Empat formulasi utama yang biasa digunakan dalam vaksin

a. Kuman yang telah dilemahkan/dimatikan/diambil sebahagian struktur/toksoid.

b. Air. Seperti Air Nyah-kuman (Sterile Water), Air Salina (Normal Saline) dan Air berprotin.

c. Bahan Pengawet (Preservatives), Bahan Tambahan (Additives) dan penstabil (stabiliser). Seperti Albumin, Phenols, and Glycine

d. Bahan Pembantu (Adjuvan). Seperti Aluminium, Antibiotik, Protin Telur, Formaldehyde (dibuang sebelum dimasukkan dalam botol pakej), Monosodium glutamate dan Thimerosal (raksa). Thimerosal, telah dikeluarkan dalam senarai adjuvan sejak tahun 2007. Kecuali vaksin tertentu dalam dos banyak. Contohnya vaksin Influenza (tiada dalam jadual imunisasi kebangsaan) dalam pakej dos 10 orang pengguna.

#Nota: Bahan-bahan ini berbeza-beza pada vaksin-vaksin yang tertentu.

.

TEMPOH VAKSIN BERFUNGSI

.

Tempoh berfungsi vaksin bergantung juga kepada kepada jenis vaksin. Terdapat vaksin yang berfungsi sepanjang hayat dan ada juga yang sela masa tertentu.

Contoh:

a] Vaksin Pertussis (Batuk Kokol), perlindungan 4-6 tahun. Vaksin pada umur 11 tahun bergantung kepada situasi wabak.

b] Vaksin Diphtheria, perlindungan 10 tahun. Dose tambahan disarankan kepada yang berumur 45 dan 65 tahun.

c] Vaksin Tetanus, 96% perlindungan 13-14 tahun, 72% perlindungan mencecah lebih 25 tahun. Dose tambahan disarankan kepada yang berumur 45 dan 65 tahun.

d] Vaksin Polio, perlindungan melebihi 99% sehingga 18 tahun. Dos tambahan disarankan kepada siapa yang ingin melancong negera yang berisiko.

e] Vaksin Haemophilus influenzae type B, Perlindungan melebihi 9 tahun. Tetapi sehingga kini cerapan statistik mendapati ianya melindungi sepanjang hayat.

f] Vaksin Hepatitis B, perlindungan lebih 20 tahun. etapi sehingga kini cerapan statistik mendapati ianya melindungi sepanjang hayat.

g] Vaksin Campak (Measles), lebih 95% perlindungan sepanjang hayat. Di sini pentingnya peranan komuniti untuk menghalang sumber jangkitan berlaku. Bayi yang masih muda berisiko dijangkiti dengan mudah jika tidak disekat rantaian jangkitan itu.

h] Vaksin Beguk (Mumps), 90% perlindungan lebih 10 tahun.

*Nota: Jangkamasa perlindungan ini bergantung kepada bangsa dan lokaliti sesuatu populasi.

i] Vaksin Rubella, Lebih 90% perlindungan 15-20 tahun.

.

Catatan dari suhazeli.com

fb.com/drsuhazeli

.

Rujukan: Plotkin, S.A., W.A. Orenstein, and P.A. Offit, Vaccines. 5th ed. 2008, Pennsylvania: Elsevier Inc. http://www.immune.org.nz/vaccines/efficiency-effectiveness

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Words Format E Book
Previous articleForum Vaksin di Pondok Pak Teh Pengkalan Hulu
Next articleItali Tetap Wajibkan Vaksin
Dilahirkan di Kota Bharu Kelantan. Pendidikan awal di sekolah Kebangsaan Perol dan Sultan Ismail College (SIC), Kelantan. Melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah perubatan di Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan. Kemudian, melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kini berkhidmat di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya, Dungun, Terengganu sebagai Pakar Perunding Perubatan Keluarga. Banyak terlibat dalam menyampaikan ceramah mengenai fikah perubatan. Menulis secara aktif dalam laman web peribadi beliau berkaitan isu-isu semasa termasuk vaksin dan sebagainya. Motto utama hidup beliau adalah Hidup Bermanfaat. Maklumat lanjut mengenai beliau dan hasil penulisan lain boleh diperolehi dari laman web www.suhazeli.com