

Saya dengan tegas menyangkal pendapat beliau mengenai kesan ubat gigi yang mengakibatkan PINEAL GLAND CALCIFICATION dan saya turut kecam sekeras-kerasnya tuntutan beliau kepada orang ramai dengan saranan tidak menggunakan UBAT GIGI BERFLUORIDA.

Isu berkenaan flourida saya sudah kupas panjang pada pautan dibawah ini, dan saya harap intipati penulisan ini menjawab soalan kepada pemfluoridaan di dalam bidang pergigian.

*****************

FLUORIDATION DIDALAM PERGIGIAN: “WASATIAH” DALAM PENGGUNAAN.
===========================================

Huhhh!!!
Mengeluh berat rasa menerangkan tajuk ini, bukan kerana pekara ini berat namun lebih kepada SIKAP manusia sejagat.

Baiklah..,
Marilah kita sama-sama memahami pekara akar umbi berkaitan dengan fluoride ini, lantas biar kita gengam erat jitu ilmu daripada kedangkalan berlandaskan kejahilan semata-mata.

Fluorine.
Fluoride.
Fluorite.
Fluorescence.
Ketiga-tiga ini adalah unsur yang sama.

Kalau budak kelas sains sekolah menengah mesti tahu buku skala atom tu.
N= Nitrogen
H= Hydrogen
F= Fluorine

Fluorine ni nombor atom dia adalah 3. Atom ni kan masa kita belajar sains tingkatan 4&5 dulu dia tak boleh duduk “single”, sebab dia tidak membawa maksud apa-apa, dengan kata lain dia tidak berguna langsung la. Ia perlu bergabung dengan unsur lain. Oleh yang demikian Fluoride adalah gabungan atom-atom ringkas fluorine yang membentuk anion yang ringkas. Fluorite pula adalah bongkah kristal yang didalam ada fluorine. Fluorite ini adalah batu kristal yang didapati di gunung, dan gua yang banyak terdapat di Blue john England dan Alaska. Batu kristal fluorite ni mempunya warna yang berbagai-bagai. Oleh yang demikian batu fluorite ni la yang mencetuskan fenomena flouresence.

Secara natural nya fluoride ini terdapat pada air, udara, tanah dan juga tumbuhan. Kandungan fluoride yang terdapat di dalam air sungai, air laut dan air hujan adalah berbeza-beza. Semua tumbuhan mempunyai fluoride yang diserap daripada tanah dan air. Semua daun teh mempunyai fluoride. Daun teh yang matang dan tua mengandungi 10kali tinggi kandungan fluoride daripada daun teh muda.

Justeru itu apakah KAYU SUJI itu?
Ianya sejenis kayu yang berasal dari pokok yang dikenali sebagai TUMBUHAN kan?

Ikan yang berada dilaut juga adalah sumber fluoride.

..……………………………………………………………………….

APA FLUORIDE BUAT PADA GIGI KITA?
KENAPA GIGI DAN FLOURIDE??
KENAPA BUKAN GIGI DAN KALSIUM?

1. Fluoride mempunyai kapasiti tinggi untuk menarik kalsium (Ca2+). Seperti entry saya yang lepas.Lapisan enamel terdiri dari hydroxyapatite ( Ca2+ dan PO4 dan OH- ).

-https://www.facebook.com/mazwin.mazlan/posts/10214077092777315

2. Apabila ion Ca2+ dari permukaan enamel gigi itu luntur akibat larutan asid, dengan kehadiran fluoride permukaan gigi yang terluntur itu dibina semua.

3. Seolah-olah sebegini : Apabila ion Ca2+ luntur ianya meninggalkan tompok kosong dipermukaan gigi langkah petama ion fluoride (F) akan mengantikan kawasan yang hilang itu kemudian disebabkan F mempunyai kapasiti yang tinggi menarik Ca2+. Ion Ca2+ kembali tertampal disitu.

4. Lama kelamaan akibat penggunaan fluoride struktur kimia gigi akan berubah daripada hydroxyapatite ( Ca2+ dan PO4 dan OH- ) kepada fluorapatite ( Ca2+ dan PO4 dan F ) , ion OH- di tukar menjadi F. Analoginya seperti meletakkan pak guard didepan rumah kita sebelum rumah kita kena pecah dengan pencuri kita dah letak seseorang untuk menjaga supaya rumah kita tidak dicerobohi.

