Petisyen Wajibkan Akta Vaksin

95,000 sokongan terhadap petisyen menjadikan vaksin mandatory, pagi ini.

Mari kita cuba letakkan angka 95,000 ini kedalam beberapa konteks,

Hampir sama banyak dengan jumlah kematian Measles seluruh dunia pada tahun 2016, iaitu seramai 90,000 orang. Pada tahun 1990, sebelum vaksin measles diperkenalkan, jumlah kematian akibat measles adalah sepuluh kali ganda, mencecah 872,000 kematian setahun!

Hampir dua kali ganda pengundi Semenyih. Untuk perbandingan, jumlah pengundi berdaftar di PRK Semenyih yang bakal menjelang adalah seramai 54,503 orang.

Lebih sepuluh kali ganda lebih ramai dari jumlah kanak-kanak dijangkiti Measles di Filipina dalam outbreak terbaru ini.. Jumlah terkini yang dilaporkan adalah seramai 8,400 kanak-kanak dengan 136 kematian.

Hampir satu pertiga dari jumlah penduduk negeri Perlis, dan lebih banyak dari penduduk Putrajaya. Perlis mencatatkan jumlah penduduk seramai 248,500 (2016) manakala Putrajaya pula, 72,413 (2010).

Angka 95,000 sepatutnya menjadi signal yang BESAR bukan sahaja kepada kerajaan dan KKM, tetapi kepada SEMUA termasuklah golongan antivaksin bahawa kita mahukan vaksin diwajibkan, agar herd immunity kita terjaga dan anak-anak kita tidak terdedah kepada penyakit berbahaya.

Anda rasa, kita boleh capai paras 100,000 sokongan hari ini? Ya, KITA BOLEH!

Terus share dan ajak orang MENANDATANGANI PETISYEN ini di:

http://tinyurl.com/wajibvaksin

http://chng.it/Nw4pZSdx

#WAJIBVAKSIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...