Pernah kawan-kawan duk tegur, apasai hang ni rajin duk tulis pasai salah faham antivaksin dalam Facebook? Siap berblog lagi duk tulis debunk mereka. Dan…tahun 2015 boleh buat collection artikel dalam bentuk buku. Itupun kawan-kawan duk perli, patutlah brehi ngat berlawan dengan antivaksin dan menulis..nak lariskan buku rupanya.

Kita ni cukup duk klinik je. Punch in and punch out, cukup bulan terima gaji. Pesakit yang tak nak vaksin, akan ada lah meksi akan rujuk kat kita. Kita beri kaunseling itu dan ini pasal vaksin. Depa tak terima apa nak buat! Beri borang refusal, habis cerita.

Sejak 2008 duk tulis dalam blog suhazeli.com, dan update Facebook secara silo. Pernah kena hentam dan dituduh syirik serta murtad pun duk ada oleh antivaksin. Tapi aku rileks je.

Alhamdulillah mulai 2016 rupanya ramai juga geng² yang sebenarnya menulis secara silo dalam media sosial ajak mahu bergabung. Dalam Twitter Dr Khairul Hafidz Alkhair offer kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai pasukan membanteras mitos. Aku sahut dan join Medtweetmy sampai sekarang.

Sekitar 2017 pula doktor dari Perak yang selalu menulis bab melawan antivaksin jemput aku sertai kumpulan beliau. Dr Ahmad Firdaus tak pernah frust dengan nak jemput aku sebagai orang tua dalam kumpulan. Geng tu semua muda belia. Naik segan juga berbicara dengan geng muda ni. Bahasa depa ringkas dan padat. Tidak macam aku agak bersastera. So akhirnya aku join lah Medical Mythbusters Malaysia.

Penulisan kami samada Twitter atau Facebook sekarang ni banyak backup. Bukan seperti dulu yang solo. Kalau kena hentam dengan geng antivaksin, ramai yang backup termasuk para follower aku sendiri yang tegar! Mujur.

Dalam masa sama banyak lagi rupanya doktor dan staff kesihatan yang menulis. Bukan sahaja pasal vaksin, tetapi semua isu. Antara yang saya suggest to follow adalah:
Ini Sains Beb
Public Health Malaysia
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Begitu juga doktor-doktor lain yang mungkin tak sempat disenaraikan di sini.

Jangan lupa juga follow Nurul Fadhilah Salleh ni. Background bukan medic dan telah sedar dari lamunan jadi antivaksin.

Tahniah sis!


(Berikut adalah tulisan Nurul Fadhilah Salleh)

PERJALANAN HIDUP DARI ANTIVAX KEPADA NO-DOUBT-IN-VAX

Kalau betul lah gambar first kat bawah ni definisi antivax, I can say I’m a proud ex-antivax. Aku ada sorang antivax/prochoice dalam friendlist aku. Tapi aku tak mampu nak remove dia dari friendlist sebab aku suka tulisan nasihat dia pasal agama. Dia orang baik je. Dia ex-misi. Tapi ada masa dia selitkan post berkaitan antivaksin.

Dengan masa yang banyak aku habiskan untuk ulang alik pergi kerja (aku spend sekurang2nya 2 jam dalam tren sehari), bila dia ada tulis apa-apa, aku baca je. Kononnya nak jadi manusia yang mendengar dua-dua belah pihak laa. Dia pulak, dah ex-misi kan, bagi aku dia ada sedikit background perubatan la kalau nak dibandingkan dengan aku. Aku baca je komen-komen orang yang sefahaman dia, stalk wall mereka, baca, baca dan baca lagi…….. dalam hati aku berkata, ‘hmm ye ye je diorang ni’.

Tapi benda setakat ‘situ’ je lah. Aku tetap vaksinkan anak aku.

Tapi aku tak sedar kesan halus tulisan dia dalam diri aku. Makin lama, walau aku baca tulisan mereka sikit je, tanpa aku sedar, kepercayaan aku kat vaksin hilang sikit demi sedikit. Lost trust macam mana?