5. Struktur gigi terdiri dari hydroxyapatite ni tahan asid pada pH 5.5 manakala fluorapatite pada pH 4.5. Contohnya lebih kurang sebegini, gigi yang hanya ada hydroxyapatite tu minum sirap limau tu terus luntur, tapi gigi yang dah terbentuk fluorapatite pula minum sirap limau relax je ok lagi tapi bila minum coke baru gigi dia luntur.

6. Kalaupun larutan asid yang lebih kuat contohnya pH 3.5 terkena pada permukaan gigi kita. Mestilah gigi tak tahan asid tahap tu kan, permukaan gigi akan luntur menyebabkan ion Ca2+ hilang tapi disebabkan fluorapatite dah memang siap sedia disitu, Ianya terus bertindak sebagai “reservoir” atau kawasan tadahan ion F. Lebih kurang macam “spare tyre” rosak terus dapat ganti.

7. Semua yang diceritakan diatas tu tentang bagaimana ion F bertindak keatas struktur gigi. Ada ke tidak tindakan ion F keatas bakteria yang menyebabkan gigi kita berlubang?
JAWAPAN: Ada, ion F ini akan memasuki badan bakteria itu seterusnya menganggu kilang bakteria itu hasilkan asid, bila dah diganggu lama-kelamaan bakteria ini akan mati.

Nampak macam bagus kan fluoride ini???
Kalau begitu elok la kita ambik fluoride ni banyak-banyak, lagi banyak lagi BAGUS KAH???

WASATIAH atau bersederhana la dalam setiap hal, itu pesanan yang baik.
Begitu juga halnya dengan fluoride,

Terlalu sikit = tidak berkesan melawan KARIES GIGI.
Terlalu banyak = memudaratkan.

WHO menyarankan penggunaan fluoride didalam air didalam lingkungan 0.1ppm sehingga 1.0ppm adalah selamat untuk digunakan bagi mencegah KARIES GIGI.

Tahukah anda KKM memantau ketat takat fluoride di semua LOJI AIR di Malaysia ini supaya tahap fluoride di bawah 0.7ppm.
Australia ARCPOH juga memantau di Negaranya ditahap 1.0ppm.

1.0ppm itu adalah bersamaan dengan 1.0mg fluoride didalam 1 liter air.
••••••1.0mgF/1.0liter= 1.0ppm•••••

~Cuba korang pegi timbang sekarang 1.0mg garam letak dalam air mineral yang besar tu yang beli kat kedai mesra petronas…, Itu la 1.0ppm.
~Nak ingatkan aja sekali lagi milligram tau milligram bukan gram…,
~Garam yang harga 20 sen tu pun 200gram

…………………………………………………………………………

APA TERJADI KALAU KANDUNGAN FLUORIDE TINGGI?

Kesan yang tidak di ingini boleh terjadi pada orang dewasa dan kanak-kanak. Terdapat 2 kesan yang kebiasaanya akan dibincang:-

a) Toksik
b) Fluorosis

Bila bincang pasal toksik ini, ianya sebenarnya adalah satu TAJUK BESAR yang biasanya di susuli dengan pelbagai simptom dan melibatkan pelbagai sistem badan yang tertentu. Jangan pulak kita main taram pukul rata sikit-sikit toksik kalau tak berasaskan bukti yang kukuh. Ini tidak kuku kaki jadi cagu pun kau nak salahkan minum air paip, konon-konon sebab fluoride. Puihhhhh……,

Lepas tu sibuk promote filter air kat rumah konon-konon nak filter fluoride. ADUHAI MATILAMAK….,

Disini saya sertakan beberapa contoh untuk kita sama-sama faham ok.

1. Kenapa kanak-kanak perlu kandungan fluoride yang rendah? Ok la boleh terima juga kalau jawapannya sebab saiz badan budak kecik lebih senang terdedah dengan risiko TOKSIK. Baik la mari saya nak ceritakan sedikit lebih detail dan nampak logik sikit KENAPA?

– Tidak disarankan langsung penggunaan ubat gigi berflouride pada kanak-kanak bawah 18 bulan
– 2 Tahun – 6 Tahun penggunaan ubat gigi kanak-kanak dengan fluoride 200ppm
– 2 Tahun – 6 Tahun penggunaan ubat gigi DEWASA bagi kes-kes tertentu.
– 7 Tahun – Dewasa penggunaan ubat gigi berfluoride 1000ppm-1500ppm
– 7 Tahun – Dewasa penggunaan ubat gigi berfluoride 5000ppm ( Bagi individu risiko tinggi KARIES GIGI)

