Nama dia appendik sebab dia ada kat hujung usus besar. Sebelum usus besar adalah usus kecil yang berlingkar dalam perut kita.

Appendik ni gunanya untuk simpanan sistem pertahanan badan. Terdapat sel-sel Limfosit yang boleh menjadi sumber sel-sel imuniti apabila diperlukan. Tetapi appendik bukan kilang utama. Sum-sum tulang adalah kilang utama.

Sepanjang kehidupan, seseorang mempunyai keberangkalian menghidapi appendisitis sebanyak 10%. Bergantung kepada nasib masing-masing.

Punca atau risiko penyakit appendisitis ini tidak diketahui. Orang tua-tua percaya penyebab appendisitis adalah suka makan cabai. Tidak semestinya! Semua kaum boleh berlaku appendisitis. Tetapi kecenderungan orang berkulit putih adalah tinggi. Entah kenapa.

Julat umur yang selalu berlaku appendisitis adalah antara 10 hingga 30 tahun. Tetapi remaja belasan tahun mempunyai kekerapan paling tinggi. Satu dari 4 kemasukan ke wad pesakit appendicitis ini adalah remaja.

Selepas perang dunia ke 2, jumlah kes appendicitis semakin berkurang setelah sistem kesihatan kita bertambah baik. Komplikasi dari appendicitis seperti appendik pecah, jangkitan kuman seluruh perut juga berkurangan kerana pengesanan dan pembedahan dapat dilakukan dengan cepat.

Jika sudah kena appendicitis seperti sakit perut (terutamanya sakit di pusat dan perut sebelah kanan bawah), dinasihatkan segera ke kecemasan klinik atau hospital. Rawatan bomoh atau pawang atau makanan suplemen tidak dapat membantu menyembuhkan appendicitis. Bedah segera adalah terbaik bagi mengelakkan komplikasi yang lebih teruk atau maut. Jangan teragak-agak membuat keputusan setelah berbincang dengan pakar bedah anda.

Sekian infosihat dari suhazeli.com

Fb.com/drsuhazeli

20.6.2019

KLIA2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...