Tahukah anda, sekali batuk jumlah titisan cairan rongga mulut dan hidung (droplet) boleh menjangkau keluar sejauh 8 meter. Halaju droplet itu 80 km/j yang menghamburkan sebanyak 3000 droplets.
.
Tahukah anda, sekali bersin pula boleh mencecah sehingga 6 meter. Halajunya 160 km/j dengan sekali hamburan sebanyak 100,000 droplets.
.
Tahukah anda, droplet itu akan kering dan berkeliaran dipersekitaran maksima 10 minit.
.
Tahukah anda, Virus atau bakteria yang keluar bersama droplets akan hidup sehingga beberapa ketika.
* Campak: 2 jam
* Tuberculosis: 6 jam
* Influenza: 24 jam
* SARS: 48 jam
* Pertusis: 3 hari
* MersCoV: 4 hari
* Difteria: 7 hari hingga 6 bulan.
* 2019-nCov: Dalam kajian
.
Oleh itu pentingnya etika batuk, bersin dan memakai mask dengan betul.
.
Angka-angka di atas tidak perlu hafal dan tak penting pun, tetapi terlebih penting adalah ADAB.
Jangan sembur atas muka pasangan,
Jangan sembur atas muka kawan,
Jangan sembur atas muka jiran.
.
Suhazeli Abdullah.
30.1.2020
Kuala Lumpur

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...