Aku risau Hassan kena AEFI sebab Hassan ada faktor risiko. Dia ada G6PD deficiency. Seribu kali awal2 hidup Hassan aku dah tanya paeds pasal kaitan G6PD Deficiency dan vaksin, doktor pun dah jawab takde masalah, aku sikit sebanyak masih risau.

Hasilnya, aku MELAMBAT-LAMBATKAN bawak Hassan pergi cucuk disebabkan ada satu statement karut antivax yang melekat dalam otak aku, ‘kita boleh kurangkan kesan AEFI dengan tunggu anak besar sikit, baru cucuk’. TU JE PUNCANYA! Dan tanpa aku sedar, sebenarnya aku merisikokan anak aku sendiri. Rasa bodoh sangat bila ingat balik 😭

Bukti aku melambat2kan jadual imunisasi Hassan ada kat bawah, gambar kedua. Tu rekod imunisasi Hassan. Hassan lahir pertengahan Mei 2018. Korang kiralah sendiri corak aku melambatkan Hassan ambil vaksin tu macam mana, dan percayalah, aku tak pernah langsung berniat nak jadi antivaxer pun. Tapi tanpa aku sedar, I became one.

Inilah antara isu yang dibahaskan dalam The World Health Organization’s Global Vaccine Safety Summit pada 2 & 3 Disember 2019 lepas, bahawa masalah utama pembawa fahaman antivaksin ni bukanlah disebabkan ‘misinformation’, tetapi mereka ‘SEED THE DOUBT IN PARENTS’. Akulah tu bukti fizikalnya, seorang ibu yang ‘termakan’ sedikit fahaman mereka tu. Nasib lah tak tersasar jauh.

Apa yang buat aku beriya berkempen vaksin pulak sekarang ni? Titik permulaannya adalah satu kronologi :

1) Aku tau yang kebanyakan penggerak fahaman antivaksin kat Malaysia ni bukannya ada background medic pun, tapi mereka dengan yakin menjaja keburukan vaksin. Awalnya aku rasa mereka hebat. Mereka menggunakan pelbagai istilah perubatan dalam hujah mereka yang sangat WOW bagi aku, termasuklah MTHFR (Methylenetetrahydrofolate reductase) MUTATION (jangan tanya aku apa benda ni, tapi istilah ni memang wujud dalam bidang perubatan).

2) Dan aku pulak, berkelulusan petroleum engineering. So aku pun bayangkan la aku ni adalah someone yang tak pernah belajar petroleum engineering, tapi satu hari aku tetiba terfikir aku sebenarnya boleh gali minyak kat belakang rumah aku, pastu minyak tu aku boleh guna kat kereta aku. Konon nak jimat la gitu.

3) So aku pun mula menggoogle ‘how to drill an oil well’. Dan membayangkan aku memang tak tahu apa-apa, hasilnya memang gila – banyak istilah yang aku ‘TAK TAHU’. Seismic. Reservoir. Source rock. Kelly. Blowout preventer. Turntable. Drilling mud. Drill pipes. Drill collars. Casing. Tubing. Packer. Well logging. Drill-stem testing. Core samples. Fluid samples. Perforation.

4) Dari simulasi ni, aku faham yang hanya dengan menggoogle, put effort seminggu dua, aku dah boleh ‘sangat’ nak drill oil well kat belakang rumah. Tapi, hakikatnya, nak memahamkan semua istilah yang aku sebut dalam point kat atas ni, memerlukan sub-discipline yang pelbagai.

5) Cerita pasal seismic, oil reservoir, source rock je dah simply satu subjek kat u dulu – Petroleum Geology.

6) Kelly bushing, drilling mud, casing, drill pipes je dah satu subjek lain – Drilling Engineering.

7) Tubing, packer je dah satu subjek lagi – Production Engineering.

8) Well logging tu simply satu subjek – Well Logging & Formation Evaluation

9) Tu belum cerita lagi bab proses minyak. Panjang lagi cerita dia dalam Facilities Engineering, Chemical Engineering, Process semua💆 dan apa yang pasti, proses aku fahamkan semua benda ni bukan dari apa yang aku belajar kat u je. Keseluruhan proses belajar bermula dari pembelajaran formal sampailah internship 8 bulan, dan itu pun tak cukup. Bila dah kerja, makin banyak hands-on, barulah aku dapat relatekan apa yang belajar kat u dulu. Itu pun masih BELUM CUKUP nak memahamkan semua benda dari A-Z.