Gigi akan mula membentuk sejak dari dalam rahim ibu lagi, proses pembentukan lapisan gigi iaitu enamel atau AMELOGENESIS adalah proses yang banyak melibatkan pertukaran ion-ion (Ca2+ dan PO4-) dan air. Yang penting semasa proses amelogenesis ini adalah proses pematangan lapisan atau “calcification” untuk menjadikan ianya mineral yang kuat. Proses “calcification” ni berlaku berbeza masa untuk gigi susu (umur janin 15minggu-bayi 11bulan) dan gigi dewasa (bayi 4bulan-dewasa 18 tahun), Selalu kita dengar nasihat untuk ibu mengandung supaya banyakkan minum susu, protein dan zat berkhasiat untuk pembentukan gigi dan tulang baby dan seterusnya baby akan lahir sihat dan sempurna. Untuk masa-masa kritikal proses pematangan lapisan gigi ni sehingga selesai adalah masa berjaga-jaga. Seolah-olah kita nak susu, telur dan daging yang kita makan yang mengandungi kalsium (Ca2+) itu menempek-nempek membentuk gigi jadi kita tak nak ada gangguan fluoride pulak menarik-narik keluar Ca2+ tersebut. Kalau terjadi juga, gigi yang dalam pembentukkan itu terganggu maka apabila tumbuh nanti ianya akan bertompok-tompok atau bergaris-garis putih yang di kenali sebagai FLUOROSIS. Seolah-olahnya begitulah, pasal itu la kalau kita tengok saranan tiada fluoride untuk kanak-kanak bawah 18 bulan atau 1.5 tahun, cuci tanpa ubat gigi atau lapkan dengan tuala basah sudah memadai, manakala rendah kandungan ubat gigi berflourida untuk kanak-kanak 2-6tahun melainkan untuk sebab-sebab tertentu. Oleh itu jangan degil sangat dari mak, bapak sampai anak-anak untuk pergi jumpa doktor gigi.

Overdose fluoride boleh menyebabkan toksik. Toksik ni boleh digambarkan dengan pelbagai symptom. Overdose ini ada pengiraannya, biasanya di katogerikan kepada (mild,moderate and severe). Contoh: Simptom yang biasa menjadi petanda awal
—– Badan manusia ni banyak memerlukan ion Ca2+ untuk menjalankan tugas-tugasnya, contohnya otot kita mengecut memerlukan ion Ca2+, banyangkan kalau F banyak dalam badan kita dia akan terus tarik dan melekap dengan ion Ca2+. Apabila ion Ca2+ ini dah diculik so dia dah tak boleh bekerja jadi otot yang memerlukan Ca2+ terganggu maka berlaku la muscle spasm atau otot kejang sehingga menyebabkan otot berhenti mengecut. cuba bagi tahu badan kita ini mana yang tak ada otot. Jantung kita terdiri dari otot, salur darah kita terdiri dari otot. Jangan ingat otot kita ni hanya bisep & trisep sahaja tau. Langkah pertama merawat fluoride overdose ini adalah dengan memberi pesakit minum susu, tapi ingat kalau dah memang rasa sesuatu keadaan ini terbukti fluoride overdose cepat-cepat pegi hospital, jangan nak gatal-gatal sendiri rawat bagi minum susu.

Ceeiitt jangan degil ok…,

Bentuk fluoride yang terdapat didalam pergigian:-
1. Rawatan air loji berfluoride.
2. Ubat gigi berfluoride.
3. Ubat kumuh berfluoride.
4. Ubat sapuan berfluoride.
•Biasanya tinggi kandungan F hanya digunakan oleh doktor gigi sahaja untuk keadaan tertentu.

5. CPP-ACPF – casein phosphopeptide – amorphous calcium phosphate fluoride.
•Dikenali sebagai TOOTH MOUSSE.
•Jenis topical : 900ppm boleh digunakkan dirumah
•Jenis chewing gum (tiada di Malaysia).

6. Ubat tablet fluoride untuk merawat air minum dirumah (tiada di Malaysia tetapi diamalkan di luar Negara).

Harap dapat membantu semua memahami.
Yang lemah itu dari diri saya sendiri dan saya minta maaf.
Sekiranya ada soalan atau kesilapan fakta saya buka perbincangan pada ruangan komen.
Saya sangat berbesar hati sekiranya kawan-kawan doktor gigi saya juga membantu.

Sekian terima kasih
Dr. Awin.
fb.com/mazwin.mazlan
8/2/18
12.35pm

Pautan
1. http://www.who.int/water_sanitation_health/dwq/chemicals/fluoride.pdf
2. http://www.allianceforacavityfreefuture.org/Caries/Tools/en/us/downloads/Fluoride_Toothpaste_

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Words Format E Book