Berpantang Maut Sebelum Ajal

Anggaplah saya seorang saksi, bukan seorang doktor, bersiap sedialah, entri saya panjang

Inilah dia rupa diphteria antitoksin, 1 botol hampir 500 ringgit, kami gunakan 4 botol untuk satu = RM 2000. Dan tak semua hospital ada antitoksin ini.. Dengan harapan dapat menyahkan toksin yg dihasilkn oleh corynebacterium diphteriae species. Atau mudah kita panggil diphteria.

Saya telah bekerja di hospital selatan tanah air ini sejak 2017. Saya saksikan kes demi kes.. Makin lama makin banyak.. Saya jadi kaget.. Tak tahulah, mungkin sepanjang 9 tahun belajar dan menjadi doktor pelatih di hospital universiti, katil limited, jadi mungkin sbb tu x byk kes kami dapat.. tiada langsung kes diphteria, pernah juga buat attachment di h. Teluk intan 1 bulan, slim river 1 bulan, HKL 1 bulan.. Satu pun xde.. Mungkin 1 bulan tu tempoh yg sekejap.. Dan mungkin tempat kerja saya sekarang adalah pusat rujukan di selatan, sebab tu kes diterima lebih banyak.. Ataupun kadar antivaksin lebih banyak.. Baiklah, wallahualam.. Saya mahu bersangka baik sahaja.

2018, saya saksikan 4 kes diphteria.. Semua tidak diberikan vaksin.. 3 meninggal dalam masa 2-4 hari di icu, semua lingkungan umur kecik2 walaupun antitoksin telah diberikan.. Cuma 1 sahaja hidup, budak umur lingkungan 9-10 tahun tetapi throat swabnye pseudodiphteria, juga menerima antitoksin..

Saya jadi risau kerana kini, pada tanggal 18/2/2019, datang lagi satu kes diphteria, confirmed.. Tetapi apa yg saya lebih risaukan adalah jarak kes sekarang dan kes lepas adalah 2 bulan.. Jika anda masih ingat tular di akhbar harian mengenai bayi meninggal disebabkan oleh diphteria adalah bulan 10, bulan 12 kami terima lg dan kemudian kanak2 9-10 tahun tu, kes terbaru kami pada bulan ini.. Lebih2 lagi tular gerakan anti-vaksin lebih banyak di area skudai..

Oh ya, kes terbaru ini juga kini kritikal di pediatrik ICU.. Saya saksikan kami telah lakukan yg terbaik untuk anak ini.. Memandangkan hospital kami cuma tinggal 2 botol anti toksin, kami telah dapatkan lagi 2 botol di Kuala Lumpur.. Susah payah penat kami abaikan, risiko berjangkit dengan kami pun kami abaikan demi kelansungan hidup anak ini.. Doakanlah anak ini..

Jika anda menyeru dgn #educatebeforevaccine, mulakan lah dulu #educateifnotvaccinated. Saya percaya, anda semua golongan terpelajar, beragama.. Janganlah anda menafikan hak2 org lain hanya kerana pendapat atau “right” anda. Duduklah di hospital selama setahun.. Saksikanlah apa yg saya telah saksikan..

Saya harapkan entri saya ini sedikit sebanyak dapat memberikan kesedaran netizen2 yg masih berkira2 nak vaksinkan anak mereka..

Sekian,

Fatinah abdul salam

Dari selatan tanah air

19/2/2019

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...