10) Maka dari sini aku belajar yang betapa gilanyaaaaaaaa aku nak percaya kata-kata mereka yang bukan dari background medic langsung! Ilmu Allah tu tersangat luasssssss sampaikan tak ada satu benda pun yang kita capai sekarang ni boleh direalisasikan oleh SATU OTAK SAHAJA.

11) Macam tu jugak perihalnya dengan pembangunan vaksin. Ia melibatkan multi discipline, kajian berpuluh tahun (kalau dikira dari penemuan vaksin smallpox oleh Edward Jenner hujung abad ke-18, kita boleh katakan vaksin sekarang ni adalah hasil kajian BERATUS tahun), penambahbaikan dari masa ke semasa, dan tiba-tiba, ada manusia yang baru hidup 20-40 tahun kata vaksin tu tak perlu malah berbahaya. Oh my 🤦 memang GILA.

So sejak tu la aku pasang perisai tebal-tebal bila baca tulisan antivaxer. Dan sampailah kes baby 3 bulan kena polio haritu, siapa tah share post mengarut dari MKT, entah dari mana kekuatan datang, aku rasa aku KENA betulkan salah faham diorang tu.

Dan sampailah satu hari aku tulis post pasal analogi mudah untuk fahamkan orang pasal bagaimana cVDPV berlaku. Aku guna analogi antivaxer berak tak basuh tangan (what I meant was tak basuh tangan dengan sabun lepas selesai berak, tapi ada yang triggered kata aku tuduh diorang berak tak cebok kahkahkah). Post aku tu kat sini
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10216860139789955&id=1058130530
(Reference aku banyak dari Ini Sains Beb 😂)

Ramailahh antivaxer yang triggered gila dengan tulisan aku tu, sampaikan watak bermusim si Dayah tu pun tiba2 muncul, aku dapat surat cinta dari dia, and the restt is history 😂

So aku nak pesan;
1) Tak salah pun kalau belajar dari Google. Tapi kita kena tahu, untuk memahami ilmu perubatan (contohnya) dari Google memerlukan strong (and right) fundamentals. Tahap pemahaman aku (yang dengan backgroumd engineering ni) dari ilmu Google, takkan sesekali sama dengan tahap pemahaman orang yang ada background medic.

2) Arus perdana/mainstream adalah satu benchmark. Kalau ada fahaman yang bercanggah dengan fahaman mainstream, ada sesuatu yang tak kena dengan pembawa fahaman tu.

3) Kalau ada antivaxer dalam friendlist korang tapi korang malas nak betulkan fahaman diorang tu, it’s okay, block je, atau remove lagi senang.

4) Tapi kalau rasa nak selamatkan ibu bapa lain dalam friendlist dia, korang try je cari post2 yang debunk fahaman mereka tu, tepek je link ke artikel tu kat post diorang tu. Kalau rasa malas nak berjidal, off je notification. Setel 🤪

P/S – Rajin membaca pun boleh datangkan bahaya jugak, ye dop 😔

P/S2 – Nanti ada antivaxer yang kata, apa buta sangat kamu ni, ramai je kot doktor yang antivaksin. Mereka tu bukan ahli ke? Dalam kes ni pun aku meletakkan diri dalam bidang aku sendiri. Dalam engineering (malah apa2 bidang sekalipun), perbezaan pendapat tu normal. Geologists bergaduh pasal depositional environment, petrophysicist gaduh pasal cut-offs, macam-macam lagi lah. So, normal je wujud puak2 yang terkeluar daripada landasan sebenar ni. Cumanya, dalam kebanyakan masa, aku perhatikan yang keputusan yang dicapai melalui persetujuan majoriti itulah yang mendatangkan manfaat kepada semua. Dan yang rebel gila tu, kebanyakan masa buat satu2 discussion tu jadi counter productive je lebih. Diorang bukannya bagi solution pun. So, dalam isu vaksin ni, I follow the mainstream doctors 😊

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Words Format E